mP3..

Sunday, 8 December 2013

LELAKI CURANG KERANA.....

Assalamualaikum..
hari ni hari Ahad.. herm,, petang2 ni tak tahu nak buat ape.. 
dah lawat youtube, then tak tahu nak buat apa.
suddenly, lagu Krisdayanti bermain dalam otak.
"cobalah untuk setia"

Dhia suka lagu tu.. best..
nah, Dhia bagi vidnya..

siap ada lirik tau..

tengah nyanyi2, terlintas kat otak..

"kenapa lelaki tak pandai nak setia ek?"

bila soalan dah ada, Dhia pun mulalah berfikir jawapannya n beberapa faktor..
memandangkan sekarang ni tengah tayang kat slot Akasia cerita Playboy Itu Suami Aku, memang sesuai la nak bincang topik ni..
nak tahu apa?
biar Dhia listkan..

KENAPA LELAKI TIDAK SETIA / CURANG?


First, lelaki curang kerana RASA DIRI HEBAT.. mereka rasa mereka ada aset yang membuatkan ramai perempuan pandang.. : duit, muka kononnya roman Paul Walker, macho, gentleman padahal 'jenkelman'..
kepada lelaki yang berfikiran sebegini, tolonglah ye.. tolong tahu satu fakta bahawa perempuan yang memilih anda kerana wang, rupa merupakan perempuan murah.. nak tahu perempuan mahal macam mana? perempuan mahal bukan macam perempuan yang tergedik-gedik macam awek awak yang ramai tu!

Second, lelaki curang kerana DAH MUAK DENGAN PARTNER.. perasaan ni selalunya datang pada hati lelaki yang tak tahu menghargai setelah bertahun bercinta / berkahwin.. mereka mula rasa yang pasangan mereka merupakan orang yang paling teruk mereka pernah kenal.. apa-apa yang partner dia buat, mesti salah dan ada je yang tak betul.. time ni, orang lelaki akan jadi orang paling kuat menipu.. kata nak meeting, rupanya dating.. kata nak jumpa klien, rupanya kelain..

Third, lelaki curang kerana NAMPAK ORANG LAIN LAGI CANTIK DARI PARTNER SENDIRI... ha ni memang standard bagi orang dah kahwin.. bila anak dah 3, mulalah rasa isteri awak tu gemuk.. nampak pulak awek kat ofis yang slim macam kerengga, mulalah menggatal.. ini akan terjadi kepada lelaki yang TAK SEDAR DIRI.. isteri hang dah beranakkan anak untuk hang, mengandung 9 bulan, hang mula nak cari lain.. ingat sikitlah pengorbanan isteri pada hang!



Forth, lelaki curang kerana RASA TAK CUKUP  DENGAN SATU.. ha, ni lagi satu.. manusia memang tak pernah cukup.. contohnya, bagi seposen nak dua posen.. dah bagi dua posen, mintak tiga posen..memang lemak.. cepuk sekali kang! 

Fifth, lelaki curang kerana RASA DIRI MAMPU.. almaklumlah, duit banyak, terasalah diri mampu untuk menyara dua isteri.. tiga isteri.. empat isteri.. lima isteri.. eh, itu tak boleh.. salah tu.. perasaan ni akan jatuh pada lelaki yang dah berkahwin.. ni Dhia nak hujah sikit.. mungkin waktu nak kahwin tu, anda rasa anda mampu.. sebab time tu fikir nak kahwin je kan.. tapi bila anak dah sepuluuh, masa tu, anda akan berlaku tidak adil kepada semua anak2 dan isteri2 anda.. actually, tk payah anak sepuluh,, dengan isteri yang dua pun tak boleh nak adil.. masa tu baru tahu duit tak cukup.. dengan ini, anda akan menzalimi anak2 dan isteri2 anda dengan tidak memberikan hak2 yang sepatutnya..


Akhir sekali..
(untuk faktor terakhir ni, Dhia nak bagi satu mata kemenangan untuk pihak lelaki.. baca ni untuk sejukkan hati yang terbakar sebab kena hentam dengan ayat2 Dhia tadi.. hehe)
lelaki curang kerana PERNAH DIKECEWAKAN..  okey, ini khas untuk yang dalam kategori pernah dikecewakan sahaja dan mendorong mereka menjadi seorang elaki yang curang..
memang salah ex anda dulu sebab dah kecewakan lelaki yang baik seperti anda, tetapi janganlah berdendam sampai bagi impak kepada orang lain.. kesian girlfriend anda seterusnya tu.. dipermainkan..
mungkin anda pernah dikecewakan tetapi tak semestinya hubungan seterusnya tak akan menjanjikan kebahagiaan.. kan???



Nasihat Dhia, sebelum nak curang, ingat segala pengorbanan pasangan anda lagi2 isteri.. 
tanya diri.. lepas tu, mesti anda sedar, walaupun cari dan dapat 1000 perempuan cantik, tapi mereka takkan sama dengan isteri anda yang dah banyak berkorban untuk anda..

p/s: MAAF KEPADA YANG TERASA DAN MARAH DENGAN ENTRY NI.. DHIA CUMA BERKONGSI APA YANG DHIA FIKIRKAN.. MAAFKAN ANDAI DIRI INI TERSALAH YA..

sirami hidup anda dengan kasih sayang bersama yang tersayang..








ASSALAMUALAIKUM..
*sayangi wanita dan perjuangkan hak mereka

klik even ONCE, okay? *kerdip mata lagi..