mP3..

Monday, 23 December 2013

Dapat result PMR..

Assalamualaikum, readers!!
Woot, woot!!
Tajuk yang menggembirakan.. hehe..
for sure about my result PMR yang baru je keluar 19 hb lepas..
#baru ke?? dah basi..

alah, tk kiralah basi ke, lemau ke, yang penting nak cerita juga..
nak berkongsi kegembiraan..

Alhamdulillah, berkat usaha selama 10 bulan, doa yang tak putus2 daripada mak, abah, cikgu2, sahabat2, adik-beradik, saudara-mara dan semualah.. nanti tulis semua, tak muat blog ni nanti..
alhamdulillah, Dhia antara 13 orang pelajar dari SMK Dato' Undang Musa Al-Haj berjaya mendapat...
8A... syukur!!
sahabat2 Dhia, ada yang dapat, 8A, 6A, 5A, 4A, 3A..
Alhamdulillah.. semuanya terbaik..

well, masa nak dapat keputusan tu, berdebar sungguh.. macam nak kahwin pulak.. eh, itu abang Dhia.. 
dah selamat menjadi suami orang, 20 hb lepas.. haha..
berpeluh sakan..
bila nama diumum dapat 8A, menangis juge lah.. tapilah meraung + melalak..
menangis gembira gitu..
mak Dhia pun ikut naik pentas sekali..

dah habis dapat result, wah, bergambar pulak,,
kalah artis tau..
sinaran flash kamera dimana-mana.. wah, macam ABPBH...
hoho..

herm, thanks a lot to yang sudi ucap tahniah..
oh ye, lepas dah dapat keputusan ni, ramai yang tanya, lepas ni nak sekolah mana??
tergagap juge mahu menjawab..
yalah, nak cakap ape kan? 
kita bukannya tahu sekolah mana yang nak menerima kita ni..
yalah, kita ni bukanlah pelajar cemerlang sangat..
ko-kurikulum memang hancus dah.. nak harap akademik jo ler..
that's why, Dhia tak berapa yakin untuk mana2 asrama penuh pilih Dhia..

tak pe,, dah prepare jawapan..
kalau orang tanya, dapat tak sekolah asrama penuh??
jawab lah : asrama dah penuh..

huahuahua.. hasil ajaran orang tuha-tuha..
pandai kan??

sejujurnya, memang ada hati nak masuk sekolah2 tu, tapi kalau tak dapat, nak buat apa..
lagi pun, sekolah mana2 pun sama asal usaha..
orang yang sekolah ceruk pun boleh berjaya.. 
sebab apa??
sebab usaha lah..
sekolah kat tempat bagus tapi malas belajar, tak juge.. kan??
macam beli ubat2 untuk kuat mengingat / rajin belajar, makan je, tapi masa dalam kelas tak belajar.. kat rumah tak belajar..
tak juga dapat straight A's..
sekadar pendapat Dhia..
tak puas hati,, komen le kat bawah ye..

naik pentas sambil nangis.. ambik gambar, aik senyum pulak.. hehe
see,, my mum with me.. luv u mum..


K.A.M.A with Hasan.. Hasan dah pindah ke PD.. see you ya!


Dhia dengan sape pulak ni??
herm,, dia ni my friend ja..
nanti cakap lebih2, marah pulak makwe dia..hoho

smartgirls!! nama grup kat wechat..haha


Dhia ajak mak bergambar dengan guru kelas.. tanda terima kasih ni..
thanks Teacher Eani! luv u..

K.A.M.A dengan guru kelas, Teacher Eani.. 


so, that's all dear..
ade lagi gambar atas pentas, tapi malas nak tunjuk sebb kualiti nya tak berapa good.. amik gambar dari jauh, tu yang kabur sikit..
terima kasih semua atas doanya ya..
love you all!!
sayang semua...


ASSALAMUALAIKUM



Monday, 16 December 2013

pindah sekejap..

Assalamualaikum, readers..
woah,, long time no see uh??
rindu kat blog selepas berzaman tak blogging.. *berzaman ke? #tipu
well, ade masalah teknikal sikit,, so tak dapat nak blogging selalu..
then, hari tu, Dhia duduk rumah kakak Dhia yang first kt Seremban..
itu yang tk berblogging agak lama..

hari ni ingat nak carik topik.. maybe nak bagi tips or resepi kirenya.. 
tapi terasa nak share pasal 4 hari 3 malam yang Dhia spentkan kat rumah akak Dhia tu..

