mP3..

Tuesday, 16 December 2014

Selamat Hari Lahir, Sahabat !!

Assalamualaikum, readers!

Last entry, Dhia cakap pasal Ekspo Buku Malaysia kat PWTC. So, kali ni nak sembang pasal birthday pulakss. Hehee.. 
Actually, hari ni birthday kawan Dhia. Sharifah Hazirah atau lebih dikenali dengan nama Che' Pah. Sekali juga, kami (SMARTGIRLS) sambut birthday kawan lagi seorang, Nurafizatul Azni.
So, congrats to both of you girls. Dah tua!!

yang berselendang : che' pah
yang bertudung hitam : azni
So, menu kami untuk hari ni :
- lasagne
- bihun tomyam
- air ribena
- pizza

Herm tu jelah rasanya. Sikit tapi cukup membuatkan perut full untuk jangka masa yang lama. 

pizza hut.. credit to cik 'afini' yang sudi pi beli..

lasagne.. credit to kak una yang berbaik hati memberi kami secara percuma.. 

air ribena dalam pembikinan.. tu terselit jugak semangkuk bihun..

walah! memang best party kali ni.. kenyang pun kenyang.. oh ya,sebelum anda, anda dan anda terkejut tengok gambar kami yang 'membara' kejap lagi, biar saya beritahu awal-awal.. tema kami kali ni, merah hitam..
but kalau ternampak budak sesat yang berskirt pink tu.. abaikan lah.. dia tu tak menepati tema.. that's me.. memang kena bashed tadi sebab tak ikut tema.. apa-apa pun, bergambor tetap bergambor.. hehehe..


okay.. now, Dhia nak sharelah gambor-gambir yang kami snap tadi.. tak boleh letak semua sebab nnti tak muat.. snpa banyak sangat tadi.. hihi.. biasalah, masing-masing gila bergambar.. ada je yang nak digayakan.. nak.. dipersembahkan gadis-gadis jolobu...

KAMA..

err.. ni siapa ya??

kay, abaikan muka budak bertudung pink tu..

dari kanan : khairun, azni

khairun and i

mira and i

azni and i

dari kanan : azni, mira

dari kanan : khairun, mira

che' pah and i

dari kanan : che' pah, mira

dari kanan : khairun, che' pah

birthday girls!!

dari kanan : khairun, jaja

jaja and che' pah

che' pah, jaja and alia(sepupu che'pah)

tu dia.. macm cover drama dah.. hahaha

masing-masing bila dah dapat bergambar.. 

macam2 gaya.. hihihi
so, tu je gambar yang sempat dikongsi. Tu pun dah banyak rasanya.. nanti kalau rajin, Dhia buat part 2.. sebab ada lagi gambar yang Dhia nak share.. tapi sekarang ni gambar tu ada pada Adrina.. herm, tunggu naa..

kay, sambung cerita.. habis bergambar.. dah masuk waktu zohor..
so, kami solat dulu.. sampailah dua setengah..
lepas tu kami tengok movie.. cerita Annabelle.. menjerit masing2 bila hantu keluar.. paling kuat jerit, mestilah.......... err, tak boleh bagitau.. hehe..

tamat movie dalam pukul 4 ptg.. sambung pulak dengan sesi karaoke.. ha, macam2 lagu kami nyanyi.. antaranya, rude, shower, dear future husband, mewangi, malaikat, knock knock, shake it off.. and tak ingat.. banyak sangat.. hehe..


so, sampai sini je entry kali ni.. dah panjang.. penuh dengan gambar.. hahaha.. 



ASSALAMUALAIKUM
SALAM SAYANG PENUH KERINDUAN...

Sunday, 14 December 2014

Cerita Hari Ni...

Assalamualaikum, readers!!

Hari ni, dia ke PWTC for promotion 20jiwa 1destinasi.. hehe.. best sangat.. sumpah tak tipu.. Dhia sampai sana tadi around pukul 10 lebih.. sampai2, terus pi booth Karya Seni & Penulisan2u.. actually, dah siapkan list novel2 yang nak diborong.. ada la dalam 5 buah yang under KS.. wakaka... tapi last2, balik dgn 8 novel from KS.. err.. apakah???

hah! hamik kau..borong semua.. lalala


first baby la kiranya... awak2 semua, jgn lupa beli yaaa..

dah tak larat sebenarnya tuu.. haha

mmg patut bengkak tangan pun bila melihat kembali gaya aku memegang bakul tu.. huhukss
Kay.. sambung cerita balik..
Lepas dah beli segala yang nak dibeli, gue pegilah booth LNE.. hehe..
sampai2, depa suma tekejut tengok cheq.. muda belia la katekan.. lalala..
then bermulalah sesi 'otograp'(autograph)..



gue teringat cerita jutawan fakir.. dialog : chiko nak saaaaiinnnn...
haha
Then, selepas ni, Dhia nak tepek gambor bersama penulis2 yang lain.. ada acik lana, Alya Bahari(brown), Adzra Sue(hot red) and Fazila Adam (baju biru)..

with acik lana.. jgn jeles.. hehe

sempat pulak aku ajak si kecik Adam ni berselfie.. hehe.. ups, ada Alya Bahari di situ..

antara penulis yang ada tadi..


with ery aieril.. penulis cerita 'sepet jodohku'
see,, dgn mata aku skali sepet.. lol betul..

so.. that's it.. mmg syok.. best weyy.. hehe.. borak2 dgn senior2 yang dah terlebih makan garam berbanding saya.. huhu.. i'll do my best.. insya-allah.. keep pray for me ok? hehe..

to you guys yang dah beli, bakal beli, enjoy my short story.. DEKAT PADAMU.. 
confirm korang suka antologi tu sbb ada banyak lagi cerita lain.. murah je.. rm25.00
if beli online, dapat rm22.00..
apa tunggu lagi? pi la kedai cepat.. oh ya, ekspo tu sampai esok.. 
esok ada lagi penulis lain.. saya tak de.. nak balik kg la.. haha

ok.. just that for today.. sudah mahu beradu ni.. ngantuk oi.. penat..
kalau dah baca nnti, jgn lupa komen karya saya ya.. ngehee..
gracias.. xoxo


ASSALAMUALAIKUM
#SAPOTSAYA



Tuesday, 9 December 2014

problem hits me

Assalamualaikum, readers!!
Rasa macam dah lama tak update blog.. baru tiga hari..
yes, baru tiga hari, tapi macm2 jadi dalam hidup ni...
ada yang pergi, ada yang datang.. kan??
korang macam mana? sihat? 
homework dah settle??
cuti da nak habis.. 
huhu
Dhia ni sibuk tanya orang tapi Dhia punya pun tak siap.. sodehhh..

