mP3..

Sunday, 5 November 2017

Diploma in Nursing hm

Assalamualaikum semua. Dah lama tak update story. Biasalah bukan selalu ada masa terluang nak update blog ni. And menjelang nak update next story ni, macam2 benda dah jadi sampai aku sendiri lost track kat mana aku berhenti. hahahaha

Okay lah, aku start from aku habis asasi april last this year. To refresh, aku ambik asasi sains kat UiTM Dengkil lepas habis spm. Lepas habis asasi, cuti 5 bulan. result UPU aku, aku dapat course business kat UiTM Puncak Alam. Tapi abah aku tak bagi aku pergi untuk course tu sebab katanya, kalau boleh ambik course yang kerjanya terjamin. Macam business ni terlalu general and ramai orang dalam course ni. So peluang kerja nanti pun akan terhad.

Abah siap cakap, dia suruh aku pilih mana2 private uni and amik course yang aku minat and aku yakin peluang kerja banyak in future, and dia boleh tanggung. So bermula la episod aku bukak semua (kay ni tipu) portal private uni and misi menjejak course yang aku minat. Aku bukan apa tau, tbh kalau course science ni aku tak minat sangat. Lagi2 kalau yang ada chemistry. Memang aku benci lah.

End up aku pilih Cyverjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) untuk Bachelor of Psychology (Hons.). Course 3 tahun. Aku apply and uruskan pasal registration dengan agent kolej tu. Okay la. Everything was nice.

Tapi few days before registration, mak aku send flyers pasal scholarship nursing under IJN. Kalau baca tu, memang tertarik la weh sebab banyak benefits nya. Cara pun hantar resume je and kalau berjaya, akan dapat email. Walaupun at first aku malas nak apply sebab aku malas nak serabutkan kepala aku dengan macam2 offer, and aku tak minat nursing pun, tapi end up aku apply gak sebab just hantar resume and bagi aku, let give it a try je la.

Walaupun aku apply for the scholarship tu, aku still pi register kat cucms tu. The funniest moment was aku menangis on the first night sebab dekat katil aku ada ulat and dalam bilik air tu takde hook untuk gantung baju masa mandi. Kelakar weiiii kalau ingat balik. Tapi aku rasa aku nangis tu sebab penat sangat kot balik from orientasi and aku car-sick sebab kat sana kena naik bas. Okay sorry for being a spoiled gal. Dah duduk rumah lima bulan semua ada tetiba sampai sana jadi gitu, hiba la hati aku. hahahaha

Aku duduk dekat Varsity Lodge. Selesa la rumah dia (kalau nak banding dengan rumah yang aku duduk sekarang. Nanti aku cerita. huwaaaaaa). Kenal dengan orang baru. Syinda, Qila, Wani and Nureen (ni roommate aku masa kat Dengkil dulu), Syaza. Walaupun aku tak lama dengan diorang, tapi banyak la kenangan dengan diorang. WEI AKU RINDU KORANGGGGGG! rindu nak pi kelas sesama, aku drive, pi beli barang rumah lepas kelas, masak sesama, berborak lama gila masa petang2. hmmm

tak sampai sebulan pun aku study kat cyberjaya tu, aku dapat email from ijn yang aku dapat scholarship tu. oh ada interview tau. tapi interview dia ringkas je. tak sampai 15 minit pun.
aku register kat IJN dulu. ada orientasi kat situ. dia terang kat mana tempat study and all. IJN hantar kitorang (10 orang total students termasuk aku) kat Vision College kat Kelana Jaya.
aku rasa amazed dengan diri sendiri sebab out of 600 applicants, hanya 50 yang dipanggil untuk interview. dan daripada 50 tu, hanya 10 orang yang dipiluh. dan aku adalah salah seorang daripada 10 tu. tahniah kepada mak dan abah aku sebab doa diorang dimakbulkan.

In shirt, aku tengah study kat Vision College ni sekarang for Diploma in Nursing. 3 years to go weh pastu aku jadi nurse kat IJN. insyaAllah.
macam mana life aku kat sini? hm aku rasa aku perlukan lebih ruang untuk cerita macam mana life aku kat sini. nanti aku buat entry baru kay. khas untuk cerita kehidupan aku kat sini. sebab banyak benda aku nak cakap. hehehehe. till next time!