Dhia pergi sana dengan kakak Dhia yang keempat dan dua orang adik..
sejak bila ada adik ni?? #IWonder

malam first, we all makan kat kedai.. 
dah kenyang baru balik rumah.. hoho..
tapi time makan tu, ade pula accident depan restoran tu.. entah dek apo..
Dhia tak tengok pun.. dengar bunyi je..
bak kata akak Dhia, pedulikanlah..

esok tu, bangun pagi.. sarapan.. fuhh.. duduk rumah akak Dhia tu, konfem cepat gemuk..
sebab asyik makan je..
sarapan tak tinggal.. then, lunch.. makan malam pun tak ada yang miss..
kadang2 sampai tak larat nak makan,,

aktiviti paling wajib kitorang dekat sana, makan dan tengok tv..
tengok tv sampai tengah malam pun ade..
kebetulan ade cerita mujhse dosti karoge.. hehe..memang layan lah..

hari jumaat, kitorang pergi tengok wayang..
cerita Papadom 2..
not bad ceritanya.. best.. funny.. ade jugak sedihnya..
akak Dhia sampai menangis tengok cerita tu.
lama jugak cerita tu sampai kebaslah duduk.. 2 jam rasanya..
keluar panggung dah pukul 5..
time tu, kitorang tak makan lunch lagi sebb tadi nak kejar masa..

akak Dhia bawak kitorng makan steamboat..
 sedap.. tapi pedas.. berair mata..
tambah2 lagi, order air gas.. huh.. memang terbaiiikkk!
nak ambik kesempatan untuk ucap thanks alot to my abang ipar sebb dah support belanja kitorang sepanjang kitorang keluar tu.. huhu..
sempoilah!!

sepatutnya Dhia balik hari Ahad, tapi abah jemput awal.. so, balik awal la..
lagi pun, kesian dekat mak duduk rumah sensorang..

so,, that's all.. tak banyak yang nak diceritakan..

tolong doakan Dhia ye.. nak ambik keputusan pmr ni..hoho..
harap2 berjaya..
amiin..

ASSALAMUALAIKUM




Sunday, 8 December 2013

LELAKI CURANG KERANA.....

Assalamualaikum..
hari ni hari Ahad.. herm,, petang2 ni tak tahu nak buat ape.. 
dah lawat youtube, then tak tahu nak buat apa.
suddenly, lagu Krisdayanti bermain dalam otak.
"cobalah untuk setia"

Dhia suka lagu tu.. best..
nah, Dhia bagi vidnya..

siap ada lirik tau..

tengah nyanyi2, terlintas kat otak..

"kenapa lelaki tak pandai nak setia ek?"

bila soalan dah ada, Dhia pun mulalah berfikir jawapannya n beberapa faktor..
memandangkan sekarang ni tengah tayang kat slot Akasia cerita Playboy Itu Suami Aku, memang sesuai la nak bincang topik ni..
nak tahu apa?
biar Dhia listkan..

KENAPA LELAKI TIDAK SETIA / CURANG?


First, lelaki curang kerana RASA DIRI HEBAT.. mereka rasa mereka ada aset yang membuatkan ramai perempuan pandang.. : duit, muka kononnya roman Paul Walker, macho, gentleman padahal 'jenkelman'..
kepada lelaki yang berfikiran sebegini, tolonglah ye.. tolong tahu satu fakta bahawa perempuan yang memilih anda kerana wang, rupa merupakan perempuan murah.. nak tahu perempuan mahal macam mana? perempuan mahal bukan macam perempuan yang tergedik-gedik macam awek awak yang ramai tu!

Second, lelaki curang kerana DAH MUAK DENGAN PARTNER.. perasaan ni selalunya datang pada hati lelaki yang tak tahu menghargai setelah bertahun bercinta / berkahwin.. mereka mula rasa yang pasangan mereka merupakan orang yang paling teruk mereka pernah kenal.. apa-apa yang partner dia buat, mesti salah dan ada je yang tak betul.. time ni, orang lelaki akan jadi orang paling kuat menipu.. kata nak meeting, rupanya dating.. kata nak jumpa klien, rupanya kelain..

Third, lelaki curang kerana NAMPAK ORANG LAIN LAGI CANTIK DARI PARTNER SENDIRI... ha ni memang standard bagi orang dah kahwin.. bila anak dah 3, mulalah rasa isteri awak tu gemuk.. nampak pulak awek kat ofis yang slim macam kerengga, mulalah menggatal.. ini akan terjadi kepada lelaki yang TAK SEDAR DIRI.. isteri hang dah beranakkan anak untuk hang, mengandung 9 bulan, hang mula nak cari lain.. ingat sikitlah pengorbanan isteri pada hang!



Forth, lelaki curang kerana RASA TAK CUKUP  DENGAN SATU.. ha, ni lagi satu.. manusia memang tak pernah cukup.. contohnya, bagi seposen nak dua posen.. dah bagi dua posen, mintak tiga posen..memang lemak.. cepuk sekali kang! 

