mP3..

Tuesday, 26 November 2013

wifi oh wifi!

Assalamualaikum.. 
uwaa.. memang sadis dan teramat sadis..
superb sadis!!
computer Dhia suddenly tak boleh connect kat wifi (yang dekat rumah tu)..
ni pun, dapatkan ihsan daripada wifi kat library..
bila tiba2 je tak boleh connect, wah sasau hidup.. almaklumlah, sejak cuti sekolah ni, memang Dhia je la yang sapu habis line wifi tu..
nak buat ape lagi kalau tak sibukkan diri dengan hal blog, fb, email..
haha,, sungguh tak sihat..
barulah Dhia sedar, yang internet sangat penting dalam hidup Dhia.. *buat masa cuti sekolah ni

dan, disebabkan line wifi yang senget sikit, Dhia tak tahu yang hari Ahad tu, birthday kawan Dhia.. 
Dhia memang pelupa so harapkan fb untuk ingatkan..tapi bila line tak dek, memang tak lah..
dah hari Isnin, baru perasan.. 
waaaa! semalam birthday Azni !!!
teros amik telefon, dan call dia..
memang rasa serba salah sesangat!!
sorie, buddyz..
aku memang tak patut lupakan hari lahir kau.. tapi aku ni memang pelupa..
siap nyanyi lagu untuk dia tau..
#sebagai tanda mintak maaf..

hari ni nak carik hadiah untuk dia..
tak pasti lagi nak beli apa..
mana2 berkenan kat hati bila sampai kedai ni, Dhia sewat je.. eheh, beli, bukan sewat..haha

kat sini, Dhia nak buat ucapan sikit kpade yang tertentu..

first,
dear wifi,, please connect to my computer.. I really need you.
please please dan please!!!

second,
sorry to my sahabat, Nurafizatul Azni..
aku akan ingat bufday kau lepas ni dan selamanya..
tunggu je hadiah kau ye.. nanti kitorng (KAMA) bagi..

third,
sorry to my former classmates,
budak2 6 Arif.. aku tak join reunion semalam.. memang penat habis lepas balik UKKM..
ala, korang pun bukan nak jumpe aku,, #statement sedih
next next next year, aku join.. huhu

so, hari ni Dhia cakap pasal ni je.. next post, Dhia cakap pasal UKKM yang Dhia pergi semalam..
memang pening! untuk math la.. 
aip, tak ley citer lebih2.. nanti, sambung..


ASSALAMUALAIKUM!!

Sunday, 24 November 2013

Istanbul Aku Datang menjadi REALITI !!

Assalamualaikum..
Wah,, tajuk tu macam syok je??
Satu Malaysia tahu movie 'Istanbul Aku Datang' yang dah ditayangkan kat pawagam tahun 2012 en??
Ala, yang cerita Lisa Surihani, Beto and Tomok tu..


cerita tu berkisar pasal seorang gadis yang sanggup terbang ke Istanbul semata-mata nak jumpa sang kekasih hati.. tapi kekasih hatinya tu, orang Malaysia.. sampai kat sana, pakwe dia macam malas je nak layan dia.. kesian betul.. kalau Dhia jadi si Dian tu, memang dah ungkit pasal tambang ke Istanbul bukannya murah..! #idea jahat
dah lah membazir duit pergi sana sebab mamat tu,, last2 mamat tu dah ade makwe lain.. bertambah sadis.. nasib ade hero lain.. 
'kalau' pakwe Dhia.. kalau ye.. tak ade pun.. ha, sambung balik...kalau pakwe Dhia,, memang nak kene la.. ade yang menyesal tak berguna sebb kene flying kick nanti.. haha..
well, Dhia en ganas.. tapi comel.. 

so, yang tu intro je.. yang utamanya, pasal Istanbul.. 
dah terjadi kat seorang gadis 28 tahun, warganegara kita.. MALAYSIAN okay!
sanggup terbang ke Istanbul dan TUKAR kerakyatan..
semuanya kerana CINTA!!

yang paling tak boleh bla, dia dengan pakwenya (orang Istanbul.. lagi hebat dari cerita Istanbul Aku Datang tu.. dapat orang sana lagi) , hanya bercinta dalam INTERNET!
tak pernah face to face.. screen to screen (using SKYPE) adelah kot.. 

paling sayang bila dia sebenarnya seorang guru.. ingat senang ke nak jadi cikgu? dan dia senang2 je tinggalkan kerjaya tu.. herm, tak pelah.. itu pilihan hidu dia..
katanya lagi : saya memang mencintainya!

amboih,, memang hebat betul penangan mamat Istanbul tu..
agaknye,, akak ni terpengaruh dengan cerita Istanbul Aku Datang tu agaknye.. 
after tengok cerita tu, dia terus carik mamat dari sana.. kapel.. then, dia boleh buat kisah cinta dia macam filem tu.. hoho.. #pandai2je

kalau nak tahu lagi, akak tu sekarang ni dah ade dekat Gaziantep, Turki.. wah,, mesti dah belajar bahasa sana awal2 lagi nih!

tapi mak akak tu dah restu.. sebab dah tak boleh halang.. kalau orang bercinta ni dihalang, nanti jadi lain pulak.. biarlah diorang menghalalkan hubungan daripada buat benda haram en? 

p/s  :  yang Dhia cakar tu, gambar warganegara asing yang tak ade kene mengena dengan berita yang Dhia highlightedkan dalam entry kali ni..