Do u wanna know what had happened in my life?? 
ANGGUK or GELENG?
kalau u gais geleng pun, Dhia nak cerita jugak.. dont care!
hehe.. emo pulakss..

fine, its about a boy act.. yes, dia tu kawan Dhia... dulu laa..
sekarang dia da taik nak kawan dgn Dhia dah.. hurmm..
awat? sebab Dhia buat dia sedih..
alaaa...
Dhia tulis kat sini sbb Dhia tahu dia tak baca.. 
rasanya dia pun tak tahu yang Dhia ada blog.. haha..

kay.. Dhia kenal dia since darjah 6.. tapi time tu, kenal2 cam tu je..
sebb sekolah lain2..
masa form 1, dia satu skola dgn Dhia..
Dhia tk pedulikan kewujudan dia pun masa tu..
kelas sebelah2.. tapi macam tak perasan dia wujud..
sampaila satu hari tu.. dia tegur..
rupaya dia tahu 1 rahsia yang tak boleh diceritakan di sini..
tapi agak memalukan laa..
start from that day, dia rajin la tegur..

pertengahan form two, kami kawan rapat..
sampai form three, dalam bulan 4, dia dah rapat dgn org lain pulak..
hurmm..
so, Dhia mmg marah la kan..
10 months kawan, dia boleh pulak rapat dgn org lain.. cehh..
tapi kitorang still bertegur if dia yang tegur dulu..
nak Dhia yang tegur dulu, mmg tak ahh..
ada sekali tu, Dhia turun tangga.. nampak Dhia..
dek tak nak dia tegur, Dhia turun laju2..
and tanpa disangka-sangka, Dhia jatuh.. 
huiii.. malu ooiii..

kitorang still kawan tapi type biasa2 je..
tegur tak tegur macam tu.. 
masa form 4, dia rajin jugak la tegur.. 
tapi ya.. relay still mcm biasa..

sampaila Dhia dapat tawaran gi SBP..
dia tak tahu.. tapi sahabt Dhia bagitau dia..
time tu dia tengah rapat dgn akk senior.. akak angkat..kottt
wanna know apa dia ckp??
herm.. dia ckp : SO?

wuuuu,, mmg berkecai hati cheq.. ala, tapi apa je yang nak diharap kan?
dah masuk SBP, Dhia tak ingat dia sangat..
well, sibuk.. bila balik OB je, sometimes dia tegur kat WeChat..
ya, friendsss jaa..

sampailah, balik cuti hujung tahun ni, asyik terserempak je..
dia pulak rajin chat.. haisyy..
kitorang jadi rapat balik..
tapi Dhia ckp kat dia, Dhia tak boleh nak layan dia macm dulu dah..
ambik jalan selamat, Dhia kata kita kawan je la..
lepas ni, mana tahu dia rasa nak rapat dgn orang lain, tak de la jadi mcm dulu.. kan?

dia tak leh terima.. 
dia pikir Dhia nak mainkan dia.. what u guys think?
am i? tak kan?
salah ke Dhia nak jujur.. Dhia tak leh layan dia lebih2..
tu je.. but still kawan kan?
yang penting, tali silaturahim tak putus..
apa yang salahnya?

this morning, kitorang baru je bergaduh..
bergaduh dekat moment WeChat..
urgh,, hari demi hari, hubungan makin teruk..
dah benci membenci pulak..
malas nak gaduh tahu tak....


hurmm..
kalau kau baca entry aku ni, aku nak kau tahu yang aku masih anggap kau kawan aku..
aku tak pernah benci kau.. menyampah mmg la pernah.. tapi aku dah maafkan segala salah kau kat aku.. hope kau maafkan segala salah aku jugak.. how can our story habis mcm ni?
kita dah cukup besar wey.. membazir je bergaduh..
kay, aku tahu kau tak suka aku buat karangan macm ni untuk kau,, tapi aku nak kau tahu yang aku sayang kau sbg kawan aku..MHAA


ASSALAMUALAIKUM

SALAM SAHABAT
SALAM PENUH RASA CINTA
xoxo


Saturday, 6 December 2014

ANTOLOGI 20 JIWA 1 DESTINASI

Assalamualaikum, readers!!
Long time no see ah? english terabur.. biaaaaarkaaann.. hehe
so, hari ni Dhia straight to da point saje.. malas nak berkias-kias kerana diriku ini lagi stress dgn masalah hidup.. cewahh.. tapi mmg kebenaran.. saja buat ayat berbunga tahi ayam sikit.. kikiki

ok, main agenda hari ni adalah mempromosikan antologi 20JIWA 1DESTINASI.. 
well, well, well... sape ingat lagi cerpen DEKAT PADAMU?? angkat jari!! hehehe
herm, ok, throwback sikit.. 
pasal Adam Kamal, si penyanyi popular dan Salwa Nur, si novelis biasa2.. pertama kali Adam melihat Nur, Adam rasa satu perasaan yang dia tak dapat gambarkan.. pertama kali tu, Adam hanya mampu tengok dari jauh je.. tak jumpa pun.. alaaaaaa
but no worries gais, Adam kan hero.. mestilah dia usaha jugak nak jumpa heroin.. 
bila dah jumpa...

err, ni habis aku cerita ni kang...
kay, tak nak cerita.. korang kena beli antologi tu untuk tahu apa jadi.. hehe.. strategi ni..
jgn risau.. korang tk rugi..sumpah tak tipu..

dah la, gue nak start keje mempromote nih..
ok, dalam antologi ni, ada 23 cerpen from 20 penulis..
and one of the cerpen is mine and for sure, one of the penulis is me..rite?
tak mahal pun.. berbaloi lagi ada lah..
so, 10-14 Disember ada PESTA BUKU 1 MALAYSIA(PB1M) kat PWTC..
you gais boleh dapatkan antologi tu kat sana.. got it?
booth 69 & 70.. booth LOVE NOVEL...
and yang menariknya, penulis2 cerpen akan ada di sana..
termasuklah saya.. in sya allah..
nak jumpa saya?alamak, rasa macam bajet la pulak.. huhuhu

okay laa.. ni sekadar memberitahu..
in sya allah, kalau tiada aral, saya akan berada di sana(PWTC) on 13th of December.. bersamaan hari Sabtu..
so, kalau sesape nak jumpa saya, boleh la dtg sana..
bukan setakat saya, ramai lagi penulis yang ada..
kalau jumpa saya, tegur la saya.. tak susah nak kenal saya, yang cantik, comel.. tu saya la tu..
hehe, gurau.. jgn marah aaa..

kalau jumpa, and anda salah seorang daripada pembaca SUJANAACHANTEK ni, jgn lupa beritahu..
saya nak juga kenal dgn orang yang sudi baca blog saya yang boring ni.. hihi..
oh ya, untuk detail buku tu, saya akan tepek kat bawah sat lagi... scroll jo.. jumpa la in sya allah

herm, apa lagi ya??
oh,, saya sekarang tengah siapkan novel kedua.. 
novel pertama ada kat Ilham.. tajuknya Mungkinkah Dia?... sudi2 la baca karya saya tu..
pastu, boleh komen.. boleh pm terus kat fb.. boleh email.. suka hati angpa la nak yang mana satu.. 
jgn sampai hantar surat guna brung merpati, sudahlaa..
hehe..
novel kedua saya, dah nak siap.. in sya allah.. novel tu saya akan hantr untuk satu lagi contest..
mencuba nasib je.. mana tahu ada rezeki kan??
amiiinn...