Fifth, lelaki curang kerana RASA DIRI MAMPU.. almaklumlah, duit banyak, terasalah diri mampu untuk menyara dua isteri.. tiga isteri.. empat isteri.. lima isteri.. eh, itu tak boleh.. salah tu.. perasaan ni akan jatuh pada lelaki yang dah berkahwin.. ni Dhia nak hujah sikit.. mungkin waktu nak kahwin tu, anda rasa anda mampu.. sebab time tu fikir nak kahwin je kan.. tapi bila anak dah sepuluuh, masa tu, anda akan berlaku tidak adil kepada semua anak2 dan isteri2 anda.. actually, tk payah anak sepuluh,, dengan isteri yang dua pun tak boleh nak adil.. masa tu baru tahu duit tak cukup.. dengan ini, anda akan menzalimi anak2 dan isteri2 anda dengan tidak memberikan hak2 yang sepatutnya..


Akhir sekali..
(untuk faktor terakhir ni, Dhia nak bagi satu mata kemenangan untuk pihak lelaki.. baca ni untuk sejukkan hati yang terbakar sebab kena hentam dengan ayat2 Dhia tadi.. hehe)
lelaki curang kerana PERNAH DIKECEWAKAN..  okey, ini khas untuk yang dalam kategori pernah dikecewakan sahaja dan mendorong mereka menjadi seorang elaki yang curang..
memang salah ex anda dulu sebab dah kecewakan lelaki yang baik seperti anda, tetapi janganlah berdendam sampai bagi impak kepada orang lain.. kesian girlfriend anda seterusnya tu.. dipermainkan..
mungkin anda pernah dikecewakan tetapi tak semestinya hubungan seterusnya tak akan menjanjikan kebahagiaan.. kan???



Nasihat Dhia, sebelum nak curang, ingat segala pengorbanan pasangan anda lagi2 isteri.. 
tanya diri.. lepas tu, mesti anda sedar, walaupun cari dan dapat 1000 perempuan cantik, tapi mereka takkan sama dengan isteri anda yang dah banyak berkorban untuk anda..

p/s: MAAF KEPADA YANG TERASA DAN MARAH DENGAN ENTRY NI.. DHIA CUMA BERKONGSI APA YANG DHIA FIKIRKAN.. MAAFKAN ANDAI DIRI INI TERSALAH YA..

sirami hidup anda dengan kasih sayang bersama yang tersayang..








ASSALAMUALAIKUM..
*sayangi wanita dan perjuangkan hak mereka

Saturday, 7 December 2013

HOMEMADE SCRUB (haluskan kulit muka & badan)

Assalamualaikum, readers!!
Hari ni hari Sabtu.. so memang standard la nak manja2kan diri..
ade yang rehat dekat rumah, ade yang ke spa.. nak cantikkan??
Dhia buat spa dekat rumah je..huhu..
murah, memuaskan dan meyakinkan.. 3M gitu..

so, untuk entry kali ni, Dhia nak share satu resepi mudah, murah dan yang paling penting, bahan2 dia semuanya natural.. non-chemical dan homemade..

kira macam scrub / lulur/ pupur la.. 
credit to my sista sebb bagi resepi ni.. memang sekejap je boleh siap tanpa perlu mengeluarkan duit walau sesen..*itu kalau barang memang dah ada dalam dapur..
tapi sperti yang Dhia dah cakap, bahan2nya ada dalam dapur.. semua dapur!
kalau tak ada, cube check betul ke yang dekat rumah hang tu dapur?

SELURUH FAMILY Dhia *except abah n abg amin  dah guna dan semua suke dgn hasilnya..
abg Dhia yg no 3 selalu suruh Dhia buat.. dari dlm bilik air, dia akan jerit : dah siap ke belum?!!
masa stok dah hbis, baru terhegeh-hegeh nk pakai..mangsanya, Dhialah.. 
terpaksa buat scrub tu on the spot.. huh.. nasib senang!

ni Dhia nak tunjuk pics yang Dhia amik dari Google.. scrub2 yang ada di pasaran..



Scrub yang Dhia nak share ni boleh guna untuk seluruh badan, muka, kaki dan semualah.. tapi dalam mata, dalam telinga, dalam hidung.. jangan ye! amaran ni..

SIMPLE HOMEMADE SCRUB RECIPE
@
RESEPI MUDAH SKRUB BUATAN SENDIRI

Bahan-bahannya:
  • Beras - ikut berapa banyak yang anda mahu -tak ada jenama yang spesifik.. gune beras yang selalu guna untuk tanak nasi tu je..

  • kunyit hidup / serbuk kunyit (seeloknya kunyit hidup tapi kalau tak ada, guna je serbuk kunyit) - tak perlu banyak.. dalam seruas.. kalau yang gune kunyit hidup, kunyit tu hiris halus2 ye..
  • asam jawa - ikut rasa hati.. tak perlu banyak2..(fahamkan.. bukan air asam jawa tapi asam jawa macam dalam gambar bawah ni..)



itu saja bahannya.. so, let go through how to make it.. semudah satu, dua dan 3..

