mP3..

Sunday, 2 October 2016

Salam Maal Hijrah!

Assalamualaikum, hai!

So, kisahnya aku tak tidur sepanjang malam and now tengah tunggu azan subuh. Nak tidur, takut terlepas subuh nanti. So, better berjaga sekejap. Dah tak lama pun nak masuk subuh.

Nak cakap pasal benda random je this morning. Memandangkan baru je masuk Tahun Baru (dalam Islam), so aku tulis pasal tahun baru jelah.

Hmm, biasanya, tahun baru sangat sinonim dengan AZAM! Yaa, azam! Kira macam harapan untuk tahun barulah. Apa azam korang?

Aku?? Hmmm..

Dulu rajinlah nak berazam.. azam itu, azam ini. Tapi bila aku perati balik, azam tu hangat masa minggu pertama tahun baru je, lepas tu... sejuk macam ais berg. Hohohoh. Mungkin aku yang tak de kesungguhan kot.

Kay, personally, aku rasa tak perlu kot azam. As in, kalau kau nak berubah, tak perlu nak tunggu tahun baru pun. Kan? Bila rasa nak berubah tu, just change. If u wanna change, change now! Tu ayat yang aku terpikir malam tadi.

Sebab masa balik dari anjung tadi, terserempak dengan ramai siswi yang baru balik from Pusat Islam. Nampak ramai daripada biasa. Mungkin azam baru diorang nak berjemaah kat Pusat Islam sempena tahun baru.

Kaylah, azan dah nak berkumandang tu. Sis ciao dululah ye. Tak panjang pun entry this time. Sembang sesikit je. Kay, assalamualaikum!


Friday, 30 September 2016

FINAL IS COMING.. *wuhuu~~*

Assalamualaikum gais!!

Saja je singgah sekejap dekat blog ni. Well, memandangkan lagi beberapa hari nak final, memang sibuk hadap buku jelah pagi petang siang malam. Kay tu agak tipu sikit sebab selalunya siang, aku tak belajar sangat. Sebabbbb... malas~! plus tak de mood pun nak study. Study malam2 seronok sikit.

Bila dah studyweek ni, rasa tak sangka pulak sem 1 dah habis. Eksaited gak nak habiskan sem ni. Kiranya ada lagi satu sem je (5 bulan lebih kurang), dan habislah cerita aku dengan asasi. Lepas tu sambung degree. *tolong jangan tanya nak sambung course apa sebab tak tahu nak pursue apa lagi. Kalau dah tahu, nanti aku share kat sini. tu pun kalau ada masa dan paling penting, kalau ada line.

Carrymark aku? Hmm, taklah sendu sangat. Biasa je. Tak gempak, tak sendu. Haa, gittew ler. Nak score 4.0 tu, tak leh nak janji. Biasalah, hidup ni makin susah. Dan mujur jugak aku ni bukan jenis yang mimpi tinggi nak jadi doktor, so macam lek sikit. Ecewah!

Lagi nak cakap pasal apa? Haa, nanti masa cuti sem, aku nak cerita gaklah sikit pasal asasi kat dengkil ni. InsyaAllah boleh dijadikan rujukan untuk junior akan datang. Nanti aku nak upload gambar bebanyak. Ekekeke.

Haa, sebenarnya hari ni nak share gambar classmates. Gambar ni kitorang ambik masa malas last together. Malam last ke? Lebih kuranglah. Aku cakap malam last sebab lepas malam tu, macam dah jarang ketemu.

cari mana satu mardhiah ^_^


Kitorang buat aktiviti sikit malam tu, Main game truth or dare. Aku amik dare. Kena pergi kat ada this one grup, ambik kasut diorang and jerit "kasut siapa ni?!" lawak ahhh. Tak pe, sporting je.
Tapi malam tu memang gempak lah. Seronokk..



Friday, 9 September 2016

Tuan Rumah kembali!

Salam guys!
 Awwww, eksaited gila dapat menulis balik, sebab dah lama slow down kerja-kerja menulis sejak ada LIFE ni.. lol~
Too many things to share sampaikan tuan rumah tak tahu nak mula dari mana. 

Well, memandangkan dah nak pukul dua, tak dapat lah nak cerita panjang2 dengan korang, kan. Almaklumlah, esok kelas aku pukul 8. (Tapi selalunya, bila hari jumaat, standard lah datang lambat en?? Okey, part ni tolong jangan contohi saya) (^_^)

Kisahnya, few minutes ago, sajalah jenguk blog yang dah sepi from new entry ni. Saja stalk diri sendiri. Huhuhu! Bapaklah sedihnya hidup aku sampai stalk diri sendiri. One more lol!
Check2, perghhhh last aku update entry masa bulan 2. Hmm, banyak jugak cerita yang aku patut share kat sini. Tak tahulah bila masanya aku nak share semua kat sini. Adoi, kehidupan diary aku pun dah lama aku nafikan hak dia sebab tak ada masa!