KLIK SINI UNTUK BACA NOVEL SAYA DI ILHAM

ni cover antologi 20 jiwa 1 destinasi

ni sinopsis antologi 20 jiwa 1 destinasi

ni butiran antologi 20 jiwa 1 destinasi





SELAMAT MEMBELI..
SEMOGA ADA JODOH UNTUK KITA BERTEMU EMPAT MATA!!!\
...xoxo...






Monday, 1 December 2014

KHAS untuk warga baru TKC 2015

Assalamualaikum cinta.. eh? tu tajuk filem kan? agaknyalaa.. hahaha
so, apa isu yang Dhia nak bangkitkan hari ni ya?
uu,, Dhia teringat janji dia dalam entry yang lepas, Dhia janji nak bagi checklist untuk warga TKC 2015 kan? herm,, okok..

tapi sebelum tu, Dhia ada berita gembira yang nak dikongsi dengan awak2 semua.. its about my dream comes true.. alhamdulillah..
berkat doa semua, cerpen Dekat PadaMU bakal diterbitkan bersama beberapa cerpen lain dalam bentuk antologi..
Dhia baru dapat call from publication tu beberapa hari yang lepas.. baru hari ni Dhia dapat share berita ni dengan awak semua..
mungkin bagi sesetengah orang, benda ni tak de apa2, tapi tidak bagi saya.. hehe
usaha tu beb..
terima kasih kepada semua yang dah sudi bagi komen.. terima kasih yaa..

so.. jom kita teruskan dengan agenda yang utama.. herm untuk adik2 tingkatan satu dan tingkatan empat baru..hehe..
kay lah, cenggini ya.. susah la kalau nak buat list satu-satu sebb banyak.. so, Dhia citer pasal kehidupan seharian kat sana.. korang guna guideline ni untuk buat list barang yang korang nak hangkut dtg kolej..

Dhia tahu korang perluan benda ni sebb dulu, masa Dhia nk dtg kolej, Dhia hangkut segalanya.. almaklumlah, budak tak pernah duduk asrama.. tak cukup satu luggage.. huih.. last2 banyak yang hntar balik.. kuikuikui..

lets start with hari Isnin..

 Ada assembly rasmi.. masa assembly rasmi, make sure pakai skin socks, skarf, matriks card, batch/name tag.. kalau tak.. DEDUCT HOUSEMARK!! haha.. oh ya, assembly berdiri tau.. lama gak ar.. dalam sejam.. penat wey.. tapi lama-lama biasa ar.. then PnP.. samapai la tengah hari.. balik.. gi dining hall untuk lunch.. makan2, solat.. then gi prep.. prep abis 4 sengah.. dah 4 sengah tu, balik dorm la wey.. oh ya,, masa lunch boleh balik dorm.. tapi jgn lupa dtg skola balik..
herm, 4.30 sampai 6.50, korang free.. buat la apa hang nak buat.. washing ke, apa ke.. terpulang..
6.50, dinner.. wajib.. dah dinner gi solat.. oh ya,, solat kat sana, hanya subuh, maghrib dan isyak yang berjemaah..
lepas tu ada prep dari pukul 8.30 sampai 10.30..
dah habis tu, pi balik la.. balik dorm terus atau nak singgah supper.. suka hati..
lights off pukul 11.30..


untuk hari selasa, rabu, khamis.. semua lebih kurang..

pasal ko-ku, hari Rabu.. pkul 3.30 - 4.30..
prep malam ada setiap hari kcuali sabtu.. sabtu ada prep pagi je..
herm, apa lagi?
ala,, tak tahu nak ckp apa lagi.. macam2 bende nak dicerita..
so lagi mudah.. korang pm je saya kat fb.. or drop comment kat bawah pun boleh.. no hal..
tanya je apa-apa.. Dhia akan jawab..

so, sampai ketemu lagi ya.. salam


CERPEN : KISAH NAZIMQAISARA

Assalamualaikum dear readers! Apa habaq? hehe,, tetiba masuk zon utagha.. kuikui
so, saja Dhia nak post the next cerpen.. cerpen ni dah lama buat, tapi baru hari ni nak post.. hehe..

cerita ni about Nazim dan Qaisara.. Qaisara yang dah melupakan Nazim, tapi terjumpa dengan lelaki tu selepas 9 tahun tak jumpa.. pertemuan yang tak disangka. Hati Qaisara dah menyanyikan lagi lagu rindu untuk Nazim tapi sayang... Nazim dah ada Ikhwan, si kecil yang comel. Tapi.. Nazim masih mahu memburu cinta Qaisara. Dapat ke??

Silakan baca..