Cara-caranya:
  1. Kisarkan beras dan kunyit sahaja.. tak perlu tambah air (guna blender kering, bukan blender yang korang kisar lada.. pijar muka hang nanti.. kalau tak tahu blender kering tu macam mana, meh chek tunjuk)
ni la blender kering.. yang chumel2 ni..

hasil kisaran beras dan kunyit..baru buat nih..
untuk hasil kisaran, suka hati nak sekasar atau sehalus mana.. dinasihatkan tak terlampau kasar, takut luka pulak badan nanti.. tak pula terlalu halus, nanti tak rasa pulak..
Dhia selalu buat sekali banyak, senang nanti bila nak pakai lagi..
boleh simpan lama.
takkan berkulat..

2. step num 2 ni, buat masa nak guna je..caranya, ambik sekadar berapa banyak yang kita nak guna, selalunya sekali mandai(complete badan & muka), dua sudu makan je..then, tambahkan sedikit / satu sudu teh asam jawa ke dalamnya dan tambah sedikit air.. jangan terlalu cair ye! dan jangan terlalu kering..

3. Bila dah campur semua (hasil kisaran+asam jawa+sedikit air), gaul2 sampai sebati.. wah, macam nak buat kek.. haha.. bila dah sebati bolehlah guna..



see..! betul tak apa yang Dhia cakap.. semudah 1, 2 dan 3!!

now, nak cerita sikit tips nak guna..
semestinya senang jugak.. tak susah pun..

  • disarankan pakai skrub ni dulu, barulah bersabun.. before tu jangan lupe basahkan badan ye..
  • gosok jangan sekuat hati sampai nak tercabut kulit ye..lagi2 kat muka, jangan gosok kuat2..


nak kongsi jugak fakta about skrub homemade ni..
  • tak guna bahan kimia
  • lebih selamat sebab kita sendiri tahu apa kandungannya
  • kulit akan rasa lebih lembut, halus
  • skrub ni mampu menanggalkan sel-sel mati pada kulit

sebarang pertanyaan, boleh komen.. boleh jugak pm kat fb.. email pun boleh..
selamat mencube.. selamat jadi cantik.. 

ASSALAMUALAIKUM...



























Friday, 6 December 2013

Perkampungan Terapung di Tonle Sap

Assalamualaikum..
Hari ni sengaja nak bukak topik tentang travel2 ni..
well, name pun cuti sekolah kan.. cume Dhia ni je yang duduk dekat rumah..
*tak de sape nak bawak berjalan.. duduk rumah sajalah

fikir punya fikir, tiba2 terhengat pulak dekat satu tempat yang Dhia tak pernah pergi..
*tak pernah pergi tapi teringat.. ok..#aneh
btw, tempat ni bukanlah menarik macam Cameron, taklah semewah naik cruise,
tapi kehidupan dekat sana buat Dhia rasa macam nak pergi sana..
it is TONLE SAP, dear!

agak2, yang sedang membaca ni ade tak kata : Ek eleh, tonle sap? ingat .....

haip! belum baca belum tahu.. 
seperti yang Dhia cakap tadi, kehidupan dia..
yes, now Dhia nak habaq kat hang pa suma, kehidupan kat sana..
biar hang pa tau...

siapa nak pergi? ambik map ni.. sure tak sesat..

Dhia nak la share sikit fakta pada you all about Tonle Sap ni..
  • Tonle Sap merupakan sungai air tawar yang besar dalam bahasa Khmer
  • ia merupakan tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara
  • pada musim kering (november- mei), airnya akan mengalir ke Sungai Mekong, Phnom Penh..
  • kalau musim hujan, air dari Sungai Mekong pula akan memasuki Tasik Tonle Sap..
  • semasa musim kering, keluasan tasik = 3000km persegi .. kedalamannya = 1 meter sahaja
  • tapi kalau musim hujan, keluasan tasik = 16000km persegi .. kedalamannya = boleh mencecah sehingga 9 meter!! 
  • ada banyak kampung terapung (antaranya : Kg Chnong Kneas).. dalam erti kata sebenar, semuanya terapung.. sekolah, rumah, kedai,..  yang korang takkan percaya, ada gelanggang bola keranjang! agak2 ade berani tak nak main kat situ?
  • ade beberapa tiang konkrit dipacakkan dengan jarak tertentu untuk menunjukkan ketinggian paras air naik..

hidup penduduk di sana agak daif, dan sebab tu menyebabkan Dhia lagi nak kesana..
best tau kalau dapat tengok dengan mata sendiri kesusuahan mereka..sekurang2nya, kita tahu..
kita sibuk bermewah-mewah, rupanya ada orang susah..

ni rumah perahu di sana.. 