Trip to Sabah (Throwback End of April)

Second trip of the year 2017 : SABAH BHA


27 April 2017; khamis @ kundasang
Depart 7:35 am from KLIA, touched down 10:10am at KKIA. My first domestic trip naik kapal terbang. So agak blur sikit. Nasib ada abang ioll. Hahaha. Before this naik flight pi Saudi je. 2 jam lebih yang terasa agak lama. Sempat gak makan nasi lemak. Oh aku naik MAS. Tak habis pun nasi lemak tu sebab before terbang tadi da breakfast McD kat KLIA. Tapi sebab tak nak membazir, makan je la, walaupun end up membazir gak. allahu. Sampai kat Kinabalu, naik kereta sewa terus gerak Kundasang. Bapak jauhhhhh. Ada la 2 jam lebih jugak. Dengan jalan yang selekohnya.. Subhanallahhh. Sampai Kundasang, cari homestay. Ermm lupa lak nama homestay tu tapi memuaskan ah. Selesa. Petang tu weoll pi pasar malam. Mostly gerai jual benda sama. Banyak gak bundle. Ada jual macam2 food. Ada jual makanan basah. And yang paling banyak kat situ is sayur. Ada this one side of jalan, penuh dengan orang jual sayur. I guess sebab ni la orang Sabah cantik giler. Terlebih makan sayur kottt hahahahaha. Tapi memang serius banyak and paling penting murahhhhh. Kalau nak borong sayur, boleh la datang sini. Berbaloi habis. Cuma takut menjelang nak balik semenanjung dah layu. Hihihih. Tapi kalau setakat beli kobis, lada, carrot, boleh la tahan kot. and yes, sebagai peringatan, kat Kundasang sangat sejuk and paling best, air paip dia… MasyaAllahhh, sejuk bak hang. Memang tak mandi la kauuu. Kat sana, tak yah la kau gatal cari homestay beraircond. Aku rasa tak de. And tak yah la kau mimpi nak buat bisnes aircond, konfem tak laku. Hahahaha.
Malam tu tidur awal sebab pagi esok nak bangun awall.

28 April 2017; jumaat @ Kundasang
Pagi tu bangun dengan semangat membara konon nak pi panjat Gunung Kinabalu. Haaaa tinggi angan2 kate ko. Kitorang sampai Kinabalu Park around pukul 8. Aku pi dengan abang aku and kawan2 dia. Kiranya aku sorang je la pompuan. Pastu depa minum dulu nd driver pi uruskan hal permit. Pendek cerita kitorang tak dapat pun mendki hari tu sebab hal permit. Kalau nak cerita, panjang. Maleh ah nak citer part tu. kesedihan masih terasa kayyy. Okey so bila tak jadi tu, pukul 10 kitorang pi la balik hotel. Pastu kitorang decide nak pi jalan. So aku mak abah and abg aku terus bersiap then gerak ke Ranau. jauh bak hangggg. Penat aku duduk dalam kereta tu. lebih kurang je jalan macam dari KK nak ke Kundasang. allahuuuuu. Tapi bila jalan balik rasa kejap pulak. Hahahaha.
first kitorang pi Sabah Tea. nak gak rasa teh kat sabah cemana en. Hehehe. Sempat la kitorang rasa Sabah Tea Ori, Sabah Tea yang dah campur dengan coffee and nasi goreng. Makan sambil tengok ladang teh. acah2 owner ladang teh yang berbangga dengan peningkatan hasil teh. Aaagituuuu. Hahaha
Next, kitorang pi Spa Ikan Sungai Moroli. Dekat ja dengan Sabah Tea ni. 50 m je lepas simpang ke Sabah Tea. Bayar sorang rm5/15min. Tu kalau celup kaki je. Tapi kalau kau nak ikan tu gigit manja badan kau, haaa kau bayar la harga lain. Tu aku tak sure la pulek. Pastu umpan nak bagi ikan tu serbu and terjah kau, dia jual makanan ikan 20 sen. murah nau. Kau tabur je tu, konfem bapak mak nenek ikan semua datang. Ikan2 kat sungai tu kira besar gak ah bagi aku sebab sebelum ni yang kat Penang aku pegi tu, kecik je ikan dia. mungkin sebab dia ikan sungai kottt. maybe la en. Tapi seronok la hahahaha. Nanti kau dengar la orang2 menjerit seperti aku. Malu gak tapi apa boleh buat nak oi. Dah geli. Hehehe
Next, Kolam Air Panas Poring. Jauh sikit dari tempat ikan tu. waze je, insyaAllah sampai. Kat sini bayor gak. 18 tahun ke atas rm 3. 55 tahun ke atas rm1. Kanak2 ioll tak sure sebab ioll pi tak bawak kanak2. Dalam tu ada banyak tempat untuk mandi and rendam kaki. Ada pool gak.
Next kitorang balik hotel. Check out. Angkut semua barang masuk dalam kereta. Pi solat. Then pegi Desa Cattle Fairy Farm. Tempat tu tutup pukul 4 sengah tauu. Kitorang sampai lagi sepuluh minit nak tutup. Nasib lepas. Hahahahah lawak seyh. Bayar seorang rm5 rasanya. Dapat la beli susu segar, gelato (macam ais krim la sebenarnya). Aku suka yang perisa yogurt banding dengan coklat. Pastu weoll tengok macam mana susu lembu diperah. Elok je tenang lembu tu. da besa kot. Hahaha. Guna mesin je weh. Tak de masalah kena tendang dek lembu masa tengah perah punn. Before balik sempat la berphotoshoot.
Pukul 5 gerak balik Kota Kinabalu. Kitorang sampai dalam pukul 7 la. Terus masuk apartment yg abang aku sewa. Selesa la. Erm aku tak tau nama apartment ni apa. Kalau aku tahu aku boleh suggest kat korang sebab seronok. Lengkap la semua. Ada mesin basuh peti ais seterika pinggan cawan kuali garam. Tpi rumah ni untuk muslim only.
Malam tu lepas solat, kitorang gerak pi Pasar Filipina. Pi makan seafood. Sedap oi tapi harga pun sedap. Tapi sebab orang tu kira lepas kau dah makan, then bila dia sebut berapa kena bayar tu, kau bayor je la sebab kau pun da kenyang en. Hahahahha. And aku suggestkan korang beli air mangga. Bapak sedapp. Serius oii. Tak tipuu. Memang rasa pure gittew! Da kenyang apa semua, jalan sikit beli ikan and udang untuk masak kat rumah sewa. ATTENTION:PLEASE BE AWARE YANG AKAN ADA BUDAK2 KECIK YANG BERKELIARAN KAT TEMPAT ORANG JUAL MAKANAN BASAH. (Memula aku terpikir gak apa la function budak ni ikut je orang sambil bawak plastik hitam) FUNCTION DIORANG UNTUK IKUT ORANG YANG LALU SITU, AND BILA KORANG BELI BARANG, DIORANG AKAN LAPIKKAN PLASTIK (so plastik korang akan double) AND JANGAN INGAT PLASTIK LAPIK TU PERCUMA KAY. PALING2 2 HENGGET DIA PAU KAU. 
then terus la balik umah. Ponek lak aiii. Yelah seharian dalam kereta, penat laa.
End of day 2.