DERETAN tin susu cair di hadapannya dipandang. Jenama yang sering menjadi pilihannya tiada. Qaisara berdecit. Terpaksalah dia memakai jenama lain kali ini. Nampak gayanya begitulah kerana dia sudah tidak cukup masa untuk ke kedai lain lagi.
           Kenduri doa selamat akan berlansung di rumah emaknya malam ini. Lima belas minit yang lalu, kakak sulungnya, Amirah menelefonnya agar tidak terlupa membawa kek coklat homemade! Terus dia memecut keretanya ke pasar raya yang tidak jauh dari rumahnya ini.
           Barang-barang lain sudah selamat berada di dalam bakul. Dalam fikirannya, dia masih berfikir susu cair yang mana yang wajar dia gunakan. Dia cuba mengingat kembali beberapa jenama yang pernah disebut oleh temannya, Afi mengenai jenama susu cair yang bagus digunakan dalam masakan kek.
           Hampir sahaja dia melompat apabila terasa seseorang memegang kainnya. Dia memandang ke bawah. Seorang budak lelaki sedang mendongak memandangnya dengan mata yang berair. Qaisara mengukir senyuman. Dia memandang sekeliling, mana tahu ibu atau ayah kanak-kanak ini ada berdekatan dengannya.
           “Hai! Ibu mana?” tanya Qaisara kepada budak lelaki itu. Dia berlutut agar aras matanya sama dengan mata kanak-kanak itu. Kelihatan air mata kanak-kanak itu masih bersisa di pipi. Memang sah budak ni tersesat kat dalam pasar raya yang tak berapa besar ni, detik hati Qaisara.
           Budak lelaki yang berusia dalam lingkungan dua tahun itu menggelengkan kepalanya.
           “Nama siapa?” soal Qaisara dengan nada yang lembut. Tidak mahu budak itu takut padanya.
           “Adik,” jawab budak lelaki itu.
           Qaisara tertawa. Dia menepuk dahinya. Aduhai! Matanya meliar lagi mencari kalau-kalau ada yang mencari budak yang bernama ‘adik’ ini.
           “Ikhwan!”
           Qaisara menoleh apabila melihat ‘adik’ tiba-tiba sahaja berlari ke arah belakangnya sebaik sahaja mendengar satu suara memanggil nama ‘Ikhwan’. Memandang budak itu memeluk kaki seorang lelaki membuatkan hatinya lega. Sekurang-kurangnya budak bernama Ikhwan itu sudah jumpa dengan ayahnya.
           Dia kembali meneruskan misinya memilih susu cair.  Dari ekor matanya, dia terperasan yang Ikhwan dan ayahnya masih belum beredar. Tanpa mempedulikan dua beranak itu, Qaisara mengambil beberapa tin susu cair dan dimasukkan ke dalam bakul.
           “Terima kasih,” ucap ayah Ikhwan yang sudah mendekati Qaisara. Ikhwan sudah berada di dalam dukungannya.
           “Tak perlulah nak berterima kasih. Saya tak buat apa pun,” ujar Qaisara tanpa memandang ayah Ikhwan. Sememangnya, dia tidak berapa suka berbicara dengan orang yang tidak di kenali. Tambahan lagi, orang itu berstatus suami.
           Biarlah orang nak kata dia kolot dengan gaya pemikirannya itu, namun dia tetap mahu berfikiran sebegitu. Suka hatilah! Lagi pun, lebih baik mencegah daripada merawat, kan? Kalau dah sakit hati nanti, tak pasal sejarah berulang kembali. Nehi!
           Dia sedang mencapai setin lagi susu cair apabila namanya dipanggil.
           “Sara..”
           Dia segera menoleh. Mahu juga tahu siapa yang memanggilnya sebegitu. Setahunya, hanya teman di zaman sekolah dulu sahaja yang memanggilnya sebegitu. Itu pun yang rapat sahaja. Sebaik melangkah ke maktab perguruan, dia dikenali dengan panggilan Qaisara pula.
           Tin susu yang berada di dalam genggamannya terlucut apabila melihat wajah ayah Ikhwan. Dia benar-benar terkejut!
           “Na…” selebihnya disambung di dalam hati sahaja kerana lidahnya sudah kelu untuk berbicara.
           “zim…” Ayah Ikhwan menyambung kata-kata Qaisara yang tergantung seraya ketawa kecil.
           Saat itu, Qaisara terasa mahu menutup telinga. Selama bertahun berpisah, dia sudah mengajar dirinya untuk melupakan tawa, suara, rupa dan segalanya yang berkaitan dengan lelaki di hadapannya. Kini, usahanya terasa hanya sia-sia apabila lelaki ini muncul lagi.
           Tanpa mempedulikan apa-apa lagi, dia segera berlalu. Dia tidak mahu menambah memori bersama lelaki ini lagi. Cukuplah dahulu!

-------    

Fikirannya bercelaru sepanjang perjalanan pulang ke rumah emaknya. Dari rumahnya di Seremban, dia hanya memerlukan masa selama setengah jam sahaja untuk sampai ke rumah emaknya di Jelebu.
           Beberapa kali dia cuba mengikuti lagu-lagu yang diputarkan di radio, namun fikirannya tetap memikirkan pertemuan yang tidak disangka-sangka beberapa jam yang lalu. Dia datang lagi!
           Ingatannya terhadap lelaki itu segera dipadamkan apabila keretanya diberhentikan di sebelah kereta abang iparnya. Dua bekas Tupperware berisi kek coklat buatannya diambil di tempat duduk sebelah pemandu. Tas tangan turut dicapai.
           Melihat kawasan khemah belum ada penghuninya membuatkan dirinya mampu menghela nafas lega. Nampaknya dia belum terlalu lewat. Melihat kereta-kereta yang terparkir berhampiran dengan kawasan rumah emak, dia tahu, yang sudah tiba hanyalah sanak-saudara yang terdekat sahaja. Orang kampung belum ada.
           “Tu dia! Orang jauh dah sampai!” Kedengaran suara abangnya, Amir Kamal menyapa sewaktu dia masuk ke dalam rumah.
           Sapaan itu dibalas dengan cebikan sahaja. Dia segera mendekati kelompok abang-abangnya. Dia bersalam dengan abang-abangnya, Amir Kamal dan Zali. Dengan abang iparnya, Farhan dan Izzudin, dia sekadar berbalas senyuman sahaja.
           “Bawa apa tu?” soal Farhan, abang iparnya, suami kepada kakaknya, Amirah.
           “Eh, eh.. Isteri dia yang telefon kita minta buat itu ini. Nasib super market dekat dengan rumah tau,” ujar Qaisara bergurau. Dia memang dah biasa bergurau dengan abang iparnya itu. Sebab itu hubungan mereka agak rapat juga.
           “Oh, mesti Ezrin pun mintak juga. Teringin katanya,” Izzudin  memberitahu.
           Kata-kata suami kakaknya, Ezrin membuatkan Qaisara mengangguk faham. Bukan dia tidak tahu, semua kakaknya sedang berbadan dua. Meramaikan umat Muhammad, apa salahnyakan.. Dia sahaja yang masih kekal setia memegang status ‘bujang’.
           “Izzul, mummy mana?” soal Qaisara sewaktu terserempak dengan anak buahnya.
           “Dekat dapur. Mak su bawak kek eh?” tanya budak lelaki berumur 9 tahun itu.
           Qaisara mengangguk sahaja. Dia memang terkenal dengan keknya di dalam keluarga ini. Sejak dahulu lagi, dia gemar membuat kek. Semuanya gara-gara dia sering mengikut emaknya ke kelas masakan.
           “Emak!” sapa Qaisara sebaik sahaja melihat emaknya keluar dari bilik. Dia terus bersalaman dan berpelukan dengan emaknya itu. Walaupun mereka baru sahaja bertemu seminggu yang lalu, tetapi rasa rindu itu cepat sahaja bertandang.
           “Hoi! Bawak tak?” soal Amirah apabila ternampak adik bongsunya sedang berpelukan dengan emak.
           “Bawak! Nasib kau telefon awal, kalau tak, tak merasalah air tangan aku yang sedap ni,” balas Qaisara. Bekas-bekas Tupperware yang dibawanya diserahkan kepada kakak sulungnya itu.
           “Dah Kak Ezrin dengan Kak Arina kau yang bagitau last minute.. Nak salahkan aku pulak,” ujar Amirah. Dia terus ke dapur bersama bekas-bekas itu. Kek-kek itu akan dihidangkan di bahagian pencuci mulut nanti.
           Qaisara mendekati kakak-kakaknya di dalam bilik. Sibuk membuat goodies untuk tetamu yang hadir nanti. Mereka tidak perlu sibuk tentang makanan kerana emak sudah menempah katerer. Dia segera bersalaman dengan mereka semua.
           “Adik, tudung yang kau nak tu, dah sampai. Nanti akak tunjuk. Ada dekat dalam kereta tu. Abang Zali malas nak turunkan tadi,” beritahu Kak Zara, isteri kepada abang keduanya.
           “Okey. Tak apalah, lepas kenduri nanti, adik ambil. Lagi pun, beg baju tak turunkan lagi tu,” balas Qaisara. Tidak mahu dikatakan pemalas, dia segera membantu apa yang perlu. Walaupun hakikatnya, semuanya sudah hampir siap.
           “Kau dah ada ke belum?” soal Ezrin.
           “Apa yang ada, apa yang tak ada? Kau ni soalan tu biar betul sikit boleh?” Sungguh tidak mengerti dengan pertanyaan kakaknya itu.
           “Maksud Ezrin, calon suami. Semua orang dah lepas, adik bila lagi?” jelas Kak Arina.
           Qaisara memandang sahaja Kak Arina, isteri kepada Amir Kamal. Selepas itu dialihkan pula kepada Kak Ezrin dan Kak Zara yang masing-masing mengukir senyum rahsia. Nampaknya, mereka bertiga dah berkomplot ni!
           “Err.. Tunggulah dulu.” Qaisara tidak selesa jika dibangkitkan isu jodohnya. Dia lebih senang menikmati hidupnya yang aman tanpa lelaki. Dia takut.
           “Kau nak tunggu si Nazim tu lagi ke?” tanya Ezrin. Lancar sahaja mulut Ezrin menyebut nama lelaki yang dia tahu adiknya berusaha bersungguh-sungguh demi melupakan lelaki itu.
            Dia sendiri naik geram dengan Nazim itu. Kisah Qaisara dengan Nazim, semua dia tahu. Pernah sekali, Qaisara menangis teruk di hadapannya gara-gara Nazim. Dia yakin, bukan sekali itu sahaja air mata adiknya tumpah untuk Nazim. Pasti banyak kali.
           Qaisara tersentak.
           “Dia dah kahwinlah. Dah ada anak pun,” spontan mulutnya membalas.
           “Mana tahu? Adik upah penyiasat untuk tahu pasal dia ke?” Giliran Arina pula yang bertanya. Setahunya, adik bongsu suaminya ini sudah tidak berhubung lagi dengan bekas kekasihnya itu. Jadi, bagaimana pula Qaisara tahu berkenaan Nazim?
           Qaisara hanya menggeleng. Tidak mahu membuka cerita lagi. Dia tahu, kakak-kakaknya tidak suka jika dia masih berhubung dengan Nazim yang banyak melukakannya dahulu.
           “Kenduri mula pukul berapa?” Qaisara menukar topik.
           Yang mendengar hanya mengeluh sahaja. Entah bila adik mereka ini mahu melupakan kisah lalu.