'Jangan gila kerana cinta manusia kerana cinta itu tidak kekal selamanya andai tidak disandarkan pada jalan Allah S.W.T'

ASSALAMUALAIKUM




Saturday, 23 November 2013

KAMPUNG TERCANTIK DI DUNIA

Assalamualaikum, readers!
Wahh,, ni post dah nak lewat malam.. mata pun dah kecik besar,kecik besar je..
Tapi jari tetap nakal nak menaip.. ikutkan saja..

after berfikir 1, 2, 3 saat.. muncul idea, nak post ape..hehe
disebabkan mata dah ngantuk, Dhia pilih tajuk yang menarik untuk cuci mata diri sendiri dan anda2 semua..
cuci mata ni, tak perlu pergi ke mall untuk window-shopping, tak perlu bukak tv untuk tengok pelakon hensem,,
cume bace entry ni..
hehe..*promote gitu!

So, jom kita pergi ke kampung yang paling meletops seantero dunia..*amboih!
tak payah amik passport,,scroll je ke bawah ni..hihi

1. GIETHOORN *berbelit lidah chek nak nyebut nye!!
  • actually lebih dikenali as : Venice of Holland
  • yang uniknya, kat sini tak ada jalan untuk kereta / motor/ bas/ lori/ kereta api/ LRT/ monorel/ kontena/ etc.. sume tak dak.. kat sini, sume kene naik... RAKIT! upps,, tipu je.. up sikit.. kene naik bot.. tak caye? aik, kene lah caya.. tak nak caye jugak? eley, suka hati la! *#ngajuk
  • tapi paling latest ni, ade la laluan kecik untuk korang berbasikal.. bagus jugak en? mesti orang sana sihat je.. hari2 berkayuh basikal.. berkayuh sampan..
  • kampung ni terletak kat wilayah Belanda, Overrijssel
  • selain Venice of Holland, kampung ni pun dikenali as : bandar tanpa kereta


now, kita layan gambar kat sana..
Dhia sure korang akan rasa teringin giler nak ke sana..











syoknye.. ape2 pun, memang best la.. damai,, nyaman,, aman
fuuhh,, lengkap as sebuah kampung yang cantik..
memang patut pun diiktiraf sebagai kampung tercantik kat DUNIA..
memang terbaik!!











Friday, 22 November 2013

Tips untuk sentiasa HANDSOME & AWESOME..

Assalamualaikum, readers!
well, tengok tajuk dah tahu pun ape yang Dhia nak share hari ni..
tips ni Dhia khaskan kepada semua lelaki.. 
diulangi..
SEMUA!
tapi kalau akak2 Dhia nak bace pun boleh... nanti boleh nasihatkan orang lelaki yang berdekatan..
sebagai contah : abang, adik, pakwe, suami, ayah, abang saudara, dan sesiapa yang anda suka..

Dhia nak kongsi 9 tips je.. kalau kongsi banyak2, habis handsome satu Malaysia ni..
sebelum Dhia share tips, nak share satu gambar lelaki yang handsome.. *handsome pada Dhialah.. tak tahulah kalau korang tengok sampai termuntah hijau, biru dan kuning pulak.. itu Dhia tak bertanggungjawab.. mungkin korang ade termakan sesumpah sebelum ni.. cer check balik..

kenal ni sape?? tipu la tak kenal..
dia ni vampire yang perempuan tak takut lansung.. lagi datang dekat adelah..

ni siape pulak?? ni Ananda Everingham.. orang Thailand..actor,director, producer
tapi pminat ILUS dan MYPI karya Kak Melur Jelita, semua panggil dia Firman.. *pengaruh novel..


ha.. ni sape pulak??
Dennis Oh.. dia ni kacukan.. Amerika + (tak ingat la)..

Okay2.. rasanya dah lame scroll, tak jugak jumpe tips nye.. sabarlah!.. eheh, tak menyabor pulak..
so, dah sedia pen dgn kertas?
*ececeh, macam nak salin resepi pulakss

1. BERSIHKAN & KEMASKAN
  •      Bersih? Kemas? Ape yang Dhia cakap ni? mesti korang fikir macam tu en?? Ey, bacelah dulu.. Muka hang tu, cik abang! Tulah yang Dhia nak sampaikan.. Well, muka ni perkara paling asas dalam penampilan diri.. Kepada yang bermisai dan berjanggut, kemaskan supaya nampak macho sikit. Kepada yang ada masalah jerawat, cepat2 dapatkan rawatan kulit. Mesti pandai jaga muka.. *jangan dah kena tolak dengan gadis pujaan disebabkan muka yang serabai, baru nak menyesal.. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna..