Ni kisah benar beb. Bukan nak raih simpati atau apa.. tapi itulah kenyataannya.. huhu sambil gigit jari..
Every weekend memang depan meja study je tempat aku. tapi ada jugak lah sekali sekala aku tersasar ke mall2 yang terdekat. Hahaha.. penat jugak kalau asyik tengok buku kan?? *alasan*

Tapi sibuk2 pun, sedar2 dah nak end of sem 1 pun. Haa untuk pengetahuan korang, aku dah nak settle sem 1 kat Asasi Uitm Dengkil ni. Lepas raya ni, nak exam final. Lepas tu cuti sebooolan!!!

Seram jugak sebab next week kan raya.. tak tahulah bila masa aku nak study.. doakan moga aku tak terlalai dengan keenakan segala jenis juadah yang terhidang nanti. Adusdusdus, dugaan terbesar tu!
And pliss, doakan aku lulus asasi and berjaya pursue degree. *tak sure lagi nak pursue in what course*

Kay, tu je kot aku nak bebel hari ni. Mata pun dah ngantuk. And kalau ada typo kat memana tu, maafkan diriku yang lemah ini. Sesungguhnya, aku ialah insan yang lemah, tak terlepas daripada melakukan kesilapan : esp typo!

Haa, dah dah.. Ayuhlah tidur teman-teman! Esok ada lecture Math.. walaupun aku memang selalu datang lambat.. well, saya memang tak pandai bangun pagi!

Oh yaaa, baru teringat. esok pukul 10:30, aku ada speaking test! Doakan moga aku dapat berspeakang-kung dengan penunh lancar, insyaAllah amiiinnn! *cuak* *rama-rama,kupu-kupu hinggap di bunga raya.. eh??*

Dah-dah, bye bye. Night. Next entry (entah bilaaaa), aku nak cerita pasa UiTM Dengkil yang begitu popular dengan #dengkilperform nyaa. Kay, bye friends! Assalamualaikum!!!!


Tuesday, 16 February 2016

Pasca SPM

Assalamualaikum gais!
Lama jugaklah aku tak update any entri on this blog, kan?
Well, banyak alasannya. 
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, kan?
Actually, line tenet tak berapa nak menyokong. Hari ni pun aku terpaksa menabahkan hati nak melayan line yang slow ni. 
Sebab dah lama tak updatelah, aku reda je dengan line tenet ni.
Kesian pulak kat blog ni, kesepian..

So, the topic for today is....
AKTIVITI-AKTIVITI  LEPAS SPM

As usual, aku akan cerita tentang diri sendirilah. 
*elok cakap pasal diri sendiri daripada cerita pasal orang. Yang penting jangan sampai timbul masalah penyakit hati suudahlah kan..

Aku terkenang balik masa mid year exam. Subjek Pendidikan Islam.
Masa ada extra 30 minit, aku boring nak tunggu. Aku pi ambil kertas ekstra. Hehe.
Biasalah, aku ni selalu keluar idea untuk novel masa exam.
Dapat tulis dua tiga perenggan pun, dah rasa okey dah.
Lepas dah tulis sikit2 on that kertas, aku terfikir,
'Nak buat list activity after spm lah.'

Well, time tu semangat tengah membara nak habiskan spm.
Daku pikir, life after spm tu best gila2.
Best tu memang lah best, sebab tak payah hadap buku, tapi boring sikitlah sebab susahlah nak jumpa kawan.
So, apa dah jadi kat wishlist tu? Herm, simpan dalam storage box, buat kenangan.

Beria sebelum spm rancang itu ini, sudahnya apa pun tak jadi. 
*sebab tidur mengatasi segalanya.
Sakan aku beli novel, dengan harapan after spm aku nak baca, herm..
kesudahannya, lepas spm, baca novel merangkak-rangkak.
Satu novel sampai seminggu nak habis.

Let's teruskan dengan discussion kita hari nilah. 
Sebab macam dah banyak je aku cakap. Nanti bosan pulak.

1. TIDUR 
Hah, aktiviti yang paling digemari oleh aku (dah habis jujur dah ni) dan pastinya oleh semua. Kan? Agak lifeless jugaklah kalau asyik tidur je, tapi daripada kau pi meraban keluar rumah, baik kau tidur je. Rumah pun tak bersepah walaupun kau wujud kat rumah tu. Tapi jangan kau tidur sepanjang hari, then malam kau jadi burung hantu. Pi keluar rumah. Aip, tu dilarang ya! Berpada-padalah dalam semua benda termasuk tidur. HEHE.