------

QAISARA sedang melayan anak-anak buahnya makan sewaktu emak memberitahu akan kehadiran temannya. Lelaki. Tertanya-tanya juga siapa pula temannya yang datang? Lagi-lagi lelaki. Seingatnya, dia tidak menjemput mana-mana kawan lelakinya. Namun, dia tetap pergi juga, mahu melihat siapa yang mengaku sebagai temannya itu.
          Dia terasa mahu menjerit sahaja. Kelihatan Nazim bersama teman-temannya ada di bawah khemah makan. Siapa yang jemput ni?
          Semua mata memandang ke arah Qaisara sewaktu dia menghampiri kelompok itu.
          “Hai, Sara!” sapa mereka semua.
          Qaisara membalas juga. Ya, dia kenal mereka semua! Kumpulan pelajar lelaki yang sangat terkenal dengan kenakalan mereka sewaktu di sekolah menengah dahulu. Siapa yang tak kenal! Semua ni muka-muka yang buat bilik disiplin selalu penuh dahulu.
          “Dah makan?” tanya Qaisara. Tidak baik pula rasanya jika dia berkasar dengan tetamu. Layan sahajalah. Kecuali Nazim! Lelaki itu tidak pantas menerima kebaikannya lagi.
          “Uih, dah! Hafizi dengan Syed je yang tak sudah-sudah makan lagi. Tak kenyang-kenyang,” jawab Latif. Kata-katanya disambut dengan tawa yang kuat daripada teman-temannya yang lain. Mentang-mentang, Hafizi dan Syed berbadan agak ‘sihat’ sikit berbanding yang lain.
          Qaisara melabuhkan duduknya berdekatan dengan mereka semua. Tetamu lain nampaknya sudah ramai yang mahu pulang. Hanya lelaki-lelaki yang mengaku sebagai temannya ini sahaja belum mahu pulang. Masakan mahu dihalau pula, kan?
           Pelbagai cerita mereka kongsikan. Hanya Nazim sahaja diam tidak berkata apa-apa. Dia memerhati sahaja Qaisara yang rancak bercerita bersama teman-temannya. Dia tidak sangka, dia masih berpeluang berjumpa dengan gadis itu. Harapnya, hati Qaisara masih belum berpunya.
           “Eh, dah nak dekat pukul 11 ni. Balik dululah. Panjang pulak kita berceritakan? Kirim salamlah dekat emak kau eh,” ujar Aizat. Qaisara mengangguk. Dia menawarkan mahu membungkuskan makanan untuk mereka semua, tetapi ditolak.
           “Nazim! Kau nak tidur sini ke? Macam tak nak balik je,” usik Syed. Dia tahu semuanya mengenai Nazim dan Qaisara. Padanya, Nazim yang melepaskan Qaisara dahulu, jadi padanlah muka Nazim. Bila orang tu dah pergi, baru nak cari.
           “Sebelum balik ni, kitorang nak mintak maaflah. Datang tak diundang. Nazim yang ajak.  Segan nak datang seorang katanya,” beritahu Aiman.
           Qaisara menggeleng sahaja walaupun dia pelik bagaimana Nazim tahu rumahnya kenduri hari ini? Malas mahu memikir panjang, dia melupakan hal itu.
           Pemergian mereka dihantar melalui ekor mata sahaja. Mereka semua datang dengan menaiki kereta milik Aiman. Hanya Nazim yang tidak mengikut mereka dan masih setia berdiri di sisi Qaisara.
           “Tak balik ke?” tanya Qaisara. Kala ini, dia tidak tahu mahu menggunakan kata ganti apa untuk lelaki di sebelahnya itu. Tidak mungkin aku-kau dan jauh sekali awak-saya. Dahulu mereka hanya memanggil nama sahaja. Nazim-Sara.
           “Macam halau Nazim je?”
           Qaisara sudah tida terkata apa. Sememangnya, dia memang akan hilang segala perbendaharaan kata jika berbicara dengan Nazim. Sejak dahulu lagi dan nampaknya semua itu belum berubah.
           “Nazim baliklah. Tak eloklah orang tengok kita macam ni. Nazim tu suami orang! Dah ada anak pun. Kita berdua dah ada hidup masing-masing. Sara pun dah lama lupakan Nazim. Buktinya, Sara lansung tak ingat Nazim tadi,” jelas Qaisara panjang lebar.
           Hubungan mereka berdua harus ditamatkan segera. Dia tidak mahu ada apa-apa lagi dengan lelaki itu. Lelaki itu sudah banyak melukakan hatinya.
           “Apa Sara cakap ni?” Nazim bertanya.
           Tanpa mempedulikan Nazim, Qaisara terus berlalu. Air matanya sudah mahu gugur. Dia tidak boleh menolak kenyataan bahawa dia masih rindu kepada lelaki yang bernama Nazim ini. Sangat rindu!
           Namun dia harus ingat. Nazim sudah beristeri dan ada anak. Masakan dia mahu menjadi perosak rumahtangga orang? Tidak! Dia tidak akan sesekali menjadi begitu.

