mP3..

Friday, 22 November 2013

Tips untuk sentiasa HANDSOME & AWESOME..

Assalamualaikum, readers!
well, tengok tajuk dah tahu pun ape yang Dhia nak share hari ni..
tips ni Dhia khaskan kepada semua lelaki.. 
diulangi..
SEMUA!
tapi kalau akak2 Dhia nak bace pun boleh... nanti boleh nasihatkan orang lelaki yang berdekatan..
sebagai contah : abang, adik, pakwe, suami, ayah, abang saudara, dan sesiapa yang anda suka..

Dhia nak kongsi 9 tips je.. kalau kongsi banyak2, habis handsome satu Malaysia ni..
sebelum Dhia share tips, nak share satu gambar lelaki yang handsome.. *handsome pada Dhialah.. tak tahulah kalau korang tengok sampai termuntah hijau, biru dan kuning pulak.. itu Dhia tak bertanggungjawab.. mungkin korang ade termakan sesumpah sebelum ni.. cer check balik..

kenal ni sape?? tipu la tak kenal..
dia ni vampire yang perempuan tak takut lansung.. lagi datang dekat adelah..

ni siape pulak?? ni Ananda Everingham.. orang Thailand..actor,director, producer
tapi pminat ILUS dan MYPI karya Kak Melur Jelita, semua panggil dia Firman.. *pengaruh novel..


ha.. ni sape pulak??
Dennis Oh.. dia ni kacukan.. Amerika + (tak ingat la)..

Okay2.. rasanya dah lame scroll, tak jugak jumpe tips nye.. sabarlah!.. eheh, tak menyabor pulak..
so, dah sedia pen dgn kertas?
*ececeh, macam nak salin resepi pulakss

1. BERSIHKAN & KEMASKAN
  •      Bersih? Kemas? Ape yang Dhia cakap ni? mesti korang fikir macam tu en?? Ey, bacelah dulu.. Muka hang tu, cik abang! Tulah yang Dhia nak sampaikan.. Well, muka ni perkara paling asas dalam penampilan diri.. Kepada yang bermisai dan berjanggut, kemaskan supaya nampak macho sikit. Kepada yang ada masalah jerawat, cepat2 dapatkan rawatan kulit. Mesti pandai jaga muka.. *jangan dah kena tolak dengan gadis pujaan disebabkan muka yang serabai, baru nak menyesal.. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna..

2. JANGAN SEGAN TANYA PENDAPAT
  • Kalau nak berubah ni, mestilah sudi terima kritikan/pendapat orang lain. So, yang baca entry ni, mesti nak berubah daripada kurang hensem kepada hensem++ en? Jadi, mesti bersifat macam yang Dhia cakap tadi. Apa kata, pergi jumpa orang yang boleh bagi pendapat, tanya pasal penampilan kita. Apa yang perlu diubah? Apa yang itu? Apa yang ini? TAPI.... pastikan orang yang kita jumpa tu jujur da tidak terlalu menjaga hati. 

3. PASTIKAN SESUAI
  • Ape yang Dhia maksudkan dengan sesuai tu? Pastikan baju yang anda pakai tu, sesuai dengan diri. Sesuai jugak dengan majlis. Jangan terlalu sibuk nak perfect, tapi silap majlis. Contoh : nak pergi jumpa bakal mak mertua, korang sibuk dengan gaya k-pop (mentang2 minat k-pop), rambut tutup sebelah mata, skinny yang berwarna-warni.. eeeyyuuu,, boleh pengsan bakal mak mertua.. pengsan boleh lagi, kalau reject?? nangis tak berlagu nanti..

4. PASTIKAN MATCH
  • Tadi sesuai.. sekarang match pulak.. okok,, janganlah pening.. bace dulu.. pernah tak dengar orang perempuan cakap : wey, tudung kau tak matching la..     tipu tak pernah.. sebab tu ayat popular yang keluar dari mulut perempuan.. lelaki pun ade jugak bab2 match2 ni.. ape yang Dhia nak pesan : pakai sesuatu tu, mestilah padan.. jangan sampai orang nak korek mata sendiri sebab tengok pakaian yang korang sarungkan tu.. contoh : dah pakai kemeja berkotak, janganlah pakai seluar berbelang.. berdarah mata orang tengok,..

5. TAK SEMESTINYA BRANDED
  • Tak salah nak pakai baju/seluar/kasut berjenama.. tak ade sape marah sebab korang mampu (korangkan kaya)... tapi kalau korang tak mampu, tak payahlah sampai ikat perut, gara-gara nak beli baju branded.. hello, siape kata yang tak branded tu tak berkualiti? Tak handsome? Asalkan korang pandai gayakan.. gerenti hensem.. lagi pun, nak branded2, nak buat ape? korang bukan kene jalan atas pentas macam supermodel pun.. 

6. BETTER SIMPLE
  • Nak tahu fakta? perempuan lebih suka lelaki yang simple.. jadi kepada lelaki, tak perlu jadi complicated.. orang tengok pun rasa berat.. simple but nice! itu yang kita nak..

7. EKSPERIMEN STAIL
  • Jangan takut nak berfesyen..kalau sebelum ni berbaju besar, apa salahnya kalau tukar kepada baju yang fit sikit.. kalau sebelum ni rambut sikat tepi je, ape salahnya kalau buat spike sikit.. ramai perempuan suka lelaki rambut spike tau! take note! jangan takut nak berubah.. untuk kebaikan diri sendiri dan untuk kebaikan mata yang melihat..

8. SHOPPING BIAR BERTEMAN
  • Pesanan ni bukan sebab takut you guys krna culik, tapi untuk kebaikan diri.. biar ada perselisihan pendapat, sekurang-kurangnya, boleh nilai mana yang baik dan mana yang lebih baik.. lagi pun, tak boleh dengar sangat cakap jurujual, sebab apa2 pun nampak cantik.. lagi mahal baju tu, lagi berbakullah pujian korang dapat.. bila dah sampai rumah, baru menyesal..

9. TREND BERMUSIM
  • Ada musimnya.. tulah fesyen..jangan ikut trend sangat.. sebab trend tak kekal lama.. sekejap je.. then, dah tukar musim lain pulak.. stay dengan gaya dan cita rasa u guys.. mana yang korang selesa.. tak berguna kalau korang beli baju ikut trend, lama2 tak pakai.. sebab musimnya dah berlalu..

see..! pakai sweater pun tetap hensem.. yang penting, sweater tu stylish..


SELAMAT BERGAYA
SELAMAT MENJADI HANDSOME++
SELAMAT MENJADI AWESOME++

-ASSALAMUALAIKUM-

    






klik even ONCE, okay? *kerdip mata lagi..