2. JANGAN SEGAN TANYA PENDAPAT
  • Kalau nak berubah ni, mestilah sudi terima kritikan/pendapat orang lain. So, yang baca entry ni, mesti nak berubah daripada kurang hensem kepada hensem++ en? Jadi, mesti bersifat macam yang Dhia cakap tadi. Apa kata, pergi jumpa orang yang boleh bagi pendapat, tanya pasal penampilan kita. Apa yang perlu diubah? Apa yang itu? Apa yang ini? TAPI.... pastikan orang yang kita jumpa tu jujur da tidak terlalu menjaga hati. 

3. PASTIKAN SESUAI
  • Ape yang Dhia maksudkan dengan sesuai tu? Pastikan baju yang anda pakai tu, sesuai dengan diri. Sesuai jugak dengan majlis. Jangan terlalu sibuk nak perfect, tapi silap majlis. Contoh : nak pergi jumpa bakal mak mertua, korang sibuk dengan gaya k-pop (mentang2 minat k-pop), rambut tutup sebelah mata, skinny yang berwarna-warni.. eeeyyuuu,, boleh pengsan bakal mak mertua.. pengsan boleh lagi, kalau reject?? nangis tak berlagu nanti..

4. PASTIKAN MATCH
  • Tadi sesuai.. sekarang match pulak.. okok,, janganlah pening.. bace dulu.. pernah tak dengar orang perempuan cakap : wey, tudung kau tak matching la..     tipu tak pernah.. sebab tu ayat popular yang keluar dari mulut perempuan.. lelaki pun ade jugak bab2 match2 ni.. ape yang Dhia nak pesan : pakai sesuatu tu, mestilah padan.. jangan sampai orang nak korek mata sendiri sebab tengok pakaian yang korang sarungkan tu.. contoh : dah pakai kemeja berkotak, janganlah pakai seluar berbelang.. berdarah mata orang tengok,..

5. TAK SEMESTINYA BRANDED
  • Tak salah nak pakai baju/seluar/kasut berjenama.. tak ade sape marah sebab korang mampu (korangkan kaya)... tapi kalau korang tak mampu, tak payahlah sampai ikat perut, gara-gara nak beli baju branded.. hello, siape kata yang tak branded tu tak berkualiti? Tak handsome? Asalkan korang pandai gayakan.. gerenti hensem.. lagi pun, nak branded2, nak buat ape? korang bukan kene jalan atas pentas macam supermodel pun.. 

6. BETTER SIMPLE
  • Nak tahu fakta? perempuan lebih suka lelaki yang simple.. jadi kepada lelaki, tak perlu jadi complicated.. orang tengok pun rasa berat.. simple but nice! itu yang kita nak..

7. EKSPERIMEN STAIL
  • Jangan takut nak berfesyen..kalau sebelum ni berbaju besar, apa salahnya kalau tukar kepada baju yang fit sikit.. kalau sebelum ni rambut sikat tepi je, ape salahnya kalau buat spike sikit.. ramai perempuan suka lelaki rambut spike tau! take note! jangan takut nak berubah.. untuk kebaikan diri sendiri dan untuk kebaikan mata yang melihat..

8. SHOPPING BIAR BERTEMAN
  • Pesanan ni bukan sebab takut you guys krna culik, tapi untuk kebaikan diri.. biar ada perselisihan pendapat, sekurang-kurangnya, boleh nilai mana yang baik dan mana yang lebih baik.. lagi pun, tak boleh dengar sangat cakap jurujual, sebab apa2 pun nampak cantik.. lagi mahal baju tu, lagi berbakullah pujian korang dapat.. bila dah sampai rumah, baru menyesal..

9. TREND BERMUSIM
  • Ada musimnya.. tulah fesyen..jangan ikut trend sangat.. sebab trend tak kekal lama.. sekejap je.. then, dah tukar musim lain pulak.. stay dengan gaya dan cita rasa u guys.. mana yang korang selesa.. tak berguna kalau korang beli baju ikut trend, lama2 tak pakai.. sebab musimnya dah berlalu..

see..! pakai sweater pun tetap hensem.. yang penting, sweater tu stylish..


SELAMAT BERGAYA
SELAMAT MENJADI HANDSOME++
SELAMAT MENJADI AWESOME++

-ASSALAMUALAIKUM-

    






Thursday, 21 November 2013

Awan Gelap Menyelubungi SPM 2013

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum, readers..
Memandangkan sekarang ni tengah musim peperiksaan untuk SPM dan STPM, nak jugak share2 pasal SPM tahun ni.. bagi Dhia, SPM tahun ni memang lain daripada tahun2 lepas.. 
macam-macam jadi..
sebelum apa2, nak ucap selamat maju jaya kepada akak2 dan abang2 yang berperang dalam dewan peperiksaan tu.. buat yang terbaik okay.. 
*nanti, tak adalah yang kene amik peperiksaan ulangan..boleh tutup buku..

