mP3..

Tuesday, 3 December 2013

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM

Assalamualaikum, readerss!!
Dah hampir seminggu tak update ape2 kat blog..
(ade masalah teknikal sikit)
Post Dhia yang terakhir, Dhia ada janji nk cerita pasal UKKM en? So, ni nak tunaikan janjilah ni..

Kepada yang tak tahu dan nak tahu, meh sini Dhia citer sikit..
UKKM atau pun Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM ni untuk pelajar yang nak masuk MRSM untuk tingkatan 4..
Ujian berkomputer.. bukan bertulis.. *canggih gitu..

Before Dhia pergi ujian ni, Dhia adalah search kat internet.. nak tahu jugak pengalaman orang lain.. ape yang perlu dibawa.. kata orang, sediakan payung sebelum hujan..
Rata2 cerita benda yang sama.. so, kesahihan cerita2 kat blog tu, Dhia percayalah..

Tiba hari yang dinantikan *amboih, ayat!...
25 November 2013
Mak Dhia hantar ke MRSM Kuala Klawang (dekat je..tk jauh dari rumah Dhia.. 10 minit dah sampai)..
Hantar je.. disebabkan my mum kerja, so tak boleh temankan Dhia.. tapi memang tak kisah pun, sebab Dhia tahu selok-belok sekolah tu walaupun bukan seluruhnya..
Dhia masuk jelah.. mana orang ramai pergi, situlah Dhia pergi..dah 15 tahun, pandai2lah bawak dirikan?
Dhia perhati je orang time otw nak pergi tempat berkumpul tu.. kebanyakannya datang dengan parents..
Dhia terus daftar kat kaunter..
PERINGATAN : bawak kad pengenalan & surat tawaran ujian..
Dekat kaunter tu, you guys kena tandatangan dekat satu list name..
Lepas daftar, berkumpul dengan pelajar lain.. memang ramai.. kebanyakannya, tak kenal.. nampak je geng, Dhia terus pergi dekat diorang.. sebab diorang pun dah booked tempt untuk Dhia..haha
Sambil tunggu orang lain, kitorang pun sibuk tengok orang lain.. ade yang dari jauh, ade yang dekat.. macam kitorang ni, dekat je..
You guys akan diberi taklimat ringkas.. memang ringkas sebab tak sampai 5 minit..
Dhia dipisahkan daripada geng Dhia sebb 1 bilik just 25 orang je.. yang ni, depend dekat tempat ujian korang la.. kalau bilik besar, bolehlah isi ramai..
Ujian mula dengan Matematik.. 40 soalan, 75 minit..
Pergh! Memang membunuh soalan maths dia..
Buat you guys, jangan lupa bawak pensel, pemadam and kertas sendiri.. dekat sana ada jugak bagi kertas, tapi tkkn nak ambik banyak.. orang lain pun nak juge.. so, better bawak kertas sendiri..
Pensel tu untuk urusan kira2..oh ye,, kalkulator pun jangan lupe bawak atau korang akan terseksa nanti..
Rehat 15 minit..
...
....
Habis rehat, you guys akan berhadapan dengan exam sains pulak..
50 soalan, 1 jam..
Haa,, yang ni senang.. korang akan dapat jawab tanpa ragu2.. memang best jawabnya.. lancar je.. terbaik!!
Kalau korang tak study pun tak pe.. berdasarkan pengalaman Dhia, Dhia tak sentuh buku SN sebb sibuk dengan maths.. tapi syukur, tak ada masalah..
Kalau korang selesai buat SN less than one hour, korang dh boleh teruskan dengan exam keperibadian..
Yang ni, 100 soalan, setengah jam..
Walaupun masanya macam singkat, tapi tk yah risau sebb sempat jawab semua..tk susah lansung..
Cuma, nak jawab benda ni, korang mesti pandai pilih..
Memanglah ikut diri sendiri, tapi kalau nak masuk, jawapan tu mesti pilih yang baik2, sopan2 je..
Contoh:
Soalan : Pada waktu senggang, apakah yang akan kamu lakukan?
A.pergi membeli-belah
B.bersiar-siar bersama teman rapat
C.membaca buku
D.melayari internet

Dhia nasihatkan, pilihlah yang baik2, dan sopan2..
Macam soalan kat atas tu, pilih jawapan C even korang sebenarnya lebih suka A/B/D..
Faham??

Bila dah selesai, you guys bolehlah balik rumah dengan hati yang riang..tak yah risau2 dah..

Well, nak jugak cerita pasal Dhia dapat kawan baru dekat sana.. you guys pun mesti akan jumpe kawan baru nanti.. best tau dapat kawan baru..
Kawan yang Dhia nak cerita ni, diorang duduk bersebelahan dengan Dhia.. seorang kiri, seorang kanan.
Yang belah kanan, Dhia memang dah kenal.. tapi dah lama tak jumpa.. last jumpa tiga tahun lepas.. memang surprise la.. dia orang PD, tetibe jumpe dekat Klawang pulak..haha.. sempat la jugak tukar2 fb bagai.. nama dia : Nur Izatul Akmar

Yang belah kiri, Syarafana..Orang Senawang, tapi sekolah kat T’ganu.. sempat jugak mintk number fon, hehe.. tapi belum berkesempatan nak mesej.. I will..soon..

Pesanan Dhia kepada yang bakal menduduki UKKM :
-   Jangan lupe bawak bends2 penting.. : kad pengenalan, surat2 yang penting, slip peperiksaan
-   Make sure diri tu bersedia.. kalau tak, sia-sia je korang datang..
-   Jangan sombong2 kay.. nanti boleh dapat kawan baru macam Dhia..haha

So, akhir kata.. selamat maju jayalah ye.. semoga berjaya di dunia dan di akhirat.. okay? Usaha kerana Allah, insya-allah, kejayaan itu ada untuk kita..

ASSALAMUALAIKUM

klik even ONCE, okay? *kerdip mata lagi..