mP3..

Friday, 9 September 2016

Tuan Rumah kembali!

Salam guys!
 Awwww, eksaited gila dapat menulis balik, sebab dah lama slow down kerja-kerja menulis sejak ada LIFE ni.. lol~
Too many things to share sampaikan tuan rumah tak tahu nak mula dari mana. 

Well, memandangkan dah nak pukul dua, tak dapat lah nak cerita panjang2 dengan korang, kan. Almaklumlah, esok kelas aku pukul 8. (Tapi selalunya, bila hari jumaat, standard lah datang lambat en?? Okey, part ni tolong jangan contohi saya) (^_^)

Kisahnya, few minutes ago, sajalah jenguk blog yang dah sepi from new entry ni. Saja stalk diri sendiri. Huhuhu! Bapaklah sedihnya hidup aku sampai stalk diri sendiri. One more lol!
Check2, perghhhh last aku update entry masa bulan 2. Hmm, banyak jugak cerita yang aku patut share kat sini. Tak tahulah bila masanya aku nak share semua kat sini. Adoi, kehidupan diary aku pun dah lama aku nafikan hak dia sebab tak ada masa!

Ni kisah benar beb. Bukan nak raih simpati atau apa.. tapi itulah kenyataannya.. huhu sambil gigit jari..
Every weekend memang depan meja study je tempat aku. tapi ada jugak lah sekali sekala aku tersasar ke mall2 yang terdekat. Hahaha.. penat jugak kalau asyik tengok buku kan?? *alasan*

Tapi sibuk2 pun, sedar2 dah nak end of sem 1 pun. Haa untuk pengetahuan korang, aku dah nak settle sem 1 kat Asasi Uitm Dengkil ni. Lepas raya ni, nak exam final. Lepas tu cuti sebooolan!!!

Seram jugak sebab next week kan raya.. tak tahulah bila masa aku nak study.. doakan moga aku tak terlalai dengan keenakan segala jenis juadah yang terhidang nanti. Adusdusdus, dugaan terbesar tu!
And pliss, doakan aku lulus asasi and berjaya pursue degree. *tak sure lagi nak pursue in what course*

Kay, tu je kot aku nak bebel hari ni. Mata pun dah ngantuk. And kalau ada typo kat memana tu, maafkan diriku yang lemah ini. Sesungguhnya, aku ialah insan yang lemah, tak terlepas daripada melakukan kesilapan : esp typo!

Haa, dah dah.. Ayuhlah tidur teman-teman! Esok ada lecture Math.. walaupun aku memang selalu datang lambat.. well, saya memang tak pandai bangun pagi!

Oh yaaa, baru teringat. esok pukul 10:30, aku ada speaking test! Doakan moga aku dapat berspeakang-kung dengan penunh lancar, insyaAllah amiiinnn! *cuak* *rama-rama,kupu-kupu hinggap di bunga raya.. eh??*

Dah-dah, bye bye. Night. Next entry (entah bilaaaa), aku nak cerita pasa UiTM Dengkil yang begitu popular dengan #dengkilperform nyaa. Kay, bye friends! Assalamualaikum!!!!


klik even ONCE, okay? *kerdip mata lagi..