Kelainan yang dimaksudkan (mesti dapat teka kan??), ajal.. memang ajal kita tak tahu bila akan datang menjemput.. sedar2, dah ada dalam kubur je.. *eh, dah tak sedarlah.. pandai2 je..

pilih jawapan betul2 tau

Hari first SPM, gempar satu Malaysia dengan pemergian seorang calon SPM bernama Nur Syazwani Ariffin.. pelajar SMA Maahad Saniah, Pasir Putih..pengsan tiba2 masa exam BM 1 .. akhirnya meninggal dalam perjalanan ke hospital.. siapa sangka, time exam pun boleh meninggal.. Allah nak tunjuk, walau di mana pun kita, kalau dah sampai masanya, kita tetap akan pergi..

Then, seorang lagi mengikut langkah arwah Syazwani, menuju ke alam barzakh.. Mohd Nor Allif Harun.. merupakan pelajar SMK Sultan Omar, Dungun..meninggal pada 6 November setelah koma selama seminggu kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya..

Nursuwana Safawa turut pergi meninggalkan dunia yang fana ini pada 7 November..penuntut di SMA Ittifakiah, Jerteh, mengalami komplikasi buah pinggang dan lelah sejak beberapa tahun lalu..

Di Pasir Mas pula, seorang calon SPM bernama Mohd Safuan Mohd Yusoff meninggal dunia semalam.. pelajar SMK Wakaf Bharu, Tumpat ini terlibat dengan kemalangan jalan raya tengah hari semalam.
Sedihnya apabila arwah telah digilis oleh sebuah lori pasir setelah tercampak ke laluan bertentangan..


Al-fatihah buat mereka semua.. sesungguhnya, kita tak tahu bila ajal kita akan tiba.. 
pernah dengar ayat ni??
makin bertambah hari, makin dekat ajal dengan kita...

semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh.. amiiin..

ASSALAMUALAIKUM..

Wednesday, 20 November 2013

Mistik : Rahsia Villa Nabila Terungkai

Assalamualaikum, readers..
Dua tiga hari ni, kecoh pasal sebuah villa di Johor. VILLA NABILA namanya.. Semuanya gara-gara penyebaran berita kehilangan remaja seramai 23 orang kat situ.. *rupenya tipu.. #choii.. #tekono den
memang ade remaja hilang, tapi seorang sahaja.. *tu pun bukan hilang sangat.. biasalah, orang gemar tambah tolak darab bahagi cerita ni.. cerita ayam hilang pun boleh jadi meletop kalau ditokok tambah.. #penyedap cerita..

Dhia tahu pun hari Isnin.. dekat FB.. kononnya ada 30 orang remaja masuk ke dalam villa tu, dan yang berjaya keluar hanya 7 orang.. mestila terkejut kan?? gempak sangat bunyinye tu..boomkebaboom!!

whatt???!!

dengan hati yang penuh perasaan ingin tahu,, bersemangat nih,, cepat2 Dhia klik link yang ada tu.. dengan penuh penghayatan, Dhia bacalah kisah yang tengkonon sahih tu.. time tu, terus keluar ayat ni dari mulut,,:
"misteri giler! agak2, kat manalah diorang ni ek??"
*tanpa sedar, kelurusbendulan aku terserlah.. senang2 je percaya cerita ni.. hoho

malam tu, otak detektif conan Dhia still belum habis fikir.. ke mana? macam mana? biar betul? apakah? siapa? lengkap you nak buat karangan.. cukup satu perenggan gituu..so, Dhia dengan rajinnya, tanya kat mak Dhia, Puan Mahmi Alias..

Dhia : Mak, mak pernah dengar tak pasal Villa Nabila??
Mak : Ha? Villa Nabila? Kek mano tu? *bahaso nogori bahaso kebanggan mak den.. warigh.. johol most wanted..
Dhia : Takkan mak tak tahu? Tu villa tinggal.. dekat Johor.. pernah dengar tak?
Mak : Ontahlah.. tak do lak mak dengar..

Dengan hati yang hampa, Dhia masuk bilik.. then on lappy.. bukak google.. teruskan misi cari pasal villa tu..
macam2 versi ade.. ade sau blog tu, sampai 6 versi dia bagi.. tapi, secara ringkasnya,, villa tu ade budak pernah tinggal.. namanya Nabila.. and dia dah mati dibunuh oleh maid nye.. tapi ade jugak yang kata oleh mak tiri.. sebab tu nama villa tu, VILLA NABILA..

jom layan gambar villa tu kejap before Dhia sambung entry ni lagi..

atas bukit rupenye.. baru tahu..  *kunolah Dhia ni..


Antara version yang Dhia rajin nak copy..
VERSION 1 
Ada sekeluarga yang bahagia tinggal di villa itu. keluarga itu dianugerahkan pewaris kekayaan dan dialah si jantung hati kepada keduaorang tuanya.

nabilla nama diberi. aku tidak berapa tahu latarbelakang keluarga itu, tapi kalau aku nak reka2 cerita boleh sahaja.tapi aku tak mahu ok!

nabilla telah di bunuh dengan kejam oleh amah di rumah itu. mayatnya di simenkan sekali bersama rumah itu.

mengikutcerita saksi yang pernah masuk kedalam rumah itu, segala perabot dalamrumah itu masih ada dan dalam keadaan baik. terdapat juga gambar2nabila di atas meja ruang tamu utama rumah itu."