--------

KELUHAN berat dilepaskan. Salahnya juga kerana datang terlalu awal. Nampaknya, dia terpaksa menunggu lagi 15 minit untuk bertemu dengan sahabat-sahabatnya. Yogurt beku di hadapannya dikuis-kuis sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya.
           “Tunggu siapa?”
           Teguran itu membuatkan Qaisara tersedak. Dia mengangkat muka. Kelihatan Nazim bersama Ikhwan tersenyum memandangnya. Sudah! Apa lagi dia nak ni?
           “Tak boleh ke bagi salam dulu?” marah Qaisara. Tanpa mempedulikan dua beranak itu, dia meneruskan suapannya. Tiba-tiba yogurtnya terasa pahit sekali. Aik?
           Senyuman Nazim melebar. Ikhwan yang berada di dalam dukungannya diturunkan dan diletakkan di atas kerusi. Dia pula mengambil tempat di hadapan Qaisara. Tanpa berkata apa-apa, dia menatap sahaja wajah yang menemaninya saban malam sejak pertemuan semula kelmarin.
           Qaisara yang dari tadi menunduk, mengangkat muka. Matanya bersabung dengan mata Nazim buat beberapa ketika sebelum dia melarikan pandangannya. Tatapan Nazim mengingatkannya segala kenangan yang sudah cuba dibuang jauh.
           “Papa.. nak main dekat sana,” ujar Ikhwan sambil menggoncang lengan Nazim. Dia memandang Nazim dengan penuh harapan agar Nazim membenarkannya main di tapak permainan mini di sudut kedai itu.
           Nazim memandang tapak permainan mini itu. Dia berkira-kira sama ada mahu membenarkan atau tidak. Melihat ada petugas yang berkawal di situ, dia membenarkan Ikhwan pergi.
           “Jangan nakal-nakal. Kawan dengan semua tau. Lepas papa dah selesai, papa datang tengok Ikhwan. Okey?”
           Ikhwan mengangguk laju sebelum berlari ke tapak permainan mini itu. Nazim tersenyum sahaja melihat tingkah anak kecil itu. Dalam diam, dia berterima kasih dengan Ikhwan yang seakan tahu-tahu sahaja dia mahu berbincang perkara peribadi bersama Qaisara.
           “Nazim nak apa?” tanya Qaisara. Mendengar Ikhwan memanggil Nazim dengan panggilan papa membuatkan dia tersedar bahawa lelaki di hadapannya ini merupakan seorang yang berstatus suami dan bapa.
           “Nazim nak Sara,” balas Nazim spontan. Matanya masih belum puas menatap wajah gadis di hadapannya itu.
           “Fikir sebelum bercakap, Nazim!” tegas Qaisara. Geram dia mendengar kata-kata Nazim. Mahukan aku sedangkan dah ada isteri, ada anak. Ingat aku ni apa?
           “Nazim dah lama fikir,” jawab Nazim, tidak mahu kalah.
           “Nazim tu dah ada isteri, ada Ikhwan juga. Fikir perasaan isteri Nazim kalau dia tahu Nazim cakap macam ni dekat perempuan lain. Tolonglah! Sara dah tak nak ada apa-apa lagi dengan Nazim.”
           Qaisara segera bangun dari kerusi. Dia tidak mahu bercakap dengan Nazim lagi. Dia perempuan dan isteri Nazim juga perempuan. Dia tidak dapat membayangkan andai isteri Nazim dapat tahu perangai Nazim ini. Nampaknya, Nazim belum berubah daripada sikapnya yang dahulu. Playboy!
           “Ikhwan bukan anak Nazim,” ujar Nazim sewaktu Qaisara sudah mahu melangkah pergi.
           Qaisara tersentak. Pembohongan apa lagi yang Nazim mahu suapkan padanya kali ini? Dia menoleh.
           “Apa bukti Ikhwan anak Nazim?”
           “Sara belum pekak lagi. Dia panggil Nazim, papa tadi kan?”
           Dia kembali duduk di kerusi tadi. Matanya menangkap wajah serius yang dipamerkan oleh lelaki di hadapannya. Perlukah Nazim marah?
           “Sara masih tak berubah. Suka buat kesimpulan sendiri. Tak pernah nak dengar penjelasan Nazim,” ujar Nazim. Dia terkilan kerana Qaisara tidak mahu mendengar penjelasannya dan lebih suka membuat kesimpulan sendiri. Akhirnya, dirinya yang dianggap bersalah.
           “Nazim pernah cakap ke Ikhwan anak Nazim? Nazim pernah cakap yang Nazim dah kahwin? Tak adakan?”
           Nazim marah! Itulah kenyataannya. Qaisara terpana sekejap. Lelaki itu sedang memarahinya. Benar, dia yang mengambil kesimpulan sendiri. Tidak mahu mengaku kenyataan, Qaisara memutar belit kata-kata Nazim.
           “Kalau Nazim belum kahwin pun, Sara tetap tak nak Nazim. Nazim tahu tak betapa susahnya Sara nak lupakan Nazim? Bila Sara dah lupakan Nazim, senang-senang je Nazim nak datang dalam hidup Sara balik?”
           Segala yang terbuku di dalam hati diluahkan. Itulah hakikatnya. Selama ini dia belajar untuk melupakan kenangannya dan insan bernama Nazim. Apabila dia mula melupakan, lelaki itu datang kembali.
           “Nazim, mana Ikhwan?” soal seseorang.
           Nazim bangun apabila melihat kehadiran kakak iparnya. “Dia tengah sibuk main dekat sana tu, kak,” jawabnya.
           “Ni siapa? Takkan tak nak kenalkan kot?” ujar kakak ipar Nazim. Gadis yang duduk semeja dengan Nazim menarik perhatiannya. Mungkinkah ini bakal birasnya. Menarik! Selama ini Nazim tidak pernah membawa mana-mana perempuan bertemu dengan keluarga, mana tahu yang ini akan dibawa nanti?
           Qaisara perasan mata Nazim menjelingnya. Wah, lelaki ni betul-betul marah kat aku! Dia memandang wanita yang Nazim panggil kakak. Kakak ipar dia kot. Dia tahu Nazim hanya mempunyai abang.
           “Oh, ni Qaisara,” Nazim memperkenalkan gadis di hadapannya kepada kakak iparnya.
          Qaisara bersalaman dengan kakak ipar Nazim yang manis bertudung. Mereka berbalas senyuman.
          “Ada masa, datanglah jumpa ibu dengan ayah,” usik kakak ipar Nazim sebelum berlalu mendapatkan anaknya yang masih belum perasan akan kehadirannya.
          Nazim masih berdiri manakala Qaisara kembali duduk. Melihat Nazim sudah berlalu, Qaisara berdiri semula. Dia mahu menahan namun lidahnya kelu. Akhirnya, dia hanya mengikut langkah Nazim.
          Langkah Nazim yang tiba-tiba sahaja berhenti membuatkan Qaisara terlanggar belakang badan lelaki itu.
          “So.. sor.. sorry,” ucap Qaisara.
          Tanpa membalas apa-apa, Nazim kembali berjalan.
          “Nazim! Sara minta maaf ni,” pujuk Qaisara apabila Nazim tidak mempedulikannya.
          Tanpa Qaisara sedar, Nazim mengukir senyum mendengar kata-kata Qaisara memujuknya. Sungguh, dia rindu akan keadaan ini. Dahulu, ketika mereka bercinta, Qaisara sering memujuknya sewaktu dia merajuk. Gadis ini tidak pernah penat memujuknya walaupun seminggu sampai lima kali dia merajuk. Tapi, dia yang mensia-siakan semua itu sehingga Qaisara patah hati dengannya.
          Dia menoleh. Qaisara yang menunduk merenung lantai ditenung.
          “Kita kahwin?”
          Qaisara ternganga. Ini pertemuan kedua mereka setelah sembilan tahun tidak bertemu dan Nazim sedang mengajaknya berkahwin? Mimpi ke?