rumah2 di perkampungan di tonle sap ni unik sebb berbeza dengan perkampungan air di tempat lain.. ape yang ainnya? herm, meh sini chek terangkan..
rumah2 di perkampungan air lain ada laluan kayu yang menghubungkan antara rumah dan rumah yang lain dan tiang rumah dipacak ke dasar sungai/tasik/air.. berbeza dengan rumah2 di tonle sap.. di sini, rumah2 semuanya terapung dan tiada laluan nak berhubung dengan jiran..
so, kalau rasa nak ada jiran, bolehlah 'alih'kan rumah, dekat2 sikit dengan rumah orang lain..
kalau rasa nak duduk tanpa ada jiran, 'alih'kan rumah ke tempat yang private..hoho
hebat!
rasa2 nak pindah, tak yah pack barang.. boleh hangkut rumah sekali..

kat sini, tak risau banjir pun.. hahaha..

cube tengok budak ni.. naik besen jo..
beraninya lah budak ni..
ni mesti otw ke kedai.. mak suruh beli gula..hoho
(sumber : kosmo!online)

kalau pergi sekolah, naik besen jugak.. woah~!
tak perlu lesen okay!
cuma kene pandai berenang la..
takut eksiden pulak tengah air tu..

baju sekolah, seluar? suke hati agaknye..

ha, tengoklah tu.. ni persekitaran sekolah..

(sumber : blog sayadankamerasaya)

yang menariknya, penduduk di sini sangat menghargai alam sekitar.. memang susahlah nak tengok ada sampah2 yang terapung..
well, kat situkan tempat diorang tinggal..tempat cari rezeki.. takkan nak biarkan tercemar..
dekat sini, ada sebuah kapal yang dijadikan restoran.. wow!

paling wow!!,, lebih kurang sejuta penduduk yang tinggal di Tonle Sap..


Tonle Sap antara tempat yang Dhia nak pergi satu hari nanti.. *entahkan bila
rasa nak pergi sana tu wujud after Dhia tengok satu doku kat tv..
kehidupan dekat sana, entahlah.. tak tahu nak explain macam mana..
kalau you yang satu hati dengan Dhia, mungkin faham apa yang Dhia cuba nak terangkan..

jom sejukkan mata!











ASSALAMUALAIKUM


p/s: Dhia rujuk 2 blog untuk siapkan entry ni.. thanks sesangat.. kepada readers yang nak lebih dalam lagi, boleh bukak sumber2 ni..















Thursday, 5 December 2013

7 Perkara yang Buat Kawan Menyampah..

Assalamualaikum..
Dah lama rasanya tak kongsi some tips untuk readers blog ni..
hari ni, Dhia nak kongsi some tips yang berkait rapat dengan friendship u olls..
cuti sekolah dah nak tamat dan yang bersekolah akan kembali ke sekolah..
so. memandangkan cuti masih ada, what if u olls perbaiki diri..
muhasabah diri..
supaya u olls akan jadi orang yang baru,
paling penting LEBIH BAIK..

Ada 7 perkara yang u olls boleh take note.
perkara2 ni mesti kita ada buat sampai kawan kat sebelah rasa nak bagi penampar, penyepak, penumbuk dan beberapa jenis 'pe' lagi..
BEWARE!!
sebab sometime, perkara2 kecil boleh buat sampai kita putus kawan, bergaduh, bertikam*melampau

1. cerita balik..
    
      apa yang Dhia maksudkan = waktu kawan2 berborak, tiba2 u olls datang, then cakap : what? cerita     balik..
u olls suruh dia ulang balik cerita yang sama..
hey,, tolonglah.. orang lain pulak terpaksa dengar cerita yang sama berulang kali gara-gara u seorang.. hadoih!
tak salah nak suruh dia cerita balik, tapi...
tapi dekat tempat lain bila u dengan dia je.. 
so, tak delah ramai yang sakit hati..

2. aku ni GENIUS!

bila ada someone tanya soalan dekat orang lain, and u olls terdengar.. diingatkan sekeras-kerasnya, biar orang yang ditanya menjawab.. jangan nak menyampuk sesuka hati.. konon you all tahu semua.. kalau pun you all tahu, diam jelah.. bila orang yang ditanya tak tahu, baru boleh masuk line.. dengan niat membantu ye! bukan menunjuk yang you all pandai sesangat..
buat orang memendam rasa je nanti...

3. 'aku ini.. aku itu..'

standard nye you all akan berkongsi cerita dalam bentuk geng, kan? maksud Dhia, you all akan duduk sekelompok then bukak topik macam2.. eheh, Dhia tahulah sebb Dhia selalu buat..haha
tiap kali bercerita, jangan asyik suara you je yang dengar.. orang lain nak bersuara pun tak sempat sebab mulut you all tu tak berhenti-henti bercakap..semua cerita you tahu,, kononnyelah kan?
apa salahnya bagi orang lain peluang bercakap?
tindakan you all yang lansung tak bagi peluang dekat orang lain, buatkan orang rasa annoyed..ok??