VERSION 2 
Nabilla dan keluarganya adalah dari golongan berada. BAnglo yang tersergam indah betul2 berhadapan dengan laut dan sangat cantik pemandangannya. NAmun sekarang banglo tersebut dipenuhi semak samun dan agak horror bile dilihat. Dengar ceritanya keluarga NAbilla telah dirompak dan dibunuh dengan kejam. Kesemuanya mati dalam keadaan sadis dan sejak dari itu, banglo tersebut tidak berpenghuni lagi.

VERSION 3
Keluarga NAbilla telah dirompak dan Nabilla telah dirogol dan dibunuh dengan kejam. Mayatnya ditanam di dinding rumah tersebut.

VERSION 4
Keluarga Nabilla adalah golongan berada dan mereka hidup dalam keadaan harmoni. Tanpa diketahui sebab musababnya, tiba2 satu hari bapa Nabilla mengamuk dan menembak semua orang dalam banglo tersebut dan kemudian membunuh dirinya sendiri.



Dan malam tadi,, menonton buletin utama kat tv3 dah macam menonton rancangan Maharaja Lawak Mega tahun 3000.. memang lawak bila diumumkan bahawa segalanya propa.. Izzat Izzudin Husin, 16 tahun, berjaya membuatkan satu malaysia kecoh pasal Villa Nabila.. Siap jadi trending lagik dekat Twitter.. dan memberi peluang kepada bloggers untuk menaikkan lagi pageview.. hohoho..

Memang tak boleh tahan betul.. rupenya dia tidur rumah kawan dia... kononnya, lepas tengok Highland Tower, nak try jugela buat paranormal activity ni.. adoiihh.. kecohh 1 malaysia.. gara2.. villa lama... yang bernama villa nabila..

i'm thinking  :  Highland Tower nak ditiru, jadi Villa Nabila.. cerita spiderman tak nak pulak ditighu.. pegi la panjat pencawang elektrik nun.. nanti cakap kat reporter, "Saya baru je ulang tengok cerita spiderman, dan saya pun nak rasa macam mana jadi spiderman!"  mesti Malaysia gempak dengan ceghita hang..

The moral values are..
  1. Kalau hang nak pi mana2, tido mana2, jangan lupe habaq kat mak abah/ mummy daddy/ ibu ayah/ umi abi/ bonda ayahanda/ nenek atok/ moyang tok nyang/ mak n bapak sedare... tak adelah mereka2 sampai report polis..   #tu la hang izzat.. sesuki tidoq ghumah oghang, tak habaq kat mak hang.. tak pasai satu kegheja nak caghik hang yang tak hilang.. 
  2. Umoq baghu ja setengah tahun jagung/ubi, dah pandai nak buat itu ini.. kalau betoi2 nak buat paranormal aktiviti, bawak la kamera sekali.. dah rakam,, edit2 sikit, hantaq pi kat David Teo or Ahmad Idham or Syamsul Yusof or Dato' Yusof Haslam teghuih.. untong2 dapat duit.. *jangan lupa bagi sikit royalti naa
  3. Kepada blogger2, facebokers, and twitterers... jangan sesuka hati ja nak share, publish, tweet benda yang tak sahih.. tak pasai ja urang lurus macam chek percaya segala inpormasi palesu tu.. sian kat chek..

ASSALAMUALAIKUM..
take care..
jangan nakal2..
atok polis pesan, dia ada banyak kerja lagi nak buat.. tak de masa nak layan benda2 yang bawah sikit daripada remeh bin temeh ni..








Tuesday, 19 November 2013

Resepi mudah : Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum, readers!!

Aktiviti hari ni : Buat cheese tart dengan sahabat2 Dhia .. di... *lokasinya rahsia.. syyhhh..hehe
Memang terbaik.. dah siap.. simpan dalam peti sejuk sekejap.. dah petang sikit, makan sambil tengok horror movie.. sekejap je dah lesap sepinggan.. sedar2 tinggal pinggan kosong je.. haha..
Dia ade take pic after tart tu masak, the upload kat fb.. tak sangka ramai suke.. huhu.. 
Ada jugak kawan Dhia yang mintak resepi.. thats why Dhia merajinkan diri, share resepi ni lebih awal.. ingat nak update malam ni..

Tak nak citer panjang,, kita terus ke agenda sebenar.. semoga bermanfaat untuk anda2 semua..


Bahan untuk tart shell :
  • 170 gm marjerin / butter..  (Dhia lagi suka guna butter.. tapi kalau guna marjerin pun boleh,, tk berdosa..)
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur B/C..
  • 1 sudu teh esen vanilla  (sukat gune penutup esen tu pun boleh.. kalau gune [enutup tu, kire 3/4 penutup tu)
  • 290 gm tepung gandum
Cara-cara..
  1. Putarkan marjerin/butter dengan gula icing..sampailah gula dah hancur *selalunya sekejap je.. sebab kita bukan gune gula kasar atau gula batu, kan?? hehe..
  2. Masukkan telur.. Putar lagi..
  3. Tambahkan esen vanilla tadi..
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, dan gaul guna senduk kayu.. bila dah tak boleh nak dikacau, gune tangan.. *make sure tangan bersih daripada sebarang kotoran yang akan mencemarkan kesedapan cheese tart anda.. Uli sampai jadi doh..   (p/s : mule2 nak uli, adunan mungkin lembik.. tapi jangan panik.. teruskan sahaja ulian anda sampai doh masak.. nak tahu doh masak macam mana? kejap lagi tengok gambar naa..)
  5. Dah jadi doh, bolehlah ditepekkan pada acuannya..
  6. Bakar dengan suhu 150-160 darjah celcius selama 10-15 minit.. 

