mP3..

Monday, 24 November 2014

Finally.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum, readers!!~~
Lama tak update blog ni.. kelihatan sawang di mana-mana.. haha.. tipulah tu..
actually, Dhia rasa janggal.. last entry pun, Dhia dah tak hengat.. huhuhu..
apa tidaknya, sibuk je memanjang.. hari tu, lagi dua minggu nak cuti pun, still ada some camp.. pheww.. dah lepas ni, lega sikit.. apa tidaknya, sebulan duduk dekat rumah..

and seperti biasa, Dhia tak ke mana-mana.. tak mampu.. hahaks!
dah tahun depan nak spm kate you..~ ~
kerja masa cuti (KMC) pun menimbun sefail ni..
nak buat macam mana.. bak kate cikgu Dhia, your future is in your hand.. waduss.. ayatnya, mencengkam dalam lubuk hati yang terdalam beb!

yelah, study tu study la jugak.. tapi sempat jugak jari jemari ni nak menari atas keyboard.. ekekeke..
kalau nak dikira, macam2 benda Dhia nak story,, tapi takut terlalu panjang.. so Dhia cerita benda yang pendek2 je la ye..

kay, first.. Dhia bongkar dulu result exam Dhia.. nak kata teruk tu, tak la.. tapiiii... mungkin dia masuk kategori lawak kot.. segan nak cakap.. ehem..ehem.. Dhia dapat 8A 1C... huhu
sodih tahu tak..
tapi memang dapat jangka.. yang dapat gred C tu, Chemistry..
nasib mak tak marah... cume terasalah diri ni macam sengal.. haha...
mak kate : tak apa.. cuti sekolah ni belajar..
*untung badan sebb abang cikgu Chem.. hehe.. class free ar weyy..hehe

second, nak citer pasal ada sorang mamat ni.. tak nak citer banyak.. 
buat sakit segala organ dalam badan je..
cukuplah sekadar nak cakap yang dia dah buat gempak on first day Dhia balik Jelebu.. hey, spoil mood mak cik..
sengaja buat onar!
tapi katanya nak berubah ke arah yang lebih baik, bagus lah tu.. syukur kepada Allah..
jangan hangat2 taik ayam je, bang..

third, about essay contest.. ha, citer ni paling sadis seumur hidup.. tak tahulah kalau lepas ni ada yang lebih sadis..
hisy, tension nak citer tapi tak pe..iktibar!
few weeks before cuti, all members of Siti Zawiah (house kat tkc) kena buat essay.. 2000 words..
tajuk tak dinyatakan secara spesifik.. katanya berkaitan produktiviti..
so, Dhia yang memang excited bab2 writing ni, memulakan essay tu.. orang lain sibuk, plus Dhia ni suka lebih daripada orang..hehe
bila dah buat dalam 1500 tu, tetiba Dhia dapat tahu yang sebenarnya kena buat karangan tu berdasarkan sebuah lagu.. cett! kua jaq betui laa..
frust tahu tak?!
sekarang ni, kena siapkan 45 puisi.. semuanya kerana nak tambah markah house..
hadoii.. mana gua nak gali 45 puisi cik oii?? (sape nak tolong?? wink wink)

seterusnya, gladly to say that Dhia akan publish my cerpen kat this blog.. cerpen ni dah buat lama,, baru sekarang rasa nak dedahkan.. 
well, Dhia memang minat menulis.. so siapa yang minat membaca, bolehlah baca ya..

fifth.. tahun depan, Dhia dah form 5... yeay!!high five sikit siapa yang nak naik form 5 tahun depan..
nak tahu kenapa Dhia suka terlebih ni? sebb Dhia punya sukalah.. hehe..
taklah.. tak yah ar marah.. kene troll sikit je tu..
okayla, Dhia suka sebb dah nak habis sekola..
kata orang, zaman sekolahlah yang bakal kita rindui.. herm yelaa.
tapi serius tak sabar... penatlahh..
pape pun, tahun depan senior.. kepada adik2 yang bakal masuk tkc untuk sesi 2015, jangan lupa greet me okay.. i senior baik okay.. apa barang nak buli2...
nanti, bila2, Dhia buatkan checklist untuk memudahkan adik2 yang bakal jadi TKC-ian.. no worries..

fuhh,, panjangkan...? janji sikit je.. tiba2 terpanjang pulak... hehehe.. nak buat macam mana, tak de had patah perkataan.. ni lah jadinya..
okaylah.. sampai sini je untuk hari ni.. nak cari bahan untuk buat folio Bio.. hehe..


selamat bercuti kepada semua yang bercuti.. manfaatkan cuti yang ada ni.. luangkan masa dengan family.. jangan terlalu leka dengan gadjet sampai lupa belajar.. no no no.. tak baik tau..
kepada semua batch '98 seluruh malaysia, selamat struggle sepanjang cuti ni untuk civer form 5 so kita boleh gegarkan malaysia dengan pencapaian yang berwarna-warni macam pelangi.. amiin..
kepada kakak2 n abang2 yang tengah jawab spm, selamat maju jaya... senang je soklan tuu.. *upps,, kay tak yah ar bash..

in a nutshell, (cewah)... tak do ar..
kay,, bye.. assalamualaikum...
sampai ke temu lagi dalam entry yang seterusnya ..

klik even ONCE, okay? *kerdip mata lagi..