------

PELUH dinginnya sudah mula merenik. Nazim yang sudah berdiri di luar kereta dipandang. Terasa mahu menyuruh Nazim menghantarnya pulang semula. Dia takut berhadapan dengan keluarga Nazim. Kata Nazim, ramai yang menantinya.
          Pintunya dibuka oleh Nazim. Lelaki itu mengukir senyum buatnya. Sedikit sebanyak, senyum itu memberi keyakinan kepada dirinya.
          “Sara takutlah,” akhirnya Qaisara menyuarakan kebimbangannya.
          “Nak takut apa? Nazimkan ada,” ujar Nazim.
          Rumah papan di hadapannya dipandang bersama getaran di dada. Nazim membawanya pulang ke kampung lelaki itu. Nampaknya dia akan bertemu bukan setakat ibu dan ayah Nazim, tetapi termasuk juga sanak-saudara lelaki itu.
          “Apa tercegat dekat situ lagi? Jemputlah masuk,” laung seseorang dari dalam rumah.
          Laungan itu membuatkan Qaisara tersentak. Nak masuk pun berpanggil, alamak, segannya!
          “Kejap mak teh,” Nazim membalas. Dia memandang Qaisara, bertanya sama ada gadis itu sudah bersedia atau belum.
          Qaisara terasa mahu berlari keluar dari rumah itu sewaktu dia melangkah masuk ke dalam rumah. Semua mata terarah padanya. Bagai dia baru sahaja membunuh orang atau merompak bank.
          “Sara cantik sangat, tu yang semua tengok,” bisik Nazim kepada kekasih hatinya.
          Nazim yang terlalu dekat dengannya ditolak perlahan. Sudahlah di hadapan keluarga, buat macam ni pulak.
          “Ibu, ayah nilah Qaisara. Alang pernah cerita dulu,” jelas Nazim sewaktu membawa Qaisara bertemu dengan ibu dan ayahnya. Melihat riak ibunya, dia tahu ibu meyenangi gadis pilihannya. Ayah pula hanya tersenyum. Nampaknya, ayah juga senang dengan pilihannya.
          “Jom kita makan dulu, lepas ni boleh berbual panjang,” ujar ayah Nazim.
          Qaisara mengangguk sahaja. Dia memandang Nazim yang tersenyum sahaja sejak tadi. Riang benar hati lelaki itu nampaknya.
          Sepanjang waktu makan, pelbagai soalan menghujani Qaisara dan Nazim. Kebanyakan soalan dijawab oleh Nazim. Mana taknya, Qaisara bukan tahu banyak mengenai Nazim tetapi lelaki itu kelihatan seperti tahu segalanya tentang Qaisara.
          Ketika ibu saudara Nazim bertanya tentang pekerjaan Qaisara, Nazim juga yang menjawab. Kala itu, baru Qaisara sedar bahawa dia tidak tahu apa pekerjaan Nazim. Macam mana nak kahwin kalau macam ni?
          Usai makan, semua berkumpul di ruang tamu. Qaisara diperkenalkan kepada seluruh ahli keluarga. Dia hanya mengangguk faham apabila Nazim memperkenalkannya dengan ibu-ibu dan bapa-bapa saudara lelaki itu. Dengan sepupu-sepapat Nazim turut diperkenalkan. Banyak nama yang perlu diingat!
         