Bahan-bahan cream cheese :                  + Filing blueberry/strawberry/kiwi/etc
  • 250 gm krim keju
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara :
  1. Mula2 putarkan krim keju dengan gula sahaja dulu..
  2. Bila gula dah hancur, masukkan telur.. putar lagi..
  3. Akhir sekali, tambahkan esen vanilla.
  4. Masukkan ke dalam piping bag..

5. Masukkan filling ke dalam piping bag..
6. Paipkan sedikit filling ke dalam tart shell. Diikuti dengan cream cheese. Paipkan memenuhi ruang shell tart tu.

Cara nak hias permukaan tart..
-ikut kreativiti sendiri..
-Dhia buat senang je..

  1. Paipkan filling atas permukaan tart.. sikit je.. then, conteng2, carik2 ikut hati dan naluri.. hehe..
Then, bakar dengan suhu 150-160 darjah celcius selama 10 minit atau sampai masaklah senang cerita.. 
nak tahu dah masak ke belum..
sentuh permukaan tart, kalau tak melekat kat jari, tandanya dah masak..

Cara nak simpan...
  • simpan dalam peti sejuk
  • simpan luar peti sejuk pun boleh.. tapi jangka hayatnya lagi pendek berbanding cara first tadi..
  • akhir sekali, simpan dalam perut.. cara ni, jangka hayatnya paling2 pendek.. sebab tanpa sedar, dah habis je.. haha..

PICS SEPANJANG PROSES BUAT CHEESE TART..

butter + gula icing



masukkan tepung sedikit demi sedikit ye..



gaul gaul gaul.. make sure tangan bersih ye..


doh yang dah 'masak'

acuan tart.. kalau nak buat yang besar, gunelah tart yang besar.. tapi kurang pulak kesyomelannya nanti


doh dah siap ditepek.. penat woo..


siap dibakar..


cheese tart yang dah siap dan dah sedia untuk dingap..

selamat mencube ye semua..
apa2 soalan, boleh tanya kat ruang komen.. kat fb pun boleh.. Mardhiah Mohd Nor    https://www.facebook.com/mardhiah.nor
dah siap, bagi feedback ye..

**ASSALAMUALAIKUM**





Monday, 18 November 2013

sky lantern @ kongming lantern

Assalamualaikum, readers...
Hari ni, Dhia nak talking2 about SKY LANTERN / KONGMING LANTERN... 
bahasa melayunye : PELITA LANGIT
terpengaruh after tengok episod akhir SAHABAT hari tu.. tengok macam syok je diorang main..
siape pernah ade pengalaman main benda ni? best tak? share la story sikit..
before nk share maklumat, Dhia search la kat google.. puas jugak cari kt google.. 
mcm2 Dhia type.. 'ko men deng', 'go men deng', kong men deng' dan banyak lagi yang mengarut.. 
alhamdulillah, jumpe juge akhirnye.. hehe..

kepada yang tak tahu ghoman sky lantern ni,, meh tengok sini.. Dhia tunjuk..

ni bila dah terbangkan banyak2.. cantik.. teringin nak tengok dengan mata sendiri..
ade sesiape yang sudi bawak Dhia??

Now, Dhia nak share beberapa fakta pasal Khom Loi ni.. ok, Khom Loi ni name sky lantern ni kat Thailand..

  1. Bahan utama nak buat sky lantern ni, kertas.. tapi kertas ni berbeza mengikut negara.. ade negara yang guna rice paper, silk paper, buluh, lilin..
  2. nak buat tak susah tapi barang dia yang susah sikit.. maybe..
  3. sky lantern ni selalunye diadakan masa festival, wedding day, new year, dan macam2 lagi mengikut kesesuaian..
  4. boleh kira as small hot air balloon jugak sebb cara dia berfungsi sama.. just tak boleh naik je.. kalau hot air balloon tu boleh la korang naik.. yang ni, kalau korang naik, tak terbang lah de..
  5. ade jugak certain2 tempat yang dah banned bende ni sebb bende ni boleh menyebabkan pencemaran.. yelah, bile bende tu jatuh kat mana2 kat dah mencemarkan persekitaran.. bagi Dhia, nak main benda ni boleh, tapi jangan selalula..
  6. ade yang percaye sky lantern ni boleh hantar wish kepada bintang so, impian kita akan tertunai.. tapi kepada yang Muslim,, kene ingat.. kepada Allah kita meminta.. bintang itu hanyalah ciptaan Allah yang tidak boleh merealisasikan apa2 hajat kita.. kalau yang Muslim nak main sekadar suka2 boleh la.. tapi tak yah percaye yang syirik ni..

