mP3..

Friday, 30 September 2016

FINAL IS COMING.. *wuhuu~~*

Assalamualaikum gais!!

Saja je singgah sekejap dekat blog ni. Well, memandangkan lagi beberapa hari nak final, memang sibuk hadap buku jelah pagi petang siang malam. Kay tu agak tipu sikit sebab selalunya siang, aku tak belajar sangat. Sebabbbb... malas~! plus tak de mood pun nak study. Study malam2 seronok sikit.

Bila dah studyweek ni, rasa tak sangka pulak sem 1 dah habis. Eksaited gak nak habiskan sem ni. Kiranya ada lagi satu sem je (5 bulan lebih kurang), dan habislah cerita aku dengan asasi. Lepas tu sambung degree. *tolong jangan tanya nak sambung course apa sebab tak tahu nak pursue apa lagi. Kalau dah tahu, nanti aku share kat sini. tu pun kalau ada masa dan paling penting, kalau ada line.

Carrymark aku? Hmm, taklah sendu sangat. Biasa je. Tak gempak, tak sendu. Haa, gittew ler. Nak score 4.0 tu, tak leh nak janji. Biasalah, hidup ni makin susah. Dan mujur jugak aku ni bukan jenis yang mimpi tinggi nak jadi doktor, so macam lek sikit. Ecewah!

Lagi nak cakap pasal apa? Haa, nanti masa cuti sem, aku nak cerita gaklah sikit pasal asasi kat dengkil ni. InsyaAllah boleh dijadikan rujukan untuk junior akan datang. Nanti aku nak upload gambar bebanyak. Ekekeke.

Haa, sebenarnya hari ni nak share gambar classmates. Gambar ni kitorang ambik masa malas last together. Malam last ke? Lebih kuranglah. Aku cakap malam last sebab lepas malam tu, macam dah jarang ketemu.

cari mana satu mardhiah ^_^


Kitorang buat aktiviti sikit malam tu, Main game truth or dare. Aku amik dare. Kena pergi kat ada this one grup, ambik kasut diorang and jerit "kasut siapa ni?!" lawak ahhh. Tak pe, sporting je.
Tapi malam tu memang gempak lah. Seronokk..



klik even ONCE, okay? *kerdip mata lagi..