29 april 2017; sabtu @ kota kinabalu
The only one place yang weoll pegi that day was Pulau Sapi untuk snorkeling. Naik boat from Jesselton Point, (aku guna service Island Express), tak silap aku sorang Rm35. Tapi sewa life jacket, and snorkeling thingy tu rm 25. And that was my first time naik boat laju. Before this naik ferry yang terasa sentosa je jantung. Naik boat laju ni, haaa amik kau… Tak mampu nak kata apa bila pok cik driver bot tu saje lanje lap tajam sikit. Hahahahha. Gelak je la. Nak jerit kang, buat malu pulak kalau aku sorang je yang jerit macam da nak mati en. Hahahaha. And ye korang boleh oilih berapa banyak pulau korang nak pi. Macam aku, kitorang pi satu pulau je. Tu pun da penat. Tak tau la kalau yang pi banyak2 pulau tu cemana en tapi yang aku punya ni, kitorang diberi masa 4 jam kat pulau tu. haa berenang berkuak lentang lah kamu bersama ikan2 ittew. Hahaha. Kalau tanya seronok tak, aku jawab seronok walaupun tak terkira berapa banyak kali tudung aku terkebelakang, berapa banyak kali air masuk kat google aku. Aku pun tak paham la kenapa air asyik masuk je kat google tu. stres tau tapi bila dpt tengok ikan, eksaited la. Hahahaha. And aku paling happy bila dapat berenang sendiri. Tak sia2 housemates aku ajar aku berenang masa kitorang pi sunway lagoon hari tu. alhamdulillah bermanfaat gak kat aku akhirnya. Hehehehehe. Tapi lembab gak ah aku berenang. Aku pi snorkeling tu dengan abg aku and kawan2 dia yakni cikgu2 from batu pahat. Kisahnya aku pi sabah ni pun sebab abg aku ada sukan staf kat sabah. Thats why la merasa aku jejak kaki kat bumi sabah ni. Okay back to the story, aku pi snorkeling dengan abg aku. Memula mmg aku join group diorang. Tapi diorang en lelaki, makin lama makin jauh and aku pulak makin lama makin bertambah masalah aku dengan tudung dan google yang jeles dengan kegembiraan aku, maka aku decide untuk main kat tepi2 tu je. Hahahah lebih kurang sejam berendam bersama ikan2, aku naik. Rehat sejam. Then masuk balik.second time yakni the last time ni, aku ikut abg aku. Kitorang pi kat tempat yang orang tak ramai. This time aku attached la dengan group abg aku. Haaaa part ni aku rasa lawak. Memula tu memang aku berenang pastu makin lama depa pi tengah sebab nak tengok karang. Aku berenang je la dengan kadar kelajuan 1km/h. Hahahaha nak menunjukkan betapa lembabnya aku berenang. Pastu okey da sampai tengah, bagi ikan makan roti walaupun ikan tu reject roti yang aku bagi. Sampai hatimu wahai ikan cisss! Pastu nak berenang ketepi balik, memula aku berenang sendiri. Lama2 aku rasa aku tak bergerak pun. Hahahaha puas abg aku ajar aku berenang macam katak, tak gak reti. Plus aku da penat nak berenang. Orang tak biasa berenang sekali pi berenang kat laut, haaa kau rasaaa. Aku rasa macam nak give up je, and biar je ombak tolak aku. Hahahahaha. Sudahnya aku pegang life jacket abg aku. Wakakakakaka. Pastu bila da sampai tepi, dia perli. Katanya : penat jadi bot penunda. 
Wekk janji aku selamat sampai ke tepi kannn. Hahahahha. Then pukul 3 pm, weoll gerak balik jetty jesselton. Pergh penat dia tu masyaAulohh! Balik tu mmg tidoq tak hengat donia. Tidur sampai ke maghrib aku rasa. And lepas tu tidur awal. Hahahaha

