mP3..

Tuesday, 19 November 2013

Resepi mudah : Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum, readers!!

Aktiviti hari ni : Buat cheese tart dengan sahabat2 Dhia .. di... *lokasinya rahsia.. syyhhh..hehe
Memang terbaik.. dah siap.. simpan dalam peti sejuk sekejap.. dah petang sikit, makan sambil tengok horror movie.. sekejap je dah lesap sepinggan.. sedar2 tinggal pinggan kosong je.. haha..
Dia ade take pic after tart tu masak, the upload kat fb.. tak sangka ramai suke.. huhu.. 
Ada jugak kawan Dhia yang mintak resepi.. thats why Dhia merajinkan diri, share resepi ni lebih awal.. ingat nak update malam ni..

Tak nak citer panjang,, kita terus ke agenda sebenar.. semoga bermanfaat untuk anda2 semua..


Bahan untuk tart shell :
  • 170 gm marjerin / butter..  (Dhia lagi suka guna butter.. tapi kalau guna marjerin pun boleh,, tk berdosa..)
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur B/C..
  • 1 sudu teh esen vanilla  (sukat gune penutup esen tu pun boleh.. kalau gune [enutup tu, kire 3/4 penutup tu)
  • 290 gm tepung gandum
Cara-cara..
  1. Putarkan marjerin/butter dengan gula icing..sampailah gula dah hancur *selalunya sekejap je.. sebab kita bukan gune gula kasar atau gula batu, kan?? hehe..
  2. Masukkan telur.. Putar lagi..
  3. Tambahkan esen vanilla tadi..
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, dan gaul guna senduk kayu.. bila dah tak boleh nak dikacau, gune tangan.. *make sure tangan bersih daripada sebarang kotoran yang akan mencemarkan kesedapan cheese tart anda.. Uli sampai jadi doh..   (p/s : mule2 nak uli, adunan mungkin lembik.. tapi jangan panik.. teruskan sahaja ulian anda sampai doh masak.. nak tahu doh masak macam mana? kejap lagi tengok gambar naa..)
  5. Dah jadi doh, bolehlah ditepekkan pada acuannya..
  6. Bakar dengan suhu 150-160 darjah celcius selama 10-15 minit.. 

Bahan-bahan cream cheese :                  + Filing blueberry/strawberry/kiwi/etc
  • 250 gm krim keju
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara :
  1. Mula2 putarkan krim keju dengan gula sahaja dulu..
  2. Bila gula dah hancur, masukkan telur.. putar lagi..
  3. Akhir sekali, tambahkan esen vanilla.
  4. Masukkan ke dalam piping bag..

5. Masukkan filling ke dalam piping bag..
6. Paipkan sedikit filling ke dalam tart shell. Diikuti dengan cream cheese. Paipkan memenuhi ruang shell tart tu.

Cara nak hias permukaan tart..
-ikut kreativiti sendiri..
-Dhia buat senang je..

  1. Paipkan filling atas permukaan tart.. sikit je.. then, conteng2, carik2 ikut hati dan naluri.. hehe..
Then, bakar dengan suhu 150-160 darjah celcius selama 10 minit atau sampai masaklah senang cerita.. 
nak tahu dah masak ke belum..
sentuh permukaan tart, kalau tak melekat kat jari, tandanya dah masak..

Cara nak simpan...
  • simpan dalam peti sejuk
  • simpan luar peti sejuk pun boleh.. tapi jangka hayatnya lagi pendek berbanding cara first tadi..
  • akhir sekali, simpan dalam perut.. cara ni, jangka hayatnya paling2 pendek.. sebab tanpa sedar, dah habis je.. haha..

PICS SEPANJANG PROSES BUAT CHEESE TART..

butter + gula icing



masukkan tepung sedikit demi sedikit ye..



gaul gaul gaul.. make sure tangan bersih ye..


doh yang dah 'masak'

acuan tart.. kalau nak buat yang besar, gunelah tart yang besar.. tapi kurang pulak kesyomelannya nanti


doh dah siap ditepek.. penat woo..


siap dibakar..


cheese tart yang dah siap dan dah sedia untuk dingap..

selamat mencube ye semua..
apa2 soalan, boleh tanya kat ruang komen.. kat fb pun boleh.. Mardhiah Mohd Nor    https://www.facebook.com/mardhiah.nor
dah siap, bagi feedback ye..

**ASSALAMUALAIKUM**





klik even ONCE, okay? *kerdip mata lagi..