mP3..

Thursday, 21 November 2013

Awan Gelap Menyelubungi SPM 2013

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum, readers..
Memandangkan sekarang ni tengah musim peperiksaan untuk SPM dan STPM, nak jugak share2 pasal SPM tahun ni.. bagi Dhia, SPM tahun ni memang lain daripada tahun2 lepas.. 
macam-macam jadi..
sebelum apa2, nak ucap selamat maju jaya kepada akak2 dan abang2 yang berperang dalam dewan peperiksaan tu.. buat yang terbaik okay.. 
*nanti, tak adalah yang kene amik peperiksaan ulangan..boleh tutup buku..

Kelainan yang dimaksudkan (mesti dapat teka kan??), ajal.. memang ajal kita tak tahu bila akan datang menjemput.. sedar2, dah ada dalam kubur je.. *eh, dah tak sedarlah.. pandai2 je..

pilih jawapan betul2 tau

Hari first SPM, gempar satu Malaysia dengan pemergian seorang calon SPM bernama Nur Syazwani Ariffin.. pelajar SMA Maahad Saniah, Pasir Putih..pengsan tiba2 masa exam BM 1 .. akhirnya meninggal dalam perjalanan ke hospital.. siapa sangka, time exam pun boleh meninggal.. Allah nak tunjuk, walau di mana pun kita, kalau dah sampai masanya, kita tetap akan pergi..

Then, seorang lagi mengikut langkah arwah Syazwani, menuju ke alam barzakh.. Mohd Nor Allif Harun.. merupakan pelajar SMK Sultan Omar, Dungun..meninggal pada 6 November setelah koma selama seminggu kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya..

Nursuwana Safawa turut pergi meninggalkan dunia yang fana ini pada 7 November..penuntut di SMA Ittifakiah, Jerteh, mengalami komplikasi buah pinggang dan lelah sejak beberapa tahun lalu..

Di Pasir Mas pula, seorang calon SPM bernama Mohd Safuan Mohd Yusoff meninggal dunia semalam.. pelajar SMK Wakaf Bharu, Tumpat ini terlibat dengan kemalangan jalan raya tengah hari semalam.
Sedihnya apabila arwah telah digilis oleh sebuah lori pasir setelah tercampak ke laluan bertentangan..


Al-fatihah buat mereka semua.. sesungguhnya, kita tak tahu bila ajal kita akan tiba.. 
pernah dengar ayat ni??
makin bertambah hari, makin dekat ajal dengan kita...

semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh.. amiiin..

ASSALAMUALAIKUM..

klik even ONCE, okay? *kerdip mata lagi..