30 April 2017; Ahad @ Kinarut
Ni hari paling tak productive i guess. Sebab just tengok abg aku main bola kat IKBN Kinarut. Team dia dapat third place. Okey la. Then petang pi singgah Pantai Tankung Aru sat. Boring je tak de benda pun kat situ. Then terus pi makan at Pasar Filipina. Lepas makan pi shopping cenderahati kat pasar lambak. Aku beli fridge magnet je untuk kengkawan aku. Then balik umah, siapkan barang untuk balik semenanjung. Flight aku 1 May 2017; Isnin from KKIA to KLIA. 7 sengah pagi tapi kitorang gerak ke KKIA around 4 am sebab flight abah aku awal. 

So yeah ni la citer aku sepanjang aku kat Sabah. Maybe ada benda yang aku lupa citer. Hoho ni aku citer apa yang aku ingat je tau. Tapi sikit sebanyak ni la pengalaman yang aku boleh kongsi kat korang. Mungkin pengalaman korang berbeza jugak ngan aku. 




P.s: Ni ialah entry yang aku tulis masa aku lapang few months ago okay. Baru ada masa nak upload (sis acah busy dengan life padahal mereputs)

Friday, 24 February 2017

Trip to Pulau Pinang...

Century bay private resident- time tu dapat promotion. Seronok. Ada 2 bilik besar, satu lagi bilik kecik. Tapi tak la kecik pun. Pastu ada swimming pool. Tapi tak sempat la nak pi teroka sangat that place sebab pi jalan kat luar. Plus kat situ bukan lama pun. Book satu malam ja.

Bukit bendera – ramai gell, normal rm10, fast rm 30 ( recommended). Beratur kat norm lane, masyaAllah sesakkk. Pastu ada pulak this one family: ada mak and dua anak, lelaki and perempuan. Aku tahan je sabar bila mak dia ajar anak2 dia tolak orang and potong lane semua tu. Eh, come on la cik. Anak tu kecik lagi kot, dah ajar buat benda2 tak bermoral. Haa, sebab tu la anak dah besar jadi tak bermoral. Ey sabar jelah.

Naik ke puncak bukit, naik this one little train. Sesak jugak tapi still boleh bernafas lah. Hahahah. Masa naik tu, the train akan berhenti kat certain point or station. The interesting part bila ada nyonya tua turun train. I guess dia balik rumah dia la. Haa, jangan tak tau, ada okay people yg duduk kat bukit bendera. Pergh, seronok la hari2 naik train. Hahahahah. Masa kat atas pulak, ada la muzium (not sure ada apa sebab tak masuk). tempat makan pun ada gak. Paling popular, ada tempat apa tah yang couple selalu main kunci2 kau kunci hatiku kukunci hatimu apa bagai tu. Aku pi amik gambor jo ler. Ye la, nak kunci hati siapa pulak en.