4. gurauan bermata pedang

hamboih! gurauan bermata pedang ye??
let me explain to you one by one, ok?
sahabat dan kawan.. dua itu berbeza!
sahabat = bestie habis
kawan = kira macam biasa2.. tk rapat sangat..
tapi dua2 ni kita kena jaga..
Dhia tahu you all suka bergurau.. bila bergurau dengan sahabat, mereka tak kisah sangat dengan gurauan kasar you all sebb dah kenal.. tapi kalau kawan?
dahlah tak biasa and mereka akan ambik serius semua perkara..
jadi, make sure you all berhati-hati bila nak bergurau.. jangan sampai berdarah telinga mendengarnya..

5. sibuk dengan GADGET

bayangkan, tme you sedap2 bercerita pada sahabat you, and suddenly you perasan yang dia lansung tk dengar cerita you pasal UFO yang lalu belakang rumah you semalam.. apa perasaan you?
mesti lepas tu you merajuk..
samalah keadaannya bila sahabt you bercerita pada you,.
gerenti dia akan merajuk lepas tu..
dah you tu, bila orang bercerita, dengar lah..
buat kering air liur je bercerita dengan you..
satu patah pun you tak dengar gara2 sibuk melayan noti2 FB tu..

6. potong cakap

kawan you baru bercakap sepatah perkataan, you dah potong dengan berpuluh-puluh perkataan..
aish!
awat buat macam tu!!
paling teruk, you dah potong cakap diorang tu, you cakap : bosanlah! jom tukar topik..
isyh3.. pelangkung kang..
agak rude la bila menyampuk ni.. even sesama kawan..
pleaselah, ubah!
nanti kawan2 dah malas nak borak dengan you all, baru tahu..

7. privacy!

berkawan tetap ada batas.. janganlah sebbkan tiket 'rapat', you all sesuka hati ayam je bukak inbox and baca segala mesej..
hormatlah sikit.. 
kalau ye pun,, mintak izin dulu.. kalau dah dapat keizinan, baru boleh..
ini tak, tahu2 you dah bukk je..
mana tak mengamuk kawan tu..
dah you all baca mesej2 dia, mestilah marah..




persahabatan itu indah.. jangan cemari keindahannya dengan masalah remeh..


buat perkara yang kita sama2 boleh nikmati kenikmatan dan keindahannya..
cheerish your friendship everyday, forever!

THIS POST IS DEDICATED TO MY BFFS..



2011


2013
studython at Melaka

jeram at Teriang

jalan raye..

last day of YPM.. merah mak ngah masing2..

muke dh puas shopping.. tengoklah shopping bag dekat tangan tu..penuh!


ASSALAMUALAIKUM!!















Wednesday, 4 December 2013

Tarikh Keputusan PMR diumumkan..


Assalamualaikum..
sekarang ni dah masuk bulan 12 dah.. bagi yang dah selesai jawab PMR bulan Oktober hari tu, dah berdebar semacam je sebb nak tunggu result kan..
jari pun mulalah menaip kat Google : Tarikh Keputusan PMR diumumkan..
tak sabar punya pasal kan?



as blogger, mesti nak tulis benda2 yang naikkan rating pegeview di samping berkongsi info..
so, Dhia dah rujuk beberapa source *insya-allah, boleh percaya


Keputusan PMR 2013 akan diumumkan.. tak lama lagi..
jangkaannya ialah pada MINGGU KE-3 BULAN DISEMBER 2013
Tarikh sebenar akan diumumkan kelak oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

pada hari keputusan diumamkan tu, boleh juga semak melalui SMS
CARANYA:
taip >> PMR (NO. K.P) (ANGKA GILIRAN)
send to >> 155888

harapnya ramailah yang dapat straight A's ya..
Dhia pun berdebar jugak menunggu result Dhia ni..
harap2nya, semua orang berjaya!!

p/s : Tarikh sebenar akan diupdate secepat mungkin..