ni cara nak terbangkan... terbangah.. terbanglah wahai sky lantern,.. terbang jauuuuhhh!!

antara scene dalam cerita TANGLED,, yang disimbahi cahaya sky lantern.. sweetnye moment2 ni..
kpd yang teringin berada dlm situasi ni, boleh je.. tapi pastikan dengan yang halal ye..

so suuuuuwwiiitt... suke3.. Dhia dah start berangan ni.. hehe... tapi memang best pun kan?? tak apelah,, one fine day.. Insyaallah.. Amiin.. *time tu gerenti dah tak terfikir pasal ni lagi agaknye.. dah macam2 bende lain nak fikir.. hahah

yang ni pun best jugak.. atas air.. kalau ade sungai kat belakang umah, cubelah try.. hehe..

okaylah,, sampai sini je celoteh Dhia.. 

--ASSALAMUALAIKUM--










Sunday, 17 November 2013

Dari novel ke drama...

Assalamualaikum, my lovely readers..
Tadi Dhia buat blogwalking.. sengaje skodeng orang lain punya blog.. macam2 jumpe.. gossip, resepi, drama, filem and blablabla..
semalam dah share resepi.. so hari ni, Dhia decide nak cakap pasal isu hangat yang melanda industri hiburan tanah air kita sekarang..
isunya : NOVEL ke DRAMA..
makin meletops laa novelis2 Malaysia lepas ni.. tahniah tahniah..
After Love You Mr. Arrogant yang meletop-letops macam bunga api time New Year, macam2 lagi novel yang khabarnya akan diangkat ke drama juga.. antaranya,,

Suamiku Encik Perfect 10- hero : Aaron Aziz   heroin : Emma Maembong
One Day You'll Be Mine- hero and heroin : tak pasti..
Projek Memikat Suami - hero : Aiman Hakim Ridza   heroin : Emma Maembong
Yes Boss! - hero : Fahrin Ahmad   heroin : Emma Maembong
The Wedding Breaker - hero :Keith Foo    heroin : Fathia

Antaranya itulah.. yang paling Dhia tak sabar, One Day You'll Be Mine.. sebab Ehsan dalam cerita tu, best sangat.. harap pelakonnya pun best nanti..
Tapi macam most of heroin untuk novel yg diangkat ke drama ni, Emma Maembong.. wah2, masyuk.. tahniah.. 
ape komen korang pulak pasal drama sekarang yang diambil daripada novel? suke ke idok?? 









so, ni je perkongsian Dhia kali ni.. 
upss,, ade lagi satu.. Projek Memikat Suami akan ditayangkan di Astro Ria bulan Disember ni.. tunggu la iklannye ye.. btw, citer ni mmg best.. dlam novel la.. tak tahu dlm drama macam mane.. macam menarik je..

buat masa ni, support la yang dah ade dkt kaca TV anda tu.. 
Playboy Itu Suami Aku by suri ryana..



Dhia paling suka ost lagu tu.. Rindukanlah by Encik Mimpi.. bawah ni vid with lyric.. selamat menyumbangkan suara..





Akhir kata,,

--ASSALAMUALAIKUM--

Saturday, 16 November 2013

resepi mudah : Tart Telur by Dhia

Assalamualaikum, readers... *tengkonon ramai la sangat.. ajet2 je..
so, hari ni Dhia nak share resepi TART TLEUR kepada anda2 semua yang tetibe teringin nak buat tart telur.. standard la tu.. macam Dhia jugk.. rasa nk buat nilah.. rase nak buat tu lah.. laju je carik resepi kat henternet.. zaman sekarang ni, nak masak, type je.. lepas tu kenelah siapkan bahan juge.. kalau tak ade bahan,, tunggu2 je la..
so, Dhia tk nak cakap panjang.. straight to da point ye, chef2 sekalian.. 

>bahan untuk PASTRI
  • 500gram tepung gandum
  • 250gram marjerin.. burter pun boleh..  *jangan batu-bata sudah.. kuikuikui
  • 1/2cawan gula halus/icing sugar
  • 1 biji telur
  • sikit esen vanilla.. *ikut kata hati..
>bahan nak buat FILING..
  • 1/2 tin susu cair.. *tak kisah cap ape2.. yang ponting, halal..
  • 1/2 tin air
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • sedikit garam, esen vanilla & pewarna kuning..
sekarang, Dhia teruskan kpd cara2 nak buat ye.. bersedia...

>cara buat PASTRI...
  1. Marjerin & gula halus dipukul sehingga kembang..
  2. Tambahkan esen vanilla & telur.. Pukul lagi sampai sebati..
  3. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit.. then, bolehlah diuli sampai jadi doh..
  4. Bila doh dah masak dengan kepanasan tangan kita tu, bolehlah diterap ke dalam acuan.. 
bila dah siap terap, tepikan sekejap sementara nak buat filing dia.. tak payah bakar pastri dulu.. kita bakar sekali, okay??