Turun pun naik little train gak. Oh masa nak naik tadi, kita kan beli tiket. The ticket will be in form of card tau. Pastu make sure jaga elok2. Sebab nak balik nanti guna gak. Kalau tak, bayor 30 hengget naa. Bottom line for bukit bendera, kalau bagi peluang pegi lagi, I will go la tapi akan guna fast lane. Kalau yang nak rasa perasaan beratur selama lebih kurang satu jam dengan niat nak rasa thrill sikit(lewls), boleh la guna normal lane kayyy.

Next, kami pi makan mi goreng sotong kat padang kota. I guess tempat tu popular (walaupun aku tak pernah dengar), sebab orang ramai gila. And againnnnn, aku kena beratur lagiiii oiii. Sabar jolaa. Tempat tu namanya esplanade park. Tunggu punya tunggu, finally dapat gak. Nasib la sedap. Tapi memang sedap pungg. Tak sia2 la hang pi beratuq pepanjang tuu.pastu makan sekali dengan cocnut shake. Dap oi!

Dah makan, pi lepak kat tepi laut sambil makan aiskrim. Syerunuks!
Lepas tu, check in apartment kat halaman damai. Best! Recommended sangat. Kalau korang nak, boleh search Pinang Homestay. Memang tiptop and bersih. Puas hati la kiranya. Lebih kurang ja dengan yang kat century bay tu. Cuma bezanya bilik yg single tak de air cond tapi okay jo sebab ada kipas.
Around pukul 7, sepatutnya kami nak pi makan nasi kandar dengan kawan my bro amd sis in law. Tapi masing2 da penat, pastu terlajak tido. So cancel that plan. Malam tu, kami pi Batu Feringghi. Pi jalan kat night market. Before that, kami pi makan kat stall tepi2 tu. Around depan Golden Thai. Sedap la. Ioll makan chicken wrap aka shawarma lebih kureng. Habis makan, terus pi jenjalan. Seronok tengok barang. Beli la certain things untuk housemates. Banyak benda and benda pun banyak yg lebih kurang je. Harga la yang membezakan. Ikut la macam mana nak tawar. Ioll ada la beli fridge magnet, seluar batik, baju kelawar, clutch, key. Tu je kott.

Pastu the precious moment bila kami dah jalan nak balik ke kereta,lalu depan this one spa. Org kedai tu cakap, ada fish reflexology. Ala yang ikan gigit2 kaki tu. Rm5 per hour. So weoll pun masuk. Memula seram nak masukkan kaki, takut. Tapi last2 masukkan jugak. Awal2 geli gilaAaaaaaa. Sampai guling2 aku kat tepi kolam tu haa. Nasib tak terjun je kat dalam kolam tu. Haahahahahahaha. Tapi serius tu paling seronok la sebenarnya. Around 12 am, kami keluar dari kedai tu. Pastu balik homestay, bummmm tidoq!
Pagi rabu, bangun lambat. Wekkk! Pukul 10 baru mandi. Biasalah kongsi bilik air. Kena la bergilir. Pastu kami pi breakfast kat Kak Arab Penang (kot la. Tak ingat nama kedai). Merasalah makan moi. Moi ni bubur plus sup. Pastu kami singgah rumah p ramlee. Sempat la mirror selfie guna cermin p ramlee. Horhor. Then pi makan bawal goreng panas kat gelugor. Ada kari and sambal belacan sekali. Sodap sodap. Bau kari dia sedap la bagi aku yang tak gemar sangat kat kari ni. Tapi kari ni wangi dia lain sikit. Next, pi kedai jeruk pak ali. Hambik kau, almost seratus gak kami melabur kat kedai tu. Semua benda nak diborongnyaaa.

Okay, end of the story. Writing this story waktu dalam kereta and we are otw balik ke selatan. Its time to get back to reality. Assignment and stuffs! Haiyark, malaihnya sebab teringat kat exam ctu this Monday and buku ctu tertinggal kat rumah dengkil. Huwaaaaaaa. Makanya, terpaksa la balik awalllllll. Tak nakkkkk. Kay ah, nak tidoq! Bye

👆🏻👆🏻👆🏻 ni kisah throwback hohoho

klik even ONCE, okay? *kerdip mata lagi..