-----

“NAZIM tak rasa semua ni cepat sangat ke?”
           Ketika itu, mereka berdua dalam perjalanan hendak ke rumah emak dan abah Qaisara sewaktu pulang dari kampung Nazim. Rupa-rupanya, Nazim telah lama rapat dengan emak dan abah. Qaisara sahaja yang tidak tahu. Segala informasi berkenaan Qaisara disampaikan oleh abah Qaisara.
           “Sara tak nak kahwin dengan Nazim?” Nazim mengerling sekilas kepada Qaisara. Dia tahu kelemahan Qaisara, cepat serba-salah!
           “Bukan. Sara cakap lain, Nazim cakap lain. Isyh!” protes Qaisara. Dia membuang pandang ke luar tingkap. Merajuk!
           “Okey.. okey.. Cepat sangat nak merajuknya. Memang rasa macam cepat tapi lagi cepat lagi bagus, kan?”
           “Masalahnya, Sara tak kenal Nazim. Maksud Sara, Nazim yang sekarang. Kita dah lama tak jumpa. Sara tak tahu apa yang dah jadi dalam hidup Nazim sepanjang kita tak jumpa tu. Nazim lainlah, dah ada informer,” ada sindiran di hujung bicaranya.
            Sungguh dia tidak tahu berkenaan Nazim. Apa yang lelaki itu suka, apa yang lelaki itu tak suka. Lansung dia tidak tahu. Jika begini, bagaimana dia mahu menjalani kehidupan sebagai isteri yang baik nanti? Tidak bolehkah mereka berkenalan dahulu? Terasa mahu diajukan soalan itu kepada Nazim, tetapi dia tidak berani. Takut Nazim naik angin seperti sebelum ini.
           “Okey.. Apa yang Sara nak tahu?”
           “Semua yang Sara patut tahu.”
           Nazim terdiam seketika. Memikirkan apa yang perlu diberitahu kepada gadis di sebelahnya itu. Setelah beberapa minit, dia mula bercakap.
           Segala yang diperkatakan oleh Nazim didengar dengan teliti agar tiada satu pun yang terlepas dari pendengarannya. Sesekali dia mencelah, bertanya itu dan ini. Nazim hanya menjawab tanpa membantah.
           Qaisara terasa kagum dengan lelaki yang sedang memandu di sebelahnya ini. Siapa sangka, pelajar yang nakal di sekolah dahulu, kini sudah menjadi seorang komando. Kata Nazim, sejak memasuki tentera, dia sudah tiada masa lagi mahu memikirkan hal perempuan. Cuma, beberapa hari sebelum bertemu dengan Qaisara di pasar raya, dia ada teringat akan Qaisara. Tidak sangka pula itu adalah satu petanda.
          
-----

“ASSALAMUALAIKUM,” ucap Nazim sewaktu memasuki bilik isterinya. Dia memandang isterinya yang duduk di birai katil.
           Qaisara tersenyum sahaja. Salam yang diucapkan oleh Nazim dijawab perlahan. Ucapan salam Nazim mengingatkannya akan kenangan mereka sewaktu di sekolah dahulu. Kerana ucapan salam itulah, dia terjatuh hati kepada Nazim yang nakal.
           “Senang hati nampak? Senyum tak sudah dari tadi,” usik Nazim. Dia melabuhkan duduknya di sebelah isterinya. Dia menarik perlahan tubuh isterinya agar turut sama berbaring di sebelahnya.
           Qaisara yang sudah berbaring menoleh, memandang suaminya. Suami? Terasa seperti tidak percaya pula. Dahulu, dia hanya berangan mahu berkahwin dengan Nazim, tidak sangka angan-angannya menjadi nyata. Dia tersenyum lagi.
           Pipi isterinya dijentik perlahan.
           “Berangan!”
           Qaisara tersenyum lagi. Pipinya yang djentik Nazim diusap. Satu persatu perkara yang dilakukan Nazim mengingatkannya akan kenangan mereka berdua bertahun dahulu.
           “Macam mimpi pulak,” bisik Qaisara perlahan. Air matanya sudah bergenang di tubir mata.
           Selepas maghrib tadi, dia sah menjadi isteri kepada Muhammad Nazim. Majlis akad nikah yang diadakan di rumahnya diserikan lagi dengan kehadiran sahabat-sahabatnya. Ramai sahabat yang terkejut apabila dia bernikah dengan pelajar yang nakal di sekolah dahulu.
           “Abang pun tak sangka ada peluang kedua untuk abang. Tak sangka Sara nak terima abang balik. Abang minta maaf tentang apa yang abang dah pernah buat dekat Sara dulu.” Nazim mengiring memandang Qaisara. Dia menarik perlahan isterinya itu ke dalam pelukannya. Buat pertama kalinya, dia berkongsi kehangatannya dengan seorang wanita yang sah di dalam hidupnya.
           “Tak perlu nak minta maaf. Abang tahu Sara tak pernah dan memang tak boleh nak marah dekat abang, kan?” Qaisara ketawa mengenangkan dia memanggil Nazim dengan panggilan ‘abang’.
           “Jomlah kita solat Isyak dulu. Lepas ni baru boleh tidur,” ajak Nazim.
           Melihat suaminya mengenyitkan mata kepadanya membuatkan Qaisara malu sendiri. “Nakal eh?” Dia menjengilkan matanya kepada Nazim yang sudah tersengih memandangnya.
           Usai solat berjemaah, Qaisara menggapai tangan suaminya dan mengucupnya. Nazim membalas dengan mencium dahi isterinya. Akhirnya, mereka sama-sama tersenyum.
           “Nak tahu tak, abang tak pernah ada makwe yang abang betul-betul serius sayang macam abang sayang Sara,” Nazim membuka rahsia sewaktu mereka berdua sudah berbaring di atas katil sambil merenung ceiling yang bercorak.
           “Lepas Sara pindah, Sara tak pernah bercinta dengan lelaki lain. Sebab Sara masih berharap dekat abang,” Qaisara ketawa. Teringat usaha-usaha temannya menjodohkan dia dengan ramai lelaki namun satu pun tidak menarik minatnya.
           “Abang tahu. Sara sentiasa setia dengan abang tapi abang je yang tak pandai hargai Sara. Abang minta maaf sebab dah lukakan hati Sara.”
           Qaisara sebak mendengar ucapan maaf daripada Nazim. Dia mendekati Nazim dan berbaring berbantalkan lengan suaminya. Matanya dirapatkan.
           “Sara sayang abang sampai bila-bila,” bisik Qaisara perlahan.
           “Abang sayang Sara sampai syurga,” balas Nazim. Dia menarik Qaisara agar lebih rapat dengannya. Dia mahu Qaisara sentiasa dengannya sampai syurga. Dia tidak akan melepaskan wanita sebaik isterinya ini sampai bila-bila. Hatinya untuk Qaisara seorang. Cinta, kasih, rindu, asmara, sayang dan sukanya akan dicurahkan untuk Qaisara seorang, selamanya!


dah habis da..
so how? ok? so-so? or... bad?
tak guna simpan dalam hati.. do drop your comment ya.. at least, Dhia boleh betulkan apa yang tak betul tu..
thanks a lot for reading my short story yang tak seberapa ni..
cerpen ni ada di ilham.karangkraf.com juga.. support me okay...




klik even ONCE, okay? *kerdip mata lagi..