mP3..

Wednesday, 20 November 2013

Mistik : Rahsia Villa Nabila Terungkai

Assalamualaikum, readers..
Dua tiga hari ni, kecoh pasal sebuah villa di Johor. VILLA NABILA namanya.. Semuanya gara-gara penyebaran berita kehilangan remaja seramai 23 orang kat situ.. *rupenya tipu.. #choii.. #tekono den
memang ade remaja hilang, tapi seorang sahaja.. *tu pun bukan hilang sangat.. biasalah, orang gemar tambah tolak darab bahagi cerita ni.. cerita ayam hilang pun boleh jadi meletop kalau ditokok tambah.. #penyedap cerita..

Dhia tahu pun hari Isnin.. dekat FB.. kononnya ada 30 orang remaja masuk ke dalam villa tu, dan yang berjaya keluar hanya 7 orang.. mestila terkejut kan?? gempak sangat bunyinye tu..boomkebaboom!!

whatt???!!

dengan hati yang penuh perasaan ingin tahu,, bersemangat nih,, cepat2 Dhia klik link yang ada tu.. dengan penuh penghayatan, Dhia bacalah kisah yang tengkonon sahih tu.. time tu, terus keluar ayat ni dari mulut,,:
"misteri giler! agak2, kat manalah diorang ni ek??"
*tanpa sedar, kelurusbendulan aku terserlah.. senang2 je percaya cerita ni.. hoho

malam tu, otak detektif conan Dhia still belum habis fikir.. ke mana? macam mana? biar betul? apakah? siapa? lengkap you nak buat karangan.. cukup satu perenggan gituu..so, Dhia dengan rajinnya, tanya kat mak Dhia, Puan Mahmi Alias..

Dhia : Mak, mak pernah dengar tak pasal Villa Nabila??
Mak : Ha? Villa Nabila? Kek mano tu? *bahaso nogori bahaso kebanggan mak den.. warigh.. johol most wanted..
Dhia : Takkan mak tak tahu? Tu villa tinggal.. dekat Johor.. pernah dengar tak?
Mak : Ontahlah.. tak do lak mak dengar..

Dengan hati yang hampa, Dhia masuk bilik.. then on lappy.. bukak google.. teruskan misi cari pasal villa tu..
macam2 versi ade.. ade sau blog tu, sampai 6 versi dia bagi.. tapi, secara ringkasnya,, villa tu ade budak pernah tinggal.. namanya Nabila.. and dia dah mati dibunuh oleh maid nye.. tapi ade jugak yang kata oleh mak tiri.. sebab tu nama villa tu, VILLA NABILA..

jom layan gambar villa tu kejap before Dhia sambung entry ni lagi..

atas bukit rupenye.. baru tahu..  *kunolah Dhia ni..


Antara version yang Dhia rajin nak copy..
VERSION 1 
Ada sekeluarga yang bahagia tinggal di villa itu. keluarga itu dianugerahkan pewaris kekayaan dan dialah si jantung hati kepada keduaorang tuanya.

nabilla nama diberi. aku tidak berapa tahu latarbelakang keluarga itu, tapi kalau aku nak reka2 cerita boleh sahaja.tapi aku tak mahu ok!

nabilla telah di bunuh dengan kejam oleh amah di rumah itu. mayatnya di simenkan sekali bersama rumah itu.

mengikutcerita saksi yang pernah masuk kedalam rumah itu, segala perabot dalamrumah itu masih ada dan dalam keadaan baik. terdapat juga gambar2nabila di atas meja ruang tamu utama rumah itu."

VERSION 2 
Nabilla dan keluarganya adalah dari golongan berada. BAnglo yang tersergam indah betul2 berhadapan dengan laut dan sangat cantik pemandangannya. NAmun sekarang banglo tersebut dipenuhi semak samun dan agak horror bile dilihat. Dengar ceritanya keluarga NAbilla telah dirompak dan dibunuh dengan kejam. Kesemuanya mati dalam keadaan sadis dan sejak dari itu, banglo tersebut tidak berpenghuni lagi.

VERSION 3
Keluarga NAbilla telah dirompak dan Nabilla telah dirogol dan dibunuh dengan kejam. Mayatnya ditanam di dinding rumah tersebut.

VERSION 4
Keluarga Nabilla adalah golongan berada dan mereka hidup dalam keadaan harmoni. Tanpa diketahui sebab musababnya, tiba2 satu hari bapa Nabilla mengamuk dan menembak semua orang dalam banglo tersebut dan kemudian membunuh dirinya sendiri.



Dan malam tadi,, menonton buletin utama kat tv3 dah macam menonton rancangan Maharaja Lawak Mega tahun 3000.. memang lawak bila diumumkan bahawa segalanya propa.. Izzat Izzudin Husin, 16 tahun, berjaya membuatkan satu malaysia kecoh pasal Villa Nabila.. Siap jadi trending lagik dekat Twitter.. dan memberi peluang kepada bloggers untuk menaikkan lagi pageview.. hohoho..

Memang tak boleh tahan betul.. rupenya dia tidur rumah kawan dia... kononnya, lepas tengok Highland Tower, nak try jugela buat paranormal activity ni.. adoiihh.. kecohh 1 malaysia.. gara2.. villa lama... yang bernama villa nabila..

i'm thinking  :  Highland Tower nak ditiru, jadi Villa Nabila.. cerita spiderman tak nak pulak ditighu.. pegi la panjat pencawang elektrik nun.. nanti cakap kat reporter, "Saya baru je ulang tengok cerita spiderman, dan saya pun nak rasa macam mana jadi spiderman!"  mesti Malaysia gempak dengan ceghita hang..

The moral values are..
  1. Kalau hang nak pi mana2, tido mana2, jangan lupe habaq kat mak abah/ mummy daddy/ ibu ayah/ umi abi/ bonda ayahanda/ nenek atok/ moyang tok nyang/ mak n bapak sedare... tak adelah mereka2 sampai report polis..   #tu la hang izzat.. sesuki tidoq ghumah oghang, tak habaq kat mak hang.. tak pasai satu kegheja nak caghik hang yang tak hilang.. 
  2. Umoq baghu ja setengah tahun jagung/ubi, dah pandai nak buat itu ini.. kalau betoi2 nak buat paranormal aktiviti, bawak la kamera sekali.. dah rakam,, edit2 sikit, hantaq pi kat David Teo or Ahmad Idham or Syamsul Yusof or Dato' Yusof Haslam teghuih.. untong2 dapat duit.. *jangan lupa bagi sikit royalti naa
  3. Kepada blogger2, facebokers, and twitterers... jangan sesuka hati ja nak share, publish, tweet benda yang tak sahih.. tak pasai ja urang lurus macam chek percaya segala inpormasi palesu tu.. sian kat chek..

ASSALAMUALAIKUM..
take care..
jangan nakal2..
atok polis pesan, dia ada banyak kerja lagi nak buat.. tak de masa nak layan benda2 yang bawah sikit daripada remeh bin temeh ni..








klik even ONCE, okay? *kerdip mata lagi..