2. ONLINE
Yeah, yang selalu aku buat. Dan kau juga buat. Tak payah nak menipu, nak cover line kau tak online. Actually, dalam phone tak ada apa sangat pun. Just twitter, instagram, facebook, whatsapp, telegram. Dulu ada wechat, tapi dah uninstalled. Whatsapp dengan telegram tak selalu bukak sebab tak de orang contact. Kalau bising pun, sebab group je. So, focus memang on twitter, facebook and instagram jelah. Aku pun tak pasti apa yang aku tengok sampai tak lekang fon kat tangan. But its better kot. Tapi jangan sampai abaikan orang di sekeliling kau. Kesian ah. 

3. HOBI
haa, kau carilah hobi apa-apa. Main dam ular ke, piano tiles ke, baca novel ke, kumpul setem ke. Haha. Macam aku, aku menulis. Tapi bila idea tak ada, rasa nak gigit keyboard pun ada. Oh, mungkin kau boleh surf internet. Aku ada baca this one suggestion. Kiranya, kita ni kan manusia. Selalu berfikir. Kenapa itu.. Kenapa ini.. Tapi kita jarang cari jawapan. So what if, bila kau tertanya-tanya tu, kau save persoalan tu dalam note pad dalam fon or catitlah kat mana-mana. Tapi kalau dalam fon lagi senang. Sebab kau kan berkepit dengan fon 24/7. Bila kau da rasa boring sangat, kau bukak balik note pad tu, and cuba kau search on internet. At least, aku tak bazirkan masa dan kau dapat ilmu baru. Sebenarnya, ilmu yang kita cari sendiri lebih mudah untuk kita ingat.

4. KERJA
Herm, yang ni aku tak buat. Tapi kawan-kawan aku ada yang buat. Rajinnya mereka. Aku bukannya tak rajin, cuma kalau aku kerja, mak aku jugak yang kena hantar. Baik tak payah. Mcam nak hantar pi sekolah pula kan. Baiklah aku duduk rumah je. Kawan-kawan aku ada la dalam 4-5 orang kerja cikgu tadika. Seronok je aku tengok gambar-gambar dia orang dengan student. Tu yang perempuan. Yang lelaki, herm.. aku kena ingat balik kawan2 lelaki aku sebab dah 2 tahun tk jumpa kan. Herm, kalau budak2 kat tempat aku ni, dia orang prefer kerja kat petrol pump. Ada lagi seorang tu, kawan kat Shah Alam, dia kerja bakery. 7 hours. Ikutlah kau orang nak kerja apa.

5. GATHERING
This is the best part. Gathering dengan friends paling awesome. Tapi setakat ni, aku tak jumpa kawan2 aku sepenuhnya lagi. Jumpa dua tiga orang je. Sebab yang lain dah merantau cari kerja kat tempat lain. Bagusnya kawan2 aku tu. Pandai berdikari. Tunggu masa je nak jumpa dia orang semua. Hermmm... Jadi perempuan ni, nak keluar kepci pun susah. Aku tengok, kawan aku yang lelaki tu, dah lepas melancong dengan kawan2 pi Langkawi without family. Tak pa lah, rezeki kau.

6. JANGAN LOST CONTACT
Wasep ada, telegram ada, wechat ada, beetalk ada. Memacam ada dah gais. So jangan lah lost contact dengan kawan2. Sesekali tu tegur lah. Tak selalu pun tak pe. Sebab bila dah keluar sekolah ni, memasing got their own life. Plus, memasing memang sibuk mengalahkan menteri walaupun sepanjang hari tidur je atas katil. At least, kalau kau contact, nampaklah yang kau ni jenis tak lupa kawan. Tanda ingatan tu penting gais.

7. TINJAU PELUANG
Tinjau peluang okay, bukan tinjau anak dara orang. Tu sia-sia kau hidup berbelas tahun namanya. Tinjau-tinjau lah scholarship. Banyak scholarship online sekarang. Apply je. Dan bila dah apply, SANGAT DINASIHATKAN agar SELALU tengok email. Macam aku hari tu, terlepas one chance sebab lupa check email. Miahaha. Rezeki lain ada. Kalau tak dapat, jangan risau. In Shaa Allah.


Banyak benda boleh buat sebenarnya. Such as pi kenduri, pi main ice-skating, main rollerblade, pi jogging, pi masjid, pi rewang. 
Yang penting jangan buat benda-benda yang melanggar hukum-hakam.

Lagi 15 hari result SPM nak keluar. 
Tengah sado-sadokan hati ni. Semoga segalanya baik-baik sahaja. Saya doakan kejayaan anda. Kitakan batch 98..

klik even ONCE, okay? *kerdip mata lagi..