> buat FILING pulak..
  1. susu cair + telur +gula +air +tepung kastard + garam + esen vanilla + pewarna kuning..
  2. Panaskan atas api dapur, bukan unggun api.. hehe.. sekejap je tau.. sampai suam2 kuku je.. tapi make sure gula hancur.. tak payah beria sampai menggelegak pulak..
  3. Tapiskan.. manelah tahu ade impurities dalam tu.. 
then, filing tu, bolehlah dimasukkan ke dalam pastri tadi.. jangan sampai melimpah pule ye.. agak2 la.. ikut kata dan naluri chef anda..
gambar tak sempat nak pindahkan kelappy.. so, Dhia ambik gambar from henternet.. untuk reader semua.. saje nak tunjukkan rupe tart telur kepada yang tak mengenali desert ni.. sedap tau.. 

ini bukan Dhia buat.. diulangi.. bukan Dhia buat.. ini Dhia took from google search.. untuk korang yang malas nak search sendiri..

selamat mencube.. belum cube belum tahu.. dah cube, baru tahu.. hehe.. macam pantun pulok..
dah cube nanti, jangan lupe komen ye.. sedap tak sedap bergantung kepada chef yang membuatnye.. tapi kalau ade ape2 pertanyaan, boleh je tanya.. kat ruang komen ade.. fb pun ade.. add la ye.. Mardhiah Mohd Nor..*sempat lagi promote..hehe..

akhir kata,,
ASSALAMUALAIKUM..


Friday, 15 November 2013

hari terakhir sekolah sbg Form 3 student 2013 in memory

Assalamualaikum, kawan2ku sekalian... 
malam ni nak story sikit*sikit ke? tak pe.. kite tengok..
well, 'sadly' nak umumkan yang hari ni ialah hari last sekolah untuk tahun 2013.. tamatlah tanggungjawab Dhia n rakan sekelas as pelajar tahun pepoeriksaan.. tunggu dua tahun lagi untuk SPM pula..
hari ni memang best.. snap habis.. akhir entry, Dhia tunjuk gambar.. tapi tk semua sebb ade gambar2 yang tak boleh nak dimasukkan.. kalau masukkan jugak, ade yang merajuk setahun nanti sebb masukkan gmbar buruk untuk tatapan orang lain..

pagi2, dah ada perhimpunan.. perhimpunan terakhir gitu.. haha..
maka, bermulalah ucapan daripada guru-guru.. eh, rasenye seorang je yang berucap tadi!!? err,, whatever lah.. dia pun umumkanlah segala peraturan untuk tahun depan..
macam-macam reaksi ade.. ade yang terkejut mengalahkan beruk,, ade yang gembira mengalahkan Fizo Omar yang baru kahwin, ade yang tak puas hati sepertimana orang buat demonstrasi,, ade yang sedih sebb dah nak berpisah dgn bf, adik/kakak/abang angkat yang tak terdaya nak diangkat.. muehehe..
Dhia? steady aje.. cewah.. taklah, rase terkejut dgn peraturan baru tapi tak apalah.. harap2 ade sekolah asrama penuh or MRSM yang sudi terima Dhia yang baik ni.. sempat pulk puji diri tuh.. hehe

habis je perhimpunan, semua pelajar diarahkan masuk ke kelas.. untuk gotong-royong xcept PENGAWAS SEKOLAH.. err, time tu dah cuak.. mane tahu nak kene marah ke.. siapa tahu kan??
rupe2nye, cikgu just nk ucap terima kasih sebb berjaya jadi pengawas yang berkarisma, berdedikasi, bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepanjang tahun ni.. tu ucapan untuk yang betul2 jalankan tugas la.. kalau Dhia.. err, kategori tengah2.. middle.. bukn rajin dan bukan malas.. ada erti??

selesai je cikgu memberi ucapan terima kasih, Dhia n da geng, bla la.. apo tunggu laie.. dah tak do apo nak di tunggu laie, ooi..

masuk je kelas, terkejut tahap 4.. diorang yang lain still duduk goyang kaki.. bila tanya kenapa, diorang jawab... tunggu pengawas.. pintar sungguh teman2 hamba..
kemas2,, dah pukul 9 lebih.. ape tunggu lagi? meh lah kita snap2.. macam2 gaya kitorng buat.. yg jadi mangsa, CAMERAMEN.. haha.. kesian.. semua budk perempuan buli diorng.. hikhik.. cian2..

jom tengok gamborr...
lakonan semula.. tengkonon bizi belajar.. yg belakang?? faham2 la

pembalut meja sepanjang tahun ni..

smart.. bakal dapat 8A untuk PMR 2013 ni..

bukan main posing habis ye..

pantang diajak bergambar..

pelajar lelaki kelas Dhia yang rajin datang hari last.. yang lain?? dah lesap..

gadis2 ayu 3c1

tenung jangan tak tenung..

Dhia dengan classmate dia.. Izzudin.. dia bakal berpindah ke Melaka hujung bulan ni.. dia ni selalu kacau Dhia.. rindu la dengan usikan dia nanti..

assalamualaikum.. jumpa lagi di lain entry.. tataa.. take care,,

klik even ONCE, okay? *kerdip mata lagi..