Tuesday, 3 December 2013

resepi : HOMEMADE PIZZA

Assalamualaikum, readers!
Kali ni, Dhia nak share satu resepi yang Dhia ambik dari internet tapi Dhia dah olah ikut kehendak sendiri..hehe
Ni, resepi simple je.. untuk remaja2 yang tengah cuti sekolah.. boring2 duduk depan tv/laptop tu, bolehlah test skill memasak u olls..
Simple, senang dan sedap..(tagline gitu..)
Asasnya, roti.. makanan ni sesuai untuk sarapan, minum petang pun boleh..
 First2 Dhia buat, memang pagi petang siang malam buat.. sampai habis roti dengan cheese dekat rumah..huwa3..
HOMEMADE PIZZA
BAHAN-BAHAN:
·         Roti (ikutlah berapa ramai yang nak makan)
·         Butter / Marjerin
·         Black pepper / pepper/ mixed herb/ oregano (nak gune semua pun boleh)
·         Sosej (rebus dulu, kalau ,malas, tak payah rebus) –hiris tau
·         Sos cili / tomato (ikut tekak sendiri)
·         Cheddar cheese (tak kisah jenama ape.. Dhia selalu gune cheesedale)


CARA-CARANYA :
1. Sapukan butter/marjerin atas roti dan diikuti dengan sos
2. taburkan ape2 jenis pepper yang u olls pilih
3. susun / tabur sosej yang telah dihiris ke atas roti
4. akhir sekali, tabur cheese.. cheese tu suka hati u olls la nak koyak/hiris/cincang..
5. bakar dalam oven : 150-160 degree celcius / 10 minit..


actually, u olls boleh je nak letak mana2 satu dulu.. bahannya tetap sama.. senang kata, ikut kekreatifan sendiri..buat ni tak lama, kalau cekap, 15 minit je dah siap..
so selamat mencube, selamat makan.. haha..

ini yang Dhia buat..



ASSALAMUALAIKUM..

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM

Assalamualaikum, readerss!!
Dah hampir seminggu tak update ape2 kat blog..
(ade masalah teknikal sikit)
Post Dhia yang terakhir, Dhia ada janji nk cerita pasal UKKM en? So, ni nak tunaikan janjilah ni..

Kepada yang tak tahu dan nak tahu, meh sini Dhia citer sikit..
UKKM atau pun Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM ni untuk pelajar yang nak masuk MRSM untuk tingkatan 4..
Ujian berkomputer.. bukan bertulis.. *canggih gitu..

Before Dhia pergi ujian ni, Dhia adalah search kat internet.. nak tahu jugak pengalaman orang lain.. ape yang perlu dibawa.. kata orang, sediakan payung sebelum hujan..
Rata2 cerita benda yang sama.. so, kesahihan cerita2 kat blog tu, Dhia percayalah..

Tiba hari yang dinantikan *amboih, ayat!...
25 November 2013
Mak Dhia hantar ke MRSM Kuala Klawang (dekat je..tk jauh dari rumah Dhia.. 10 minit dah sampai)..
Hantar je.. disebabkan my mum kerja, so tak boleh temankan Dhia.. tapi memang tak kisah pun, sebab Dhia tahu selok-belok sekolah tu walaupun bukan seluruhnya..
Dhia masuk jelah.. mana orang ramai pergi, situlah Dhia pergi..dah 15 tahun, pandai2lah bawak dirikan?
Dhia perhati je orang time otw nak pergi tempat berkumpul tu.. kebanyakannya datang dengan parents..
Dhia terus daftar kat kaunter..
PERINGATAN : bawak kad pengenalan & surat tawaran ujian..
Dekat kaunter tu, you guys kena tandatangan dekat satu list name..
Lepas daftar, berkumpul dengan pelajar lain.. memang ramai.. kebanyakannya, tak kenal.. nampak je geng, Dhia terus pergi dekat diorang.. sebab diorang pun dah booked tempt untuk Dhia..haha
Sambil tunggu orang lain, kitorang pun sibuk tengok orang lain.. ade yang dari jauh, ade yang dekat.. macam kitorang ni, dekat je..
You guys akan diberi taklimat ringkas.. memang ringkas sebab tak sampai 5 minit..
Dhia dipisahkan daripada geng Dhia sebb 1 bilik just 25 orang je.. yang ni, depend dekat tempat ujian korang la.. kalau bilik besar, bolehlah isi ramai..
Ujian mula dengan Matematik.. 40 soalan, 75 minit..
Pergh! Memang membunuh soalan maths dia..
Buat you guys, jangan lupa bawak pensel, pemadam and kertas sendiri.. dekat sana ada jugak bagi kertas, tapi tkkn nak ambik banyak.. orang lain pun nak juge.. so, better bawak kertas sendiri..
Pensel tu untuk urusan kira2..oh ye,, kalkulator pun jangan lupe bawak atau korang akan terseksa nanti..
Rehat 15 minit..
...
....
Habis rehat, you guys akan berhadapan dengan exam sains pulak..
50 soalan, 1 jam..
Haa,, yang ni senang.. korang akan dapat jawab tanpa ragu2.. memang best jawabnya.. lancar je.. terbaik!!
Kalau korang tak study pun tak pe.. berdasarkan pengalaman Dhia, Dhia tak sentuh buku SN sebb sibuk dengan maths.. tapi syukur, tak ada masalah..
Kalau korang selesai buat SN less than one hour, korang dh boleh teruskan dengan exam keperibadian..
Yang ni, 100 soalan, setengah jam..
Walaupun masanya macam singkat, tapi tk yah risau sebb sempat jawab semua..tk susah lansung..
Cuma, nak jawab benda ni, korang mesti pandai pilih..
Memanglah ikut diri sendiri, tapi kalau nak masuk, jawapan tu mesti pilih yang baik2, sopan2 je..
Contoh:
Soalan : Pada waktu senggang, apakah yang akan kamu lakukan?
A.pergi membeli-belah
B.bersiar-siar bersama teman rapat
C.membaca buku
D.melayari internet

