mP3..

Friday, 6 December 2013

Perkampungan Terapung di Tonle Sap

Assalamualaikum..
Hari ni sengaja nak bukak topik tentang travel2 ni..
well, name pun cuti sekolah kan.. cume Dhia ni je yang duduk dekat rumah..
*tak de sape nak bawak berjalan.. duduk rumah sajalah

fikir punya fikir, tiba2 terhengat pulak dekat satu tempat yang Dhia tak pernah pergi..
*tak pernah pergi tapi teringat.. ok..#aneh
btw, tempat ni bukanlah menarik macam Cameron, taklah semewah naik cruise,
tapi kehidupan dekat sana buat Dhia rasa macam nak pergi sana..
it is TONLE SAP, dear!

agak2, yang sedang membaca ni ade tak kata : Ek eleh, tonle sap? ingat .....

haip! belum baca belum tahu.. 
seperti yang Dhia cakap tadi, kehidupan dia..
yes, now Dhia nak habaq kat hang pa suma, kehidupan kat sana..
biar hang pa tau...

siapa nak pergi? ambik map ni.. sure tak sesat..

Dhia nak la share sikit fakta pada you all about Tonle Sap ni..
  • Tonle Sap merupakan sungai air tawar yang besar dalam bahasa Khmer
  • ia merupakan tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara
  • pada musim kering (november- mei), airnya akan mengalir ke Sungai Mekong, Phnom Penh..
  • kalau musim hujan, air dari Sungai Mekong pula akan memasuki Tasik Tonle Sap..
  • semasa musim kering, keluasan tasik = 3000km persegi .. kedalamannya = 1 meter sahaja
  • tapi kalau musim hujan, keluasan tasik = 16000km persegi .. kedalamannya = boleh mencecah sehingga 9 meter!! 
  • ada banyak kampung terapung (antaranya : Kg Chnong Kneas).. dalam erti kata sebenar, semuanya terapung.. sekolah, rumah, kedai,..  yang korang takkan percaya, ada gelanggang bola keranjang! agak2 ade berani tak nak main kat situ?
  • ade beberapa tiang konkrit dipacakkan dengan jarak tertentu untuk menunjukkan ketinggian paras air naik..

hidup penduduk di sana agak daif, dan sebab tu menyebabkan Dhia lagi nak kesana..
best tau kalau dapat tengok dengan mata sendiri kesusuahan mereka..sekurang2nya, kita tahu..
kita sibuk bermewah-mewah, rupanya ada orang susah..

ni rumah perahu di sana.. 

rumah2 di perkampungan di tonle sap ni unik sebb berbeza dengan perkampungan air di tempat lain.. ape yang ainnya? herm, meh sini chek terangkan..
rumah2 di perkampungan air lain ada laluan kayu yang menghubungkan antara rumah dan rumah yang lain dan tiang rumah dipacak ke dasar sungai/tasik/air.. berbeza dengan rumah2 di tonle sap.. di sini, rumah2 semuanya terapung dan tiada laluan nak berhubung dengan jiran..
so, kalau rasa nak ada jiran, bolehlah 'alih'kan rumah, dekat2 sikit dengan rumah orang lain..
kalau rasa nak duduk tanpa ada jiran, 'alih'kan rumah ke tempat yang private..hoho
hebat!
rasa2 nak pindah, tak yah pack barang.. boleh hangkut rumah sekali..

kat sini, tak risau banjir pun.. hahaha..

cube tengok budak ni.. naik besen jo..
beraninya lah budak ni..
ni mesti otw ke kedai.. mak suruh beli gula..hoho
(sumber : kosmo!online)

kalau pergi sekolah, naik besen jugak.. woah~!
tak perlu lesen okay!
cuma kene pandai berenang la..
takut eksiden pulak tengah air tu..

baju sekolah, seluar? suke hati agaknye..

ha, tengoklah tu.. ni persekitaran sekolah..

(sumber : blog sayadankamerasaya)

yang menariknya, penduduk di sini sangat menghargai alam sekitar.. memang susahlah nak tengok ada sampah2 yang terapung..
well, kat situkan tempat diorang tinggal..tempat cari rezeki.. takkan nak biarkan tercemar..
dekat sini, ada sebuah kapal yang dijadikan restoran.. wow!

paling wow!!,, lebih kurang sejuta penduduk yang tinggal di Tonle Sap..


Tonle Sap antara tempat yang Dhia nak pergi satu hari nanti.. *entahkan bila
rasa nak pergi sana tu wujud after Dhia tengok satu doku kat tv..
kehidupan dekat sana, entahlah.. tak tahu nak explain macam mana..
kalau you yang satu hati dengan Dhia, mungkin faham apa yang Dhia cuba nak terangkan..

jom sejukkan mata!











ASSALAMUALAIKUM


p/s: Dhia rujuk 2 blog untuk siapkan entry ni.. thanks sesangat.. kepada readers yang nak lebih dalam lagi, boleh bukak sumber2 ni..















klik even ONCE, okay? *kerdip mata lagi..