mP3..

Sunday, 2 October 2016

Salam Maal Hijrah!

Assalamualaikum, hai!

So, kisahnya aku tak tidur sepanjang malam and now tengah tunggu azan subuh. Nak tidur, takut terlepas subuh nanti. So, better berjaga sekejap. Dah tak lama pun nak masuk subuh.

Nak cakap pasal benda random je this morning. Memandangkan baru je masuk Tahun Baru (dalam Islam), so aku tulis pasal tahun baru jelah.

Hmm, biasanya, tahun baru sangat sinonim dengan AZAM! Yaa, azam! Kira macam harapan untuk tahun barulah. Apa azam korang?

Aku?? Hmmm..

Dulu rajinlah nak berazam.. azam itu, azam ini. Tapi bila aku perati balik, azam tu hangat masa minggu pertama tahun baru je, lepas tu... sejuk macam ais berg. Hohohoh. Mungkin aku yang tak de kesungguhan kot.

Kay, personally, aku rasa tak perlu kot azam. As in, kalau kau nak berubah, tak perlu nak tunggu tahun baru pun. Kan? Bila rasa nak berubah tu, just change. If u wanna change, change now! Tu ayat yang aku terpikir malam tadi.

Sebab masa balik dari anjung tadi, terserempak dengan ramai siswi yang baru balik from Pusat Islam. Nampak ramai daripada biasa. Mungkin azam baru diorang nak berjemaah kat Pusat Islam sempena tahun baru.

Kaylah, azan dah nak berkumandang tu. Sis ciao dululah ye. Tak panjang pun entry this time. Sembang sesikit je. Kay, assalamualaikum!


klik even ONCE, okay? *kerdip mata lagi..