Dhia nasihatkan, pilihlah yang baik2, dan sopan2..
Macam soalan kat atas tu, pilih jawapan C even korang sebenarnya lebih suka A/B/D..
Faham??

Bila dah selesai, you guys bolehlah balik rumah dengan hati yang riang..tak yah risau2 dah..

Well, nak jugak cerita pasal Dhia dapat kawan baru dekat sana.. you guys pun mesti akan jumpe kawan baru nanti.. best tau dapat kawan baru..
Kawan yang Dhia nak cerita ni, diorang duduk bersebelahan dengan Dhia.. seorang kiri, seorang kanan.
Yang belah kanan, Dhia memang dah kenal.. tapi dah lama tak jumpa.. last jumpa tiga tahun lepas.. memang surprise la.. dia orang PD, tetibe jumpe dekat Klawang pulak..haha.. sempat la jugak tukar2 fb bagai.. nama dia : Nur Izatul Akmar

Yang belah kiri, Syarafana..Orang Senawang, tapi sekolah kat T’ganu.. sempat jugak mintk number fon, hehe.. tapi belum berkesempatan nak mesej.. I will..soon..

Pesanan Dhia kepada yang bakal menduduki UKKM :
-   Jangan lupe bawak bends2 penting.. : kad pengenalan, surat2 yang penting, slip peperiksaan
-   Make sure diri tu bersedia.. kalau tak, sia-sia je korang datang..
-   Jangan sombong2 kay.. nanti boleh dapat kawan baru macam Dhia..haha

So, akhir kata.. selamat maju jayalah ye.. semoga berjaya di dunia dan di akhirat.. okay? Usaha kerana Allah, insya-allah, kejayaan itu ada untuk kita..

ASSALAMUALAIKUM

Tuesday, 26 November 2013

wifi oh wifi!

Assalamualaikum.. 
uwaa.. memang sadis dan teramat sadis..
superb sadis!!
computer Dhia suddenly tak boleh connect kat wifi (yang dekat rumah tu)..
ni pun, dapatkan ihsan daripada wifi kat library..
bila tiba2 je tak boleh connect, wah sasau hidup.. almaklumlah, sejak cuti sekolah ni, memang Dhia je la yang sapu habis line wifi tu..
nak buat ape lagi kalau tak sibukkan diri dengan hal blog, fb, email..
haha,, sungguh tak sihat..
barulah Dhia sedar, yang internet sangat penting dalam hidup Dhia.. *buat masa cuti sekolah ni

dan, disebabkan line wifi yang senget sikit, Dhia tak tahu yang hari Ahad tu, birthday kawan Dhia.. 
Dhia memang pelupa so harapkan fb untuk ingatkan..tapi bila line tak dek, memang tak lah..
dah hari Isnin, baru perasan.. 
waaaa! semalam birthday Azni !!!
teros amik telefon, dan call dia..
memang rasa serba salah sesangat!!
sorie, buddyz..
aku memang tak patut lupakan hari lahir kau.. tapi aku ni memang pelupa..
siap nyanyi lagu untuk dia tau..
#sebagai tanda mintak maaf..

hari ni nak carik hadiah untuk dia..
tak pasti lagi nak beli apa..
mana2 berkenan kat hati bila sampai kedai ni, Dhia sewat je.. eheh, beli, bukan sewat..haha

kat sini, Dhia nak buat ucapan sikit kpade yang tertentu..

first,
dear wifi,, please connect to my computer.. I really need you.
please please dan please!!!

second,
sorry to my sahabat, Nurafizatul Azni..
aku akan ingat bufday kau lepas ni dan selamanya..
tunggu je hadiah kau ye.. nanti kitorng (KAMA) bagi..

third,
sorry to my former classmates,
budak2 6 Arif.. aku tak join reunion semalam.. memang penat habis lepas balik UKKM..
ala, korang pun bukan nak jumpe aku,, #statement sedih
next next next year, aku join.. huhu

so, hari ni Dhia cakap pasal ni je.. next post, Dhia cakap pasal UKKM yang Dhia pergi semalam..
memang pening! untuk math la.. 
aip, tak ley citer lebih2.. nanti, sambung..


ASSALAMUALAIKUM!!

klik even ONCE, okay? *